Thursday, June 16, 2022

Tahniah kepada semua!!

Assalamualaikum and morning!!.

Haiiii!!!.  Salam ceria!!!. Tahniah especially pada semua ibu2 atas result SPM anak masing2 arini.    Bukan kaleng2 SPM 2021 ni sebenarnya  sebab ianya paling mencabar sepanjang zaman, pelbagai pancaroba yg terpaksa mereka hadapi ketika itu, meh kita imbas semula dan rekodkan di sini sebagai pengetahuan am supaya tak la nampak macam ai ni baru keluar gua pulak gayanya walaupun duduk di benua lain dan anak3 ai tidak terlibat dalam ini filem.

Di antara pancaroba mereka ialah terpaksa PDPR, ada yg down hilang parents asbab covid, malah ada calon2 yg covid, masalah kewangan,  demoralize,  exam on line dan pelbagai onak duri.   So mari ucapkan tahniah pada mereka tak kisah apa jua result yg didapat.




Reward yourself.  Say alhamdulillah. Don't compare to others.  Kehidupan bukanlah sebuah perbandingan tapi sebuah perjalanan sebab selepas ni baaaanyak lagi peperiksaan dalam kehidupan yg perlu ditempohi.

Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Ibu bapa  jika pandai menilai  kelebihan anak, anak yang biasa2 pun boleh jadi luarbiasa dasyatnya.   Hanya jauhari yg mengenal manikam.. apatah lagi ibu yg mengandungkan. Kata2 ini sangat menginspirasikan.    Mari puan2 kita buat kajian apakah kelebihan mereka yg sebenar sebelum menuju steps yang seterusnya.


P/s.  :.   Sebenarnya tak tau pun lagi anak2 kawan ai tu dapat berapa sebab macam segan pulak nak bertanya2.   Nanti hilang classy pulak jadi makcik kepochi..... ahakz.    



3 comments:

  1. Tahniah untuk akak ke? ahakkkk..

    Lama akak tak menyinggah, moga Sam baik2 nun jauh di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi tewww.. tak gamak nak panggil Umi "Ahkak". Tapi ok la kan.. itu tanda respek.
      Ye.. tahniah tu utk Ahkak Umi juga dan ibu2 di luar sana.

      Delete
  2. jika dapat cemerlang alhamdulillah...dan jika dapat sebaliknya....ada pintu lain yang perlui dilalui untuk berjaya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.