Resepi Ayam Masak Gajus a.k.a Ayam Masak Schewan a.k.a Chicken Cashew Nut - sila scroll down terus.. sebab I nak bebel jap ni.
My favourite!!! Kalau singgah Black Canyon memang
tak akan lupa menu yg ni..
(AMARAN : Sila baca dengan nada kegedik-gedikkan)....
Wahai supermarketku yg ku cintai, mengapakah kau tidak lagi menjual kelapa parut ha????? Kenapa?? ATAU.... peminat2 apam dan daging salai masak lomak itu yang telah menghabiskannya? Sungguh tergamak mereka itu. Tinggalkan la satu untuk aku....... huaaaaaa.... :'( .Musnah harapan I nak buat apam beras hari ini. :'( Menciiii...... bad mood la macam ni, kempunan nak makan apam beras. Menci!! Menci!!!
E'eh... tetiba menci pun hilang, ada penawar duka pulak... time selongkar2 laci tadi, tetiba terjumpa plak Buku Resepi zaman tok kaduk.... sukanyaaaaa rasa. Yang paling membuat I suka bila dapat balik resepi Chicken Cashew yg selama ni I ngendeng2 dengan Pakcik Google, tapi satu hapa pun takde yg memenuhi impian. Ada orang menggelarkan resepi ini sebagai Ayam Masak Schewan.
Nak ke resepi tu??
Of coz ler I akan share utk uoll kan??? Untuk uoll I akan lakukan apa saja.... cewahhh!!! Tak kan, balik dengan tangan kosong je kan, dah penat-penat singgah sini.. nah la salin la resepi ni.. jgn ilang tau!
AYAM GORENG GAJUS
Chicken Cashew Nut - sapa malas nak masak, pegi je la
makan kat Black Canyon...memang sedap!!
2 keping dada ayam
1/2 st serbuk lada hitam (kedua bahan ini diperap selama 15 minit)
1/2 cawan gajus, goreng hingga kuning
5 kuntum cendawan butang dihiris
2 batang celeri dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong baji
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 tangkai cili kering - hiris,cuci dan keringkan
1 st minyak bijan
SOS
1 sb sos hoisen (tak yah pun tak pe)
2 sb sos tiram
1 sb serbuk cili
1 st kicap pekat
1 sb kicap cair
2 sb cuka epal (tak yah pun tak pe)
AMARAN : Pastikan bahan2 yg diguna adalah HALAL and ada logo Halal Jakim, semua tu atas tanggungjawab anda sendiri utk memastikan ianya halal... Miss Mirror tak masuk campur.
Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali hingga panas - masukkan cili kering, goreng hingga garing.
2) Masukkan ayam perap tadi hingga ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
3) Dlm kuali yg sama, tuang 2 sb minyak dan minyak bijan. Tumiskan bawang putih hingga harum, masukkan leek, celeri dan cendawan. Kacau2 hingga masak.
4) Masukkan bawang besar dan bahan2 sos tadi.
5) Kacau sebati. Guna api perlahan.
6) Masukkan ayam tadi dan masak hingga kuah pekat. Rasakan garamnya. Kalau dah masin takyah bubuh lagi. Makan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.