Wednesday, June 29, 2011

Misteri sahabatku berwajah sedih dibongkar

sekadar gambar hiasan

Tak ke pelik, gara-gara melihat wajah sugul seorang kenalan siang tadi, tetiba kesedihan itu bagai merasuk ke fikiranku hingga ke saat ini.   I sendiri tidak pula bertanya mengapa beliau terlalu sugul... mungkin penat seharian bekerja atau entah la.. esok je la I tanya.
Ada sesetengah orang memang telah dikurniakan wajah sedih semulajadi... ada orang pula, sedih2 pun nampak happy.   Teringat seorang jejaka bernama Mr. B, seorang agen insurans yang berjaya, kejayaannya dalam mencari ramai prospek menjadi bualan antara gadis-gadis genit  di situ - (entah ler diorang ni, dah takde keja ke hapa berbusy body plakss. XD...)  
So... sessi membongkar rahsia kejayaannya dilakukan pada satu senja nan hening.. ketika kami semua tengah ngeteh di restoran berdekatan.. (rindunya aku dgn tempat itu).
"Minyak wangi dia bau lembut ler mek.. itu la rahsianya"   Ujar gadis A beriya-iya.. seolah2 memaksa kami untuk percaya.  Tapi memang dah percaya pun.. kalau minyak wangi keras berdentum ditambah pula bau peluh, aduh makk... kembang kempis hidung client menahan aroma..mananya client tak lari.
"Dia pandai bercakap la kot?"  Sorang lagi awek cun memberikan hujahnya...
"Tak la..  aku rasa sebab muka dia muka sedih la.. pernah aritu aku marah dia, dia tunduk je... aku plak yg serba salah.. aku rasa itu la rahsia kejayaan dia.."  
Ooo gitu eh??  Wajah sedih pun boleh mengundang rezeki rupanya... meh la kita buat2 muka sedih.. kot2 cik abang belikan kita apa2... kekekeke....
***   Entah di mana agaknya teman-temanku itu sekarang, hanya 3 purnama dapat bergelak tawa bersama mereka, selepas I mendapat tawaran kerja di tempat lain, hubungan terputus begitu saja.
Ok la...sebagai motivasi untuk diri sendiri, hari ni I copy pastekan santapan rohani :
 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

10 comments:

  1. Kak, MM...
    windunya dgn kamu..
    tang kalau bersua dgn orang yang pakai minyak wangi keras tu..
    adeh!!
    tak rela..
    mmg akan tahan duk sebentar.. tapi bagi alasan baik punya..
    cabut!!!!

    kak.. untuk renungan dibawah tu.. thanks so much. bagus utk kita sesama kita.. berkongsi walau 1 ayat...
    sebelum tidur mmg molek baca yang baik2...
    selamat malam sis

    ReplyDelete
  2. Miss u too Ayu.. nitee. Sweet dream...

    ReplyDelete
  3. Aslkm MM
    hehe saya tak tau muka saya ni muka sedih ke apa...
    Renungan tu bagus sekali...

    ReplyDelete
  4. Mama Ju - jap lagi MM belek2 muka Mama Ju ya.. ;)

    ReplyDelete
  5. oh ya.. waalaikumsalam (seringkali saya lupa menulis walau dah pun menjwb secara lisan) :D

    ReplyDelete
  6. MM
    Elok nyanyi...

    Di malam sepi
    Aku bermimpi...
    Mimpi yang sedih....sekali....

    ReplyDelete
  7. thought of the day...thanks miss mirror

    ReplyDelete
  8. MS - Lagu apa tu?? Tak pernah dengar..

    LIP - sama2 ;)

    ReplyDelete
  9. muka sedih atau muka kesian tu miss mirror?heee
    bagus renungan tu..:)

    ReplyDelete
  10. WIN - same meaning la tu.... muka kesian a.k.a muka sedih. :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.