Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, September 24, 2024

Flight Dari KL ke Trengganu.


Pegi kali ni suspen sikit sebab Pak Supir kami tak available, jadi terpaksalah bertukar rancangan dari naik kereta  ke  naik flight melalui Kuala Lumpur - Terengganu.
 
Departure dari KLIA 2 berjalan lancar.   Walau pun cuaca agak kurang baik dan ditakut-takutkan dengan ribut.  Tapi ok2 saja.   Ikut tip ai, riangkan diri saja di atas awan dan lihat pemandangan cantik di tepi tingkap dan kiralah jumlah awan untuk hilangkan bosan. Pelbagai wajah yg boleh kita ilusikan padanya hingga terleka dan akhirnya sampai.  Tak sampai pun 1 jam.  (Oh ya jgn lupa berzikir juga).

Landing di Sultan Mahmud Airport, Terengganu... bangunan airport ni memang lawa! Berseni. Ada vibe tradisional dan moden yang bergabung cantik. Terus rasa macam dah sampai ke tempat yang penuh budaya dan warisan.






Eh!. Salah upload. Ni suasana masa kat KLIA.



Suasana paling nikmat yg Allah bagi ialah ketika kapal terbang dah mendarat. Tak kiralah pegi mana2 pun.  Rasanya semua orang pun macam tu kan?.  Terus teringat titian siratulmustaqim. Eh!. Tetiba.










Dari Trengganu ke KLIA 2, drama makin mengurang sebab laluan pedestrian lebih dekat berbanding masa pegi. Kalau penat tunggulah buggy.


Nota :   Domestik flight tiada masalah bawa minuman.  Kad Pengenalan (IC) diperlukan untuk urusan-urusan kaunter.   Luggage check sama spt international flight, masuk mesin pengimbas.  Yg buat ai lambat sebab lupa nak masukkan handphone dlm handbag dan tertinggal dlm poket. 


Saturday, August 17, 2024

Balik “Kashmir” dan layanan mesra

 



“Oh ini menantu Hj S ye?.   Eh!. Jemputlah singgah ke rumah, rumah saya dekat je situ.”.  Ujar seorang Pakcik ni pada encik suami tiba-tiba muncul menghampiri kami yang sedang duduk berborak dgn abang di meja yang terdapat di situ.  Rasa terharu pula.

Itulah keunikan di kampung yang tiada di tempat lain, lagi-lagi sejak zaman pandemik, mana ada lagi orang yang sudi mempelawa kita singgah rumah?.  hihihi.  Kalau di overseas kita pun kena appoinment dulu jika nak datang.

Begitulah. Kepulangan disambut mesra dengan ramah tamah oleh penduduk2 “Kashmir” (bagi yg dah lama mengikuti blog ini pasti tahu “Kashmir” yang ai maksudkan.  Bukan “Kasmir” yang kat oberseas tu.  




Datang dengan Mama Mentua.  Terkejut my MIL dgn hanya RM7 boleh dapat set yong tau fu untuk kami bertiga makan.  


Walaupun dahulukala asik dilabel “gedix” ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚… actually ai ni sangat pemalu.   Akibat segan sangat kerana ramai sangat orang yang dikenali dan mengenali di pasar, niat nak beli Japchae (Korean Food) pun terbantut.   Dasyat kan kampung ai… menu2 pun dah antarabangsa.

Salah satu faktor lain yang menyebabkan malu adalah ada yang hampir ai terlupakan nama.  Jadi sebelum mengecilkan hati orang, lebih baik ai segera beredar.

P/S :   Terima kasih Pakcik, undang kami ke majlis kahwin anak, moga majlis berjalan lancar.  Sorry jika tak dapat datang akibat kekangan masa. 

Monday, June 27, 2022

Malam2 Buat Hal Dalam Hutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!.

ร€kibat sibuk di siang hari, malam2 baru dapat masuk hutan.   Nasib baik berdarah pahlawan (ah tipu).   Ni kalau orang tua kami masih ada, harus kena bebel malam2 buat hal.  Al fatihah untuk keduanya.



Berkurun juga tak jumpa air terjun,  tak dapat mandi, dapat snap dalam remang2 cahaya pun jadik la.   Sebab misi utama hanyalah untuk memenuhi permintaan si anak dara  melihat sun set.  Tak ditunaikan nanti merajuk pula.

Jangan ditiru sangat idea yg kurang bernas ini especially jika anda bukan penduduk sini, kalau sesat nanti penangisan, jalan lah di siang hari ye.


Di kaki bukit terdapat 2 buah food trucks, rupa2nya orang menjual kopi.  Baru nak beli dah tutup pulak.  25 minutes too late.






Tercapai juga impian untuk berpicnic sambil bawak bekal.   Enamel mug je blom sempat digunakan lagi.   Malas nak berbondong2 dengan termos.





Ok lah, itu je nak cerita sebagai sessi menceriakan diri sendiri.   Blogging is cheaper than therapy.  Ha gitchew!!.



Monday, October 12, 2015

ABC di Albany Highway dan Pameran Di Ellis House - Aussie (9 gambar)

Assalamualaikum uollss!!



Gambar2 1 -  4 berlokasi di Ellis House.    Nak masuk percuma je!.



Awesome scenery!.   Cemera je cikai.... rasa nyesal tak bawk DSLR..


Kehijauan pepohonnya mendamaikan, orang pun tak berapa ramai... hanya sekali sekala nampak pasangan warga tua mengambil angin petang berdua2an merentasi jambatan ni.   Memang sesuai sangat untuk merelease tensen kat sini.



Sekali pandang macam aku dah ada kat Malaysia je kan?.   Actually inilah Ellis housenya tu....  Ellis adalah penduduk terawal kat situ. Tak sempat berbual sangat dengan penjaga rumah tu sebab terlalu asyik menghayati lukisan2 yg dipamerkan.    Tapi menurut firasatku, mungkin rumah ni kalau kat Malaysia ala2 rumah P.Ramlee..    






Antara lukisan2 yg dipamerkan.



Di hujung jambatan yg merentasi "hutan bandar" tadi tu,  if you keep walking up, you will see panorama ini..  Apa lagi, tempat memancing ler.





Memang best bentang tikar bawah jambatan ni sambil menemani tersayang memancing.

Ok, lupakan pasal memancing,  you know,   aku dah jumpa pun ABC kat Aussie ni.   Di Albany Highway.    Bintang Cafe..



Walau tak setinggi ABC kat Malaysia, sekurang2nya dapat jugak aku melepaskan kempunan.  5 Dollar semangkuk.




Vote for nasik goreng belacan!.   Aku rasa ianya perfect dan sebijik macam kat restoran2 Malaysia.




Ada yg tanya rega... so ni aku update :-

Hari ni, for the second time pegi lg and  oder nasi 5 pinggan, kangkung goreng belacan, ayam lemak, gado2 dan salmon fish berlado - total 60 Dollar.   Worth it right?





Tuesday, January 20, 2015

Bus Stand Larkin (4 Gambar)

Assalamualaikum.. w.b.t


"Sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah yg paling banyak selawat kepadaku".   Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

 Jom!!!.   Banyakkan selawat pagi petang, siang malam saaaaaaampai beribu2 lemon!.  Sapa2 yg rajin berselawat, hidupnya akan tenang dan ceria.

 Alang2 jadi blogger...  kita sampaikan la apa2 jua pesanan yg baik2 ye puan2, kurang2 untuk peringatan diri sendiri yang dah nak senja ni.    


Ok kita pegi terus kpd tajuk.   Lama tak ke Bus Stand Larkin ni sebenarnya.   Kali terakhir, tak ingat bila... tapi memang tersangat lama.   Rupa2nya kat dalam tu ada cawangan pos.  Tak tau pun ai. Dapat la buat urusniaga kat situ itu ari.   Sambil2 beratur, singgah pulak kat kedai baju sebelah tu.... dapat la sehelai "inner paras lutut" yg selama ni ku idam.  Dah merata cari 1 JB... baru kini kutemui.  TERIMA KASIH BUS STAND LARKIN!.   Sudi jugak ko jual mendalah tu.








Zaman2 remaja ai... jejantas ni blom ada lagi.   Kali ni dah tersergam indah.




Tu tempat jualan barang2 basah...  macam2 ada... tempoyak, sayur2 kampung.





Tingkat atas - area jual2 tudung, baju dsbnya.


Ok la...   itu je nak cerita.   Thanks sudi baca.   Oh ya... lupa nak cakap..   Hari ni buat donut resepi Sheila Rusly... lebih sedap tau dari donut sebelumnya. Lebih lembut dan gebu.  Nak resepi... sila cari Kak Sheila.  Kekeke.  Tak sempat la nak mintak izin beliau utk copy paste kat sini. You all google sendiri ye.

Dahhhhhhhh....


Saturday, January 10, 2015

Mesjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (5 gambar)

Assalamualaikum w.b.t   dan salam sejahtera... 


Bersyukur dengan apa yang ada..
Redha apa yang tiada..
inshaallah ketenangan pasti dirasai..
Kalau tak dapat honeymoon jauh2... kat JB ni pun banyak je tempat2 
yang menarik untuk dihayati keindahannya ye puan2..




"1892,  diperbuat dari bancuhan putih telur dan simen, proses penyiapan 8 tahun". 


Amazing kan?.   Macam nak buat maringue gitu!.  Itulah Mesjid Sultan Abu Bakar.














Tetiba macam speechless plak nak bercerita... sebab terkesima sangat dgn keindahan dan keunikan mesjid ini.   So,  layan je la gambar2 ni ye...

Buat follower2 blog ini....  Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Kembali Bertugas kepada anda yang bergelar pendidik.

Tuesday, December 2, 2014

10 Gambar Menggedix Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.. and morning!!!.


Belum pernah buat liputan lagi tentang Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur ni kat belog ai sebelum2 ni kan?.  Sbb baru first time ni stay kat sini.    You all pernah?.






Lobby..  luas dan cantik.




Abaikan gadis di balik langsir itu..  tu Qistina yg ala2 nak merajuk sbb sibuk nak gi Pavilion.. masa Mama dgn Shashal gi Pavi mlm tu, dia tak nak ikut, bila Mama nak gi Farenhite dia merengek nak gi Pavi plak.  Layankan je la. 


Dari hotel GMKL ke Pavillion... jalan kaki tak sampai 10 minit sampai.. (kalau jenis yg jalan laju macam ai ni la... kalau yg suka lenggang kangkung bercatwalk mungkin ambik masa 1/2 jam.. kih kih kih).


Food court Pavi ada di ground floor..  atas pun ada.. altanoor...  pandai2 la pilih mana yg serasi di tekak.. rajin2 la tanya dgn orang2 kat situ.   





Ni yang Shashal makan malam tu..




Kawan2 ai suka bergurau... "Nampak pintu gerbang Pavilion je dah menggigil2 terkena badi...apatah lagi nak masuk...".  Kih kih kih..  ada2 je dorang ni... don't worry...  kan banyak lagi pilihan barangan yg mampu milik utk golongan marhaen mcm kita ni (macam ai ler.. bukan korang).. contohnya kat Sinma ni.  Masuk je la situ...  






Nah cuci mata jap!.


Photo telah didelete oleh pengarang


Menggedix jap sementara "photographer" ai tengah good mood.  Mungkin sebab Mama dah bawak dia gi Sinma, kalau tak.. jgn harap nak tolong snapkan.






Hotel GMKL ni betul2 opposite dengan Farenheit yg ai kempunan nak singgahi gara2 Qistina.

Ok lah.. niteeeeee..






Saturday, November 22, 2014

KOMTAR (JBCC) terkini

Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) JBCC.... 
Terkejut ai sebaik melangkah masuk ke perkarangan bangunan KOMTAR yang penuh nostalgia remaja sunti ni.  Banyak yang telah berubah.   I loikeeeee.....
Tapi tempat2 kenangan itu dah takde lagi..  sob sob sob.


Wahai anak2 Mama, dulu di sinilah tempat Mama nyoping stationery zmn remaja sunti 16 tahun. Tempat mkn2 dgn kengkawan di hujung minggu. Dulu ada restoran Yummy (ala2 KFC) kat ground floor tu.   KOMTAR adalah antara shopping complex terawal selain dari Holiday Plaza.



Ok bagi tuan2 dan puan2 yg dah lama tak gi KOMTAR.... selamat mencuci mata. Sorry tak bawak DSLR.. kualiti gambar agak kurang memuaskan.













Secara keseluruhannya.   Ai suka dgn perubahan ini. Pilihan barangan2 yang banyak, contohnya... Fossil, Dior, Jelly Bunny dan mcm2 lagilah..  

Ok lah itu je nak tulis.. Selamat berhujung minggu.




p/s :  Just my personal opinion.

Thursday, October 23, 2014

Kisah Semalam Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t  dan selamat bercuti kpd yg sedang bercuti...














VVIP2 yg sepatutnya aku temui di Kay Ell hari tu..
tapi tak kesampaian...
dari kiri : Day, Dr Sue, Dr Kha dan 
Cikgu Azie,  2 jejaka  lagi  tiada dalam gambo..
sbb hensem sgt.


Tak pe la ye sahabat2ku..
meski kita tak bersua di alam nyata
kalian tetap selalu  dlm doa2ku..