Saturday, July 2, 2011

Di balik tirai kamar, di suatu malam, di Kuala Lumpur, bertanya tentang "payung emas"

Menikmati pritzel Auntie Anne yang telah lama diidam sambil mengintai neon-neon malam di balik tirai kamar... Good evening Kuala Lumpur! Seharian berpeleseran mengukur jalan Kay Ell hingga belengas .. kini masa untuk "Menggedix Sebentar!". Yeah jom!! "MARI MENGGEDIX SEBENTAR!" Macam dah lama je I tak melaungkan tag line I ni kan?



nyum nyum... jemput..


Sebelum tu merayau jap kat supermarket berhampiran.. terlalu mengantuk sebenarnya.. tapi pasal dah mengidam sangat nak beli pritzle kat ruang bawah Megamall ni... ikut gak la IRP turun ke bawah... ramai plak orang beratur.. sabar.. sabar..


Dlm ngantuk-ngantuk, ada hati lagi nak melayan blog... entah la Miss Mirror ni kan.. Dpd I terus kemamai dan merepek, baik I tanyakan sesuatu yg bermafaat ni, khasnya buat kaum wanita. Kebetulan semalam kengkawan memperdebatkan isu ini..

Uoll ada terbaca tak tentang persoalan yg menyebut tentang "Wanita yang mengizinkan suaminya bermadu, akan mendapat payung emas" adalah dianggap hadis yang mau'du' (hadis yang tak sahih?? (Saya sedang bertanya ya... bukan memberikan fakta) Ada terbaca tak kat mana2? Bukan apa, saja je nak mencari jawapan jitu atas perdebatan kengkawan I itu.. Semalam tanya gak dgn Pakcik Google, tapi baru nak scroll down.. tetiba TING TONG!! Bell berbunyi.. oh suamiku sudah pulang.. terbantut plak niat untuk menambah ilmu.


See u tommorrow... zzzzz...... dah kemamai dah ni..

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...