Thursday, June 30, 2011

Entry sebelum tido...

Entah kenapa tah ramah sangat I hari ni hingga sibuk2   bertanya dengan seorang cashier yang wajahnya seiras dgn wanita di sebelahnya.   Seorang memakai tudung, seorang pula membiarkan rambutnya terurai, kedua2nya putih melepak.
"Eh muka you dua orang ni sama la, you dua kembar ya?"  

"Hahahaha... tak la, saya Cina la" Jawab wanita rambut terurai itu disusuli dengan ketawanya yg tipis dan sopan.   

"Owh.. really? Maybe you all dua rapat, jadi muka boleh sama kan?"  Entah teori mana yg I baca, sesuka je memberi fakta yg tak sahih ni kpd mereka.  





Si Erra Fazira dan sahabat baiknya, Umie Aida pun jika kita lihat ada iras2 wajah kan, begitu jugak Tok T kita dan KD. ---> sambil berjalan2 di deretan beg-beg ini I berfikir lagi.



Dulu waktu remaja, ketika   I rapat dgn  housemate I, KN.. pun ramai yg kata kami seiras... tapi KN lagi lawo la dari I sebab wajahnya seiras dgn Norfarahin Jamsari. ( dah puji2 ni nanti you belanja I!!)


So, topik kali ini ialah ....... KENAPAKAH bila dah rapat, boleh timbulnya wajah seiras ni? Benarkah sebenarnya seiras atau gaya fesyen yg seiras tu yg menjadikan mereka seiras?  Si A buat fesyen rambut begini, si B pun meniru fesyen yg sama.. tu yg kelihatan sama?

Tapi kan..  baby I ketika dijaga oleh kakak pengasuh, wajahnya memang ada iras2 muka kakak tu... waa terkejut jap bila I tengok gambar mereka berdua. Tapi sorry.... tak dpt dikongsikan di sini.

Anak angkat kawan I pula seiras dgn wajahnya hingga orang tak menyangka anak tersebut adalah anak angkat.

Apakah faktor-faktor yg membawa  seseorang itu berjaya memfotostat bulat2 wajah orang2 yg rapat dgn mereka?  Faktor makanankah atau ada perkara2 lain yg menjadi penyumbang....so, mari kita tanya Pakcik Google........ tit tit tit... "Ello Pakcik Google!!!"
Sat gi Pakcik google angkat tepon, so, I kena pegi dulu deh....  see u later!!!!

p/s :  Nak rapat2 dgn Miss World la camni.... ;P  








3 comments:

  1. Betul tu miss mirror, dulu masa win form six, tinggal kat asrama rapat sangat dengan seorg kawan.Mcm belangkas je..ramai yg ingat kami berdua seiras. Saya pun tak sebabnya sampai sekarang..

    ReplyDelete
  2. Win - kenapa agaknya ya bleh sama... heran kan?

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...