Tuesday, June 14, 2022

Enamel mug untuk picnic.

Assalamualaikum and morning!.

Sekian lama dihantui oleh enamel mug ni, baru sekarang tergerak nak beli.  Dulu nak beli takut penangisan teringat arwah Mak tapi masa terus beredar menyapu kedukaan semalam.   




Ada pun, motif pembelian ialah untuk kegunaan picnic semata sebab lebih lasak berbanding kaca.  Picnic saja lah yg mampu diangankan waktu ini walaupun rindu zaman2 camping asbab  cuaca sejuk yg sangat mencemburui.    Kalau tak, bleh la fefilling cow boy minum kopi di tepian unggunan api.

Wujud sejak kurun ke 17 lagi bermula di Germany (sementara di US bermula kurun ke 18), barangan ayan sebegini sangat sinonim dengan orang2 dahulukala di negara kita, hampir seisi rumah memilikinya ketika itu, sama ada untuk hidangan panas seperti kopi dan teh mahu pun  cendol menunggu berbuka.  Malah set pinggan mangkuk juga agak popular waktu itu.





Tip :  Semakin berat sesuatu enamelware  bermakna semakin antik.   Sebagaimana beg, unsur2 "patina" pada keseluruhan permukaan juga adalah penanda aras keantikan mereka.   


Meski pun tidak lah ringan, obviously mug ai  ni tidak la antik ye.. sebab brand new.    Kecil cenonet saja supaya senang dibawa.



p/s.   :.     Boleh kongsikan di ruangan komen jika anda juga pernah memilikinya.


2 comments:

  1. Susah hendak jumpa. Dahulu masa kecil ada jag ini buat air satu bekas.
    Oh namanya enamel mug. Hehe pabggil kole besi sahaja.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.