Assalamualaikum and morning!.
Sekian lama dihantui oleh enamel mug ni, baru sekarang tergerak nak beli. Dulu nak beli takut penangisan teringat arwah Mak tapi masa terus beredar menyapu kedukaan semalam.
Ada pun, motif pembelian ialah untuk kegunaan picnic semata sebab lebih lasak berbanding kaca. Picnic saja lah yg mampu diangankan waktu ini walaupun rindu zaman2 camping asbab cuaca sejuk yg sangat mencemburui. Kalau tak, bleh la fefilling cow boy minum kopi di tepian unggunan api.
Wujud sejak kurun ke 17 lagi bermula di Germany (sementara di US bermula kurun ke 18), barangan ayan sebegini sangat sinonim dengan orang2 dahulukala di negara kita, hampir seisi rumah memilikinya ketika itu, sama ada untuk hidangan panas seperti kopi dan teh mahu pun cendol menunggu berbuka. Malah set pinggan mangkuk juga agak popular waktu itu.
Susah hendak jumpa. Dahulu masa kecil ada jag ini buat air satu bekas.
ReplyDeleteOh namanya enamel mug. Hehe pabggil kole besi sahaja.
Kat rumah saya ada 1
ReplyDelete