Wednesday, June 8, 2022

Kisah Nasi Kerabu

Assalamualaikum and morning!.

Rajin la pulak malam2 ai skodeng perbincangan netizen di FB bertajuk..  "Nasi kerabu jadi tidak sedap bila?".    

Elok juga kita ambil tahu sebagai menambah pengetahuan dapur.   Mungkin juga berguna untuk anda yang berniaga makanan di luar sana sebagai memahami selera pelanggan yg pelbagai.

Ada yang memaklumkan, mereka kurang menyukainya jika nasi hanya berwarna putih (sebab supposed to be biru hasil bunga telang), ada yg tak suka jika ada carrot atau kubis purple.   Ada yang rasa kurang umph bila tak dop ike dale kelapa.  Budu kure juge tidak umph.   Oh gitu mereka ghoyak deh.   Ok noted.


Sekadar gambar hiasan - tiada kena mengena dgn entri.


Ok mari kita buat kajian sejarah pula. Nasi kerabu original    versi  dulu² sebenarnya menggunakan ulaman  kampung  contohnya  daun kesum, timun, bunga kantan, kacang panjang dan daun  serai kayu.

First time ai dengar what is daun serai kayu.  Bila google.. oh nama je serai, tapi tak de rupa serai langsung. Rupa2nya adik beradik daun salam.   Mungkin ayah sama, emak lain2 kot.   Daun serai kayu ni lebih runcing, lebih nipis dan hijau muda.  Sesuai untuk ulam.   Biasa Laksa Kedah pun suka bubuh daun ni. (Seingat ai lah.. sebab last makan pun zaman keciknya si Ain).

Whereas daun salam pula lebih lebar, daun tebal dan liat.  Ni biasa la guna.. sebab popular untuk masakan western.


p/s.  :.    Nasi kerabu jadi kurang umph bila tak dimakan pada hari Rabu.  Haha.. gurau.  Ai ok je makan dengan carrot atau kubis unggu (ye la.. dah itu je ulaman yg ada kat Aussie ni), asalkan nasi tak lembik sudah memadai.   


1 comment:

  1. Itulah suka nasi kerabu warna biru dan ada solok lada.
    Baru tahu di sana guna lobak merah dan kobis ungu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.