"Dilema gadis2 berpendidikan tinggi.. dan jodoh. Sila bincangkan... 😃😃."
Tetiba kawan Kak Mirror menyuarakan hal ni sebab risaukan adik beliau yg masih single mingle duduk merantau di negara orang.
Dilema perantau.. bg yg single ialah mencari rumah sewa yg murah, tak campur laki perempuan. Kak Mirror tahu.. ianya tak mudah. Kalau ada suami.. suka duka kita boleh kongsi bersama.. mcm Kak Mirror ni lah. Kak Mirror sendiri pun can't imagine kalaulah Kak Mirror duduk sini time zmn gadis2 tgh rambut gondrong 90an!!. OMG!. 😱😱😱.
Tapi... soal jodoh bukan kita yg tentukan. Tak kan main tangkap muat begitu saja kan?.😃😃😃.
Well... Kak Mirror doakan moga Allah permudahkan jodoh beliau. Aamiin. Sian pulak mendengarnya. Jodoh ni bila dtg... secara tiba2 je... datang tanpa diduga.
Eh.. lupa plak nak tulis. Betul ke lelaki takut mendekati gadis2 yg lebih educated dari mereka?.
ENTRY TERBARU - mengembalikan kasih suami yg pudar.
Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts
Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts
Saturday, August 13, 2016
Gadis Berpendidikan Tinggi Dan Jodoh
Labels:
PERSOALAN
Thursday, October 2, 2014
Bangunlah dari kegagalanmu
Assalamualaikum, haii... and morning!. Hari ni tak mo cerita pasal makan2 lagi sbb tentu ramai di antara kita yg tgh berpuasa pagi ni. (mood jelous). Jadi Kak Mirror nak tolong sorang adik follower yg tgh terkecewa ni.
Jawapan Kak Mirror tetap sama dgn jawapan utk follower yg terdahulu. Rasa2nya setiap adult macam Kak Mirror tetap akan memberikan jawapan yg sama. Mereka tak akan mungkin suruh adik merayu2 pada yg dah tak sudi. Cintakan kekasih macam mana hebat pun, kita perlu mencintai diri kita terlebih dahulu. Form 5?. Tahun ni SPM kan?. Fokus pada pembelajaranmu.. lupakan si dia yg dah ada pompuan lain tu.
![]() |
| pix ihsan google |
Itu ari, tengah2 hari buta Kak Mirror TERtengok drama Unggu Lace ke Lace Unggu tah apa tajuk tu... tv1. Haha.. sorry kalau tersilap. Nanti google sendiri lakonan Intan Ladyana (eh betul ke nama ni?. sorry.. Kak Mirror jarang tengok drama.. haha). Walaupun sekadar drama, tapi kisah tu sama dgn kisah kawan Kak Mirror. Kisah gadis yg bangun dari kegagalan akibat putus tunang, si tunang ada gadis lain, kawan baik dia sendiri. Sedaya mungkin dia berusaha memperbaiki diri menjadi fesyen designer. Akhirnya dia berjaya dan dgn tak malunya... si bekas tunangnya yg buaya tu terhegeh2 plak kat dia semula. Dia pun tak mo ler... sbb hati dah terkecewa sekian lama, dan lagi pun dah ada jejaka yg lebih hebat tgh ngorat dia. Begitulah sinopsisnya yg sarat dgn pengajaran.
Jadi, adik belajarlah bersungguh2. Buktikan yg adik bleh berjaya dgn cemerlang tanpa dia. Perjalananmu, (inshaallah) masih panjang Dik. Ramai lagi yg bakal beratur mengetuk pintu hatimu di IPT nanti, lagi hensem2 dan hebat. Aamiin. Inshaallah.
p/s : Ramai yg dahulunya terkecewa, tetapi kini hidup bahagia dgn insan yg mereka tak sangka2 (org yg dahulu mereka tak pandang). Jadi, cintailah sesiapa pun sekadarnya, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti, bencilah yang engkau benci itu berpada2, berkemungkinan ia akan menjadi yg paling kau cinta pada satu ketika.
Labels:
PERSOALAN
Monday, September 22, 2014
Buatmu Yang Terluka
Weekend itu ari, Kak Mirror kongsikan permasalahan adik follower di wall Fb ahkak!. Tapi don't worry... rahsia tetap rahsia.. namamu tetap ku anonymouskan Dik. Ni Kak Mirror kepilkan komen2 semangat dari kawan2 FB ahkak utk adik yg terkecewa itu ari. Click to enlarge ye..
*terima kasih kpd "Pakar2 Motivasi" tersebut : Puan Nor Mie, Datuk Aduka dan Cik Nia Sudref. (mereka semua ni penuh pengalaman hidup, pernah jadi remaja, ada yg masih remaja.. jadi adik baca la komen2 mereka ni ye). Mudah2an terlerai gundah di hati.
Inshaallah... pasti Allah ganti dgn sesuatu yg lebih baik.. aamiin..
Betul tu.... pi makan makanan yg best2 atau pi melancong je Dik..
Kak Mirror fahami hatimu Dik.. Terluka itu sememangnya pahit. Pahit.. Apatah lagi yg melukai adalah insan yg paling kita harap2kan. Tapi.. percayalah.. Allah lebih menyayangi adik.. maka itulah Dia memberikanmu petunjuk supaya tak terus kecewa di kemudian hari. Kuatkan semangat dan cari kebahagiaan lain.. do something yg boleh membuat your parent rasa proud.. itu lebih bermakna dari terus berduka dan mengharap sesuatu yg tak pasti.
Labels:
PERSOALAN
Saturday, September 20, 2014
Lelaki Yang Bersungguh, Dia Akan Ajak Kita Menikah
Mati-mati aku ingat dah pukul 1 pagi tau tadi, rupa2nya baru pukul 11.00. Tros tak jadi nak mikir esok nak buat sarapan apa utk bebudak gi sekolah sbb nak merajinkan diri bukak email dulu, terjumpa plak email from my follower ni. Ini merupakan email kedua darinya.
Nampaknya adik sendiri kurang bertegas untuk melupakan dirinya. Maka itulah perkara ini terjadi. Kalau Kak Mirror lah... memang tak nak Kak Mirror nak jumpa lagi bopren yg dah mencurangi ahkak.. Ai tak rela "dimadu" walau hanya dlm sebuah hubungan... walau cinta monyet sekalipun. Kekeke.
Jawapannya skrg hanya pada kawan adik tu. Adik kena tanya dia dengan jujur, bagitau dia..
"Kalau sayang ai... please pinang ai... Tak kisah la duit you dah cukup ke belum ke, ai nak jugak u pinang ai minggu ni jugak ok!. Ai tak suka jumpa2 lg mcm ni, nanti buat tambah dosa ai je. Lupakan si gedik itu!. Pilih antara dua, dia ataupun ai??." Hahaha... Haaa gitu!.
Kalau dia kata, dia masih cinta dgn si gedik itu, dah... lupakan je terus dirinya. Jgn nak menyeksa diri jadi penunggu buah durian tak gugur2. Bukan apa Dik.. leceh la deal dgn jejaka yg cintanya terbagi dua. Sudahnya nanti ko tunggu.. punya tunggu.. punya tunggu.. last2 dia kawin si gedik dan bukan ko. Tak ke makin parah jiwa kau nanti. Baik derita skg.. lambat laun terubat sendiri...dari derita di kemudian hari di saat pelamin anggananmu musnah.
Lelaki yg benar2 serious, dia akan ajak kita kawin Dik. Bukan hanya kulu kilir tak berpenghujung. Jadi tu la.. kesimpulannya, beranikan diri bertanya si dia secara bersungguh dan tegas sbb jawapannya hanya pada dia. Wish you luck. Maaf andai jawapan Kak Mirror kurang memuaskan hati..
Labels:
PERSOALAN
Tuesday, June 17, 2014
Macam Mana Orang Yang RAJIN PINDAH Mendeko Rumah Mereka?
Ada kerjaya2 di dunia ini yg menuntut seseorang itu berpindah randah kan?. Maka anak isteri pun terpaksa berpindah sama. Mmg la seronok ramai kawan... luas pengetahuan... tapi tetiba terbit satu persoalan di benakku.. rasa kagum pada mereka pun ada.... sebab aku tertanya2 perkara berikut :-
- Macam mana isteri mereka mendeko rumah?. Ya la... bayangkan, kan kejap2 pindah.. kang tgh best2 pasang wall paper cantik2, mahal2.. penat menghias blom abis lagi... 3,4 bulan lepas tu tetiba Cik Abang dikerah berpindah pulak ke lokasi lain. Cemana tu agaknya... teringin aku utk menyelami hati mereka yg pernah ada pengalaman... saja je nak busy body... dah alang2 terinsomnia sampai ke pagi ni.
- Tanam pokok dalam pasu utk senang nak angkut2?. Itu ari ada sorang kakak FB tu mengofferkan pokok2 bunga percuma sbb nak pindah.. (tapi dah lama dah.. now mesti dah abis).
- Ada juga kulihat melelong perabot rumah dorang, habis bersih dorang lelong tinggal lantai je. Mungkin itu pun salah satu konsep yg mereka amalkan utk kes2 sebegini. Pindah tempat lain... bermaksud beli perabot baru, yg lama jual murah2 utk insan2 yg memerlukan.
- Ataupun anda tetap mendeko sehabis cantik tanpa menghirau nak kena pindah atau sebaliknya... yg penting kepuasan?
![]() |
| now ada jual blackboard ala2 wallpaper... good idea utk anak2 yg rajin "menconteng".. tapi gambar ni imaginasi aku je hasil edit... |
p/s : Yang paling aku kagumi tentulah warga2 kg aku nun di "Kashmir"... yg tetap teguh membina banglo di tanah landai meski bencana banjir boleh muncul bila2 masa. Tapi mostly dorang dah mula bina mahligai batu yg bertiang tinggi skrg ni (contohnya rumah si Badol). Eh Sam.. kau sebut nama kawan kau??. Memandai je tau!. Tersedak2 mereka itu. Bukan apa... cantik la rumah ko Badol/Lela... I loikee... itu pun satu langkah yg bijak apabila tinggal di tempat2 yg dikhuatiri bakal berlakunya banjir.
Labels:
PERSOALAN
Thursday, June 12, 2014
Status FB - 80% hipokrit?. Setuju atau Tidak?
Orang yg berjaya
bukanlah orang yg takde masalah..
tetapi orang yg berjaya ialah orang yg tahu
bagaimana untuk hidup dengan masalah itu..
Percayalah.. ini bukan dongeng tau..
Bahawasanya..
"orang yg beriya2 mempamerkan kebahagiaan mereka..
sebenarnya orang itulah yg belum cukup bahagia.."
(bukan aku yg cakap.. tapi Ustaz Pahrol.. aku copy paste je)
Lihat contoh di bawah..
bagaimana Mak Jemah bukan nama sebenar (eh aku suka nama iteww!!).
mengCOVER permasalahan hidupnya..
Tak tahu lah sama ada anda nak kata dia bijak..
atau hipokrit?.
Di sebuah pejabat :
Mak Konah Lazer : Bagaimana hujung minggu kalian?
Mak Lijah Cute : Oh suami aku bawa aku candle light dinner!
Mak Jemah : Oh aku pun!!. Kami makan di restoran mahal, steak yg lazat... pulangnya kitorang menyungsuri malam berdua2an dgn berjalan kaki, sampai di rumah pula, suami aku menyambung candle light dinner lagi dgn memasang lilin di tepi katil.
"Wah!. Hebatnyaa!. Romantik la suami kau!!. Jelousnyaaa.." Berteriak Mak Konah Lazer dan Mak Lijah Cute mendengarnya.
![]() |
Di kedai kopi pula.. ketika ngeteh sesama jiran..
(perbualan antara lelaki) :
Suami si Konah : Korang gi mana weekend aritu?
Suami si Lijah Cute : Haritu kan birthday bini aku, jadi aku bawak la dia candle light dinner kat hotel. Alah... hotel2 cikai je.
Suami si Jemah : Entah apa punya malang aku aritu... kat rumah si Jemah tak masak sbb api dah kena potong. Dgn lapar terketar2 kitorang pun tibai je makan kat tempat yg paling dekat, paling dekat kat rumah aku tentu la HOTEL. Redah je la janji dpt makan. Sekali... punya la mahal !!!. Terbeliak bijik mata aku tengok bill!. Tak tau dah apa nak digadai, kosong terus wallet. Balik tak cukup nak bayar tambang teksi (maklum keta plak dah kena tarik), so... kitorang pun jalan le kaki berbatu2.. punya la penat. Sampai rumah baru teringat tak de letrik... terpaksa pasang lilin sampai ke pagi. Haihhh.... hmmm...
Ish ish ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............. kan?.
Labels:
PERSOALAN
Friday, June 6, 2014
Beli STUDIO APARTMENT area THE CURVE tu OK tak? - Tanya Wak Karjo utk BLOGGER2 KAY ELL
Wahai orang-orang KAY ELL!!!. Yang bijak bistari, lagi jelita dan hengsem!!. Kepadamu kawanku ingin bertanya..
*yg bukan org KL pun bleh tlg jawab.. kalau sudi.
Alkisah... ada la sorang Wak Karjo bukan nama sebenar ni tetiba suruh ai blog'kan.. satu pertanyaan neh!.
"Sam... kwn blogger you kan ramai org2 KAY ELL!!" (ya ker?. Mcm tau2 plak dia ni, kwn blogger aku ramai org KL?. Kaki skodeng ea?)
"Kalau teman2 blogger ai ramai org2 KL pun. So what???!!". Kataku dlm hati.
"Tanyakan dorang, kalau beli kondo (STUDIO APARTMENT) area THE CURVE tu ok tak?.". Tanya penskodeng itu lagi.
![]() |
| google2 dapat gambar ni.. |
Beliau kata studio apartment tu 5 minit je untuk ke THE CURVE. (aku saja kalerkan tulisan ni jadi merah sebab ada perkataan THE CURVE tu.. bunyi mcm menarik je kan utk Makcik2 mengisi masa lapang!. 5 minit jalan kaki!??. Eh! Best tu!!. Eh mcm somi aku plak yg nak beli kondo tu sampai aku plak yg terlebih suka?. Haha... Takpe.. I'm happy for my fren).
Anyway.. apa pula pendapat kengkawan. Ok ke kat situ??.
Labels:
PERSOALAN
Friday, April 27, 2012
Anda rajin ambik gambar anak anda?
Kadang kan rasa pelik... contohnya mcm I sendiri, bukan nak mengata sesiapa.... kita dah tau yg pihak sekolah dah sediakan photographer, tapi kita tetap jugak nak ambik gambar anak kita di hari bersejarah mereka guna camera kita sendiri. Korang mcm tu tak?. Sudahnya bukan dapat mutu gambar yg cantik pun sebab malu2 kucing kat depan stage tu. :D..
Mungkin kita belajar dari kesilapan masa lampau, zaman dulu mak ayah kita takde camera.. (saya la bukan awak). Banyak kenangan manis masa silam yg telah Allah ciptakan sepanjang kita berlari mengejar kanvas waktu, tapi semua itu hanya terakam dlm memory. Nak cerita pada anak pun, takde supporting evidence.. Sudahnya anak asyik bertanya :
"Mama, betul ke dulu kat sekolah mama ada hantu?" Tanya Shashal semalam. Yg tu memang la takde gambar sbg bukti kan... tapi bila dia tanya....
"Mama, Mama kata... Mama pernah masuk pertandingan bla bla bla... takde gamba pun?".
"Entah la.... takde gambonya la Nak... Cikgu ada ambikkan... tapi Mama tak beli."
Puan2....Betul la sebenarnya apa yg anda cuba lakukan tu, kalau buat "daily snap" untuk diorang pun lagi bagus u ollsss....lol......Ambik gambar dari dlm perut hingga la mereka dah keluar pastu tiap2 pagi mereka bangun tido je snap gambo...Tapi sanggup ke?. Malaysia Book Of Record la jawabnyaa kalau mcm tu.
Tapi kan.... ada site effect tak kesan dari cahaya camera ke atas muka kita klu kita ambik gambo tiap ari? Hik hik.... I terperasan, makin I snap gambo, mcm makin bertambah plak wrinkle kat muka I ni., adakah itu puncanya?...... keh keh keh...(mengarut betul). Sebenarnya bukan apa, teringat sorang kwn cuba menakut2kan I.. "Hey, jgn asyik nak ambik gambo je lah..nt hilang seri".... merepek je kan?. Hmmm... jgn harap I nak percaya.
![]() |
| Panas terik hari ni kat sekolah si Ain - dapat minum air kelapa kat dewan dia ni... rasa lega sangat... |
![]() |
| Pastu kan.. buat posing jakun konon2 mcm tak pernah jumpa bendalah ni.. |
![]() |
| Memang dah lama tak jumpa pun... kat pasaraya tempat I selalu nyoping tu... mana ada jual mee siput ni.. |
Wednesday, April 18, 2012
Malu2.... tanda pompuan tu masih anak dara?
Tak sangka plak aku.... bleh plak aku jadi pendiam tetiba, terkesima dan tertunduk malu untuk menulis. 2 hari blog tak berupdate.. tanpa sebab musabab yg konkrit..... hanya sebab2 yg plywood je yg dapat kuperjelaskan di sini..... 2 perkataan iaitu "Aku malas" :D ... (konkrit lawan dia plywood kan?).
Tapi aku tetap rajin membuat kunjungan balas dan meninggalkan komen di blog2 yg aku singgah. Yg mana aku tak tinggalkan komen tu.. maybe sebab akumerajuk pemalu.
Pemalu?.
"Selalu kalau malu2 ni anak dara je...". Ujar seorang kwn sewaktu kami meneka status seorang wanita yg sedang rancak memberi taklimat di sebuah majlis "berprestij", badannya masih langsing, mukanya cantik... cuma susah plak nak teka sebab tengok pada umur mungkin dah kawin.. Confused la plak aku nak panggil Cik ataupun Puan.
"Pada firasat aku, dia ni single lagi, tengok pada ekor matanya nampak mcm malu2 bila berdepan dgn lelaki ". Sambungnya lagi..
"Malu2?. Napa? Klu dah kawin mcm aku ni dah tak malu2 sgt dgn lelaki ke? ". Tanyaku lagi pura2 tak faham... Mcm tak berapa setuju sgt dgn apa yg dia kata sebenarnya... sbb aku hingga kini masih malu2 kambing....lol.... dan selalu terjumpa Mak Dara pingitan yg selalu malu2 kucing .... tak kan itu bermakna diorang ni perasan diri mcm anak dara plak?.. hahaha... oopss. :P. Setujukah anda dgn pendapat kawanku ini?. Tak setuju sila tanda pangkah.
Oh ya, sapa2 yg rajin nak menjawab kemusykilan silent reader aku ni... dipersilakan.. penat aku menggali "CCTV" blog aku ni semata2 nak selesaikan kemusykilan mereka ni :-
Tapi aku tetap rajin membuat kunjungan balas dan meninggalkan komen di blog2 yg aku singgah. Yg mana aku tak tinggalkan komen tu.. maybe sebab aku
Pemalu?.
"Selalu kalau malu2 ni anak dara je...". Ujar seorang kwn sewaktu kami meneka status seorang wanita yg sedang rancak memberi taklimat di sebuah majlis "berprestij", badannya masih langsing, mukanya cantik... cuma susah plak nak teka sebab tengok pada umur mungkin dah kawin.. Confused la plak aku nak panggil Cik ataupun Puan.
"Pada firasat aku, dia ni single lagi, tengok pada ekor matanya nampak mcm malu2 bila berdepan dgn lelaki ". Sambungnya lagi..
"Malu2?. Napa? Klu dah kawin mcm aku ni dah tak malu2 sgt dgn lelaki ke? ". Tanyaku lagi pura2 tak faham... Mcm tak berapa setuju sgt dgn apa yg dia kata sebenarnya... sbb aku hingga kini masih malu2 kambing....lol.... dan selalu terjumpa Mak Dara pingitan yg selalu malu2 kucing .... tak kan itu bermakna diorang ni perasan diri mcm anak dara plak?.. hahaha... oopss. :P. Setujukah anda dgn pendapat kawanku ini?. Tak setuju sila tanda pangkah.
Oh ya, sapa2 yg rajin nak menjawab kemusykilan silent reader aku ni... dipersilakan.. penat aku menggali "CCTV" blog aku ni semata2 nak selesaikan kemusykilan mereka ni :-
1) Kenapa lelaki lambat kahwin?
- Belum jodoh la tu...
- Frust dgn awek..
- Blom cukup duit..
- Tak sempat nak baca doa pendekat jodoh..
- Memilih
- Emak tak restu
- Ada penyakit
2) Benarkah lelaki gatal di usia 40?
- tengok la apa yg dia makan... byk sgt makan seafood, klu dia jenis yg elergi.. mmg boleh jadi gatal tak kira usia dik.. ^ _ ^ (berkata dgn nada serious).
*** Iman ada 70 cabang lebih dan MALU adalah salah satu di antaranya. (Sabda Rasullullah S.A.W).
p/s : Ko nak tau tekaan kwn aku (tentang status pompuan tu tadi) jauh menyimpang, rupa2nya.... pompuan tu dah anak 4.
*** Iman ada 70 cabang lebih dan MALU adalah salah satu di antaranya. (Sabda Rasullullah S.A.W).
Labels:
PERSOALAN
Thursday, April 5, 2012
Hai... dah makan?
"Hai... dah makan?". (Adik2 boboy... kalau nak ngurat awek, kena tanya mcm ni... utk menunjukkan anda amat concern padanya, gerenti mereka akan jatuh cinta setengah mati bila mendengar ungkapan ini. :D. Ok la, itu je tip Kak Mirror utk hari ini... Selamat mencuba..).
Lunch I hari ni, nasi putih panas dgn asam pedas semalam. Sudah lazimnya, asam pedas bila dah dua hari terperap memang akan jadi sedap. So, tak perlu la I nak terangkan lg akan betapa sedapnya asam pedas aku hari ni walaupun lauk2 lain belum terhidang sbb masih dlm proses. (kira ni kes masuk bakul naik sendiri la ni).
MALAM TADI AKU TERKUJAT SEKEJAP APABILA...
Buat yg berdiet, tak yah cerita pasal makanan. Teruskan diet anda, I akan sentiasa memberikan sokongan padu dari kejauhan. OK k.... nanti di sujud akhir akan I doakan.. anda akan jd slim melim bagaikan retis2 zmn P. Ramlee. Tapi make sure, jumpa dulu pakar sakit puan utk memastikan pil perancang yg anda makan bukan la penyebabnya.
Pastu dah alang2 you jumpa doktor sakit puan tu, please tolong plak tanyakan satu soalan I ni... (sebab aku ni memang malas part2 nak jumpa doktor ni).
" Betul ke EPO boleh menyebabkan kanser payudara?". Aduhaii... kau tau, aku ni dah best2 makan EPO (sebab bila aku makan, aku perasan muka aku jd glowing, rambut lembut macam retis, kuku kemilau bagaikan orang tak buat keja)... tup-tup bila baca forum.... diorang plak tulis mcm tu. Terkujat aku sekejap.... terbayang2 aku sesuatu yg menakutkan... walau sekadar gossip. Hopefully aku dpt jawapan yg lebih menggembirakan hati sebab aku dah beli 2 botol ni... siap gigih aku carik yg ada cop HALAL lagi!
Labels:
hal kewanitaan,
PERSOALAN
Tuesday, April 3, 2012
Mungkin ini antara penyebab gadis2 ada yg jadi MATERIALISTIK..
Dalam entry I yang lepas., bertajuk "Suami Gila Talak selepas kawin dengan perempuan lain", seorang silent reader telah meluahkan isi hatinya di ruangan komen. I copy pastekan di sini untuk renungan bersama, especially para suami2 di luar sana. Jadikan la ikhtibar ya adik2.
Oleh kerana persoalan puan yg menggelarkan dirinya NO NAME ini telah I jawab dlm entry tersebut, so di entry kali ni I tak nak sentuh pasal GILA TALAK itu lagi... cuma persoalan beliau di sini ialah... "Suami Berubah Bila Dah Senang?". Ini bukan first time I dgr kemelut2 rumahtangga yg sebegini. Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. Suami melupakan orang2 tersayang yg telah bepuluh tahun bergolok bergadai, yg telah sanggup menerima dirinya apa seadanya... bila senang, habis madu sepah dibuang.
I rasa la kan......maybe sebab faktor2 sebegini la jadinya gadis2 di luar sana ramai yg jadi materialistik skrg ni... (contoh macam awek ni). Korang la ni puncanya.... diorang cari somi kaya raya sbb tak nak berdepan masalah sebegini, diorang takut nanti dpt somi yg masa susah je dia setia, manja2...bila dah senang..amboi.. amboi.. amboiiiii.... kemain eksen! Jgn begitu ye boboy2 semua... Kesian bini.....kalau dia sumpah u jadi belog baru u tau!
K lah... Kak Mirror nak makan! Daaaahhh....
K lah... Kak Mirror nak makan! Daaaahhh....

Berikut adalah luahan hati "NO NAME" di dlm entry itu...
Buat "NO NAME"... Kak Mirror harap beliau bersabar atas segala dugaan yg menimpa dirinya... ingatlah, Allah Maha Mendengar, apatah lagi insan teraniaya spt puan.
Labels:
DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN,
PERSOALAN
Thursday, March 22, 2012
Netbook dah keluar jerawat batu, tak boleh upload gambar.. why?
Sekarang ni I terpaksa update blog guna "old blogger interface" yg sgt kuno itu...(suka guna yg baru sebab boleh besar2kan gambar hingga gedabak : D) sebab kalau guna yg baru (gambar bawah) ni... permasalahan akan berlaku time meng'upload gambar. Tak tau la kenapa? You all tahu?

Sebagaimana yg warna kuning tu... itu la masalah yg melanda. Klik la sekuat mana pun, mendalah tu tak menujukkan sebarang respon pun you all.. merajuk ngan I la kot sebab aritu I upload gambar sebanyak2nya.. :D
I terperasan sejak beberapa hari lepas, permukaan netbook I ni ditumbuhi "jerawat batu"... (sila lihat bintik2 hitam yg I bulatkan dlm gambar bawah). Virus apakah itu ye?

Sekadar sebuah pertanyaan jika ada yg terror IT. So, kalau ada yg sudi jawab, terselamat sikit netbook I ni dari dimasukkan ke ICU. Thanks in advance ye..
Labels:
PERSOALAN
Tuesday, February 14, 2012
Apakah dgn kesedaran ini, harga bunga tak akan dinaikkan lg pd 14feb?
"Sebagai muslim, kami tak sambut valentine dik...maaf ye.... so, terima kasih sajalah atas bunga-bungaan itu" Rasa nak cakap macam tu je pada jejaka penjual bunga yg sweet menjinjit bakul bunga di tepian shopping compleks 2 hari lepas, beriya meminta my hubby belikan utk wife dia ni sempena valentine... tp tak sampai ati nak terangkan pada jejaka itu tentang hukum hakam, lagi pun tentulah jadi pjg lebar pulak ceritanya nanti.
(kpd yg tak tau, sila google berkenaan hukum menyambut valentine, Kak Mirror macam penat plak nak taip... waaa penat.. lg pun thn lepas dh tulis).
Tapi mengaku sajalah yg anda juga pernah menyambut valentine masa zaman-zaman jahiliyah dulu kan? Oooo tak nak ngaku!!! Dengan rasa tak berapa berbangganya.... I pun nak mengakui jugak la kesilapan I tu...Mudah-mudahan Allah ampunkan. Sebenarnya time tu bukan la nak kata kami sambut dengan berbalas present ataupun kad, tapi just pegi makan je kat hotel tu atas alasan menu malam valentine agak special sikit berbanding hari biasa.... Pastu dapat bunga free sekuntum.
Tapi zaman tu memang ramai yg jahil tentang benda-benda ni lah...sebab ada sorang kakak ni bagitau I.... di IPTA dia, acara menyambut valentine ni diadakan sbg acara tahunan? I'm not sure la... kalau dia tipu I bermakna I juga memberi fakta yg salah pd anda tp yg I ingat dia kata pada malam tu bebudak pompuan tunggu je la kat hostel... nt ada je tetiba dpt bunga terselit kat tepi pintu dari "peminat" masing2. Amboi!
Kalau dulu... bila buat majlis kawin/tunang pd 14FEB je jadi rugi sbb time tu la bunga tgh naik harga atas faktor permintaan melebihi penawaran .. apakah dgn kesedaran ini... keadaan akan jadi sebaliknya? Nanti kita tanya penjual bunga... ;D
Qistina - 9 thn
Shashal - 7 thn
Ini pula... bukan kek valentine ye... tapi semalam kami sambut
birthday kanak-kanak berdua tu di sekolah masing2.
"Nikmat maksiat akan hilang, tetapi dosanya berkekalan. Say No To Valentine's Day!" - Ustaz Zahazan
Labels:
PERSOALAN
Thursday, June 30, 2011
Entry sebelum tido...
Entah kenapa tah ramah sangat I hari ni hingga sibuk2 bertanya dengan seorang cashier yang wajahnya seiras dgn wanita di sebelahnya. Seorang memakai tudung, seorang pula membiarkan rambutnya terurai, kedua2nya putih melepak.
"Eh muka you dua orang ni sama la, you dua kembar ya?"
"Hahahaha... tak la, saya Cina la" Jawab wanita rambut terurai itu disusuli dengan ketawanya yg tipis dan sopan.
"Owh.. really? Maybe you all dua rapat, jadi muka boleh sama kan?" Entah teori mana yg I baca, sesuka je memberi fakta yg tak sahih ni kpd mereka.
Si Erra Fazira dan sahabat baiknya, Umie Aida pun jika kita lihat ada iras2 wajah kan, begitu jugak Tok T kita dan KD. ---> sambil berjalan2 di deretan beg-beg ini I berfikir lagi.
Dulu waktu remaja, ketika I rapat dgn housemate I, KN.. pun ramai yg kata kami seiras... tapi KN lagi lawo la dari I sebab wajahnya seiras dgn Norfarahin Jamsari. ( dah puji2 ni nanti you belanja I!!)
So, topik kali ini ialah ....... KENAPAKAH bila dah rapat, boleh timbulnya wajah seiras ni? Benarkah sebenarnya seiras atau gaya fesyen yg seiras tu yg menjadikan mereka seiras? Si A buat fesyen rambut begini, si B pun meniru fesyen yg sama.. tu yg kelihatan sama?
Tapi kan.. baby I ketika dijaga oleh kakak pengasuh, wajahnya memang ada iras2 muka kakak tu... waa terkejut jap bila I tengok gambar mereka berdua. Tapi sorry.... tak dpt dikongsikan di sini.
Anak angkat kawan I pula seiras dgn wajahnya hingga orang tak menyangka anak tersebut adalah anak angkat.
Apakah faktor-faktor yg membawa seseorang itu berjaya memfotostat bulat2 wajah orang2 yg rapat dgn mereka? Faktor makanankah atau ada perkara2 lain yg menjadi penyumbang....so, mari kita tanya Pakcik Google........ tit tit tit... "Ello Pakcik Google!!!"
Sat gi Pakcik google angkat tepon, so, I kena pegi dulu deh.... see u later!!!!
p/s : Nak rapat2 dgn Miss World la camni.... ;P
Labels:
PERSOALAN
Tuesday, April 26, 2011
Tertinggal keretapi...

"Birthday nanti, kalau uoll nak hadiahkan KOI, hadiahkan la pengukus ni.. ATER takyah budget besar-besar sangat, sebab rasa-rasanya tak la mahal kot pengukus buluh ni, walaupun murah tapi diorang kata berbaloi, sebab air tak menitik pada adunan (takyah susah2 selimutkan penutup pengukus dengan kain kapan lagi untuk dapatkan kuih yang cantik dan tak berjerawat. Malah, aroma kuih kita pun akan jadi lebih sedap dan tradisional, tapi mana nak dapat agaknya?"

KOI?? ATER? Tu ler, dah lama I nak tanyakan diorang, apa yang diorg selalu rajin na tulis KOI, ATER kat blog tuuuu.... shortform utk apa?? Jadi... sebelum I makin musykil dan salah sangka, makanya tadi I buat muka seposen tanya je kat adik2 blogger tu... Mekasih ya adik-adik, baru akak tau... ooo KOI tu bermaksud SAYA (loghat Pahang), ATER bermakna JADI (loghat Perak).... oicccc..... oiccc.... seronoknya ada tenet... tanya apa je pun terus dapat jawapan..
p/s : Lama dah KOI duduk kat Pahang dulu2... napa la KOI tak pernah dengar plak loghat2 tu semua.... ke kalau nak pronounce bunyi dia lain? ATER pasni jangan musykil2 lagi ya.


KOI?? ATER? Tu ler, dah lama I nak tanyakan diorang, apa yang diorg selalu rajin na tulis KOI, ATER kat blog tuuuu.... shortform utk apa?? Jadi... sebelum I makin musykil dan salah sangka, makanya tadi I buat muka seposen tanya je kat adik2 blogger tu... Mekasih ya adik-adik, baru akak tau... ooo KOI tu bermaksud SAYA (loghat Pahang), ATER bermakna JADI (loghat Perak).... oicccc..... oiccc.... seronoknya ada tenet... tanya apa je pun terus dapat jawapan..
p/s : Lama dah KOI duduk kat Pahang dulu2... napa la KOI tak pernah dengar plak loghat2 tu semua.... ke kalau nak pronounce bunyi dia lain? ATER pasni jangan musykil2 lagi ya.

Labels:
PERSOALAN
Sunday, January 2, 2011
Kuasa Keakraban Mengalahkan Antena Astro
Patutnya I dah tido tau ni... ikut perancangan memang patutnya I dah tido dari pukul 10 tadi sebab esok anak2 dah kembali ke sekolah :'(
Tapi menggedix punya pasal... tak jadi2 nak tido.... takpe la kan kalau I nak menyembang2 jap dgn uoll dulu sebelum tido ni.
Straight to the point, I cuma nak tanya... betul ke kalau kita dah akrab dengan seseorang, kekadang kita macam ada "connection" dgn orang tu.... Let's say la kalau orang tu ada problem, kita macam terasa2, kekadang sampai termasuk dlm mimpi.
LV handbag limited edition ~ tiada kaitan dgn entry
sesaja bubuh buat eksesori blog... dan cuci2 mata..
Tapi menggedix punya pasal... tak jadi2 nak tido.... takpe la kan kalau I nak menyembang2 jap dgn uoll dulu sebelum tido ni.
Straight to the point, I cuma nak tanya... betul ke kalau kita dah akrab dengan seseorang, kekadang kita macam ada "connection" dgn orang tu.... Let's say la kalau orang tu ada problem, kita macam terasa2, kekadang sampai termasuk dlm mimpi.
LV handbag limited edition ~ tiada kaitan dgn entry
sesaja bubuh buat eksesori blog... dan cuci2 mata..
Punya la pelik kan "kuasa" keakraban itu sampaikan seolah2 orang tu ada pasang "cctv" kat rumah kita pulak, boleh tau pulak apa yg sedang bermain2 di dalam minda kita. Biasanya kalau husband and wife memang ada "instinct"2 mcm ni kan... Tapi I rasa pun sahabat karib pun kadang Allah berikan "instinct" bila dah terlampau akrab. Agaknya la.... sebabnya... dulu pernah la berlaku... time I dilanda permasalahan duniawi, tetiba je kawan I muncul menjelmakan diri dan bertanya khabar... Alhamdulilah kehadirannya itu telah berjaya menyelesaikan permasalahan yg melanda. Memang satu miracle yg Allah turunkan..
Itu satu hal la kan..... tapi yg buat I lagi pelik....ada sekali tu I sedang merancang untuk membeli sesuatu, memang dah 2, 3 hari asyik memikirkan untuk membeli barang itu....cuma belum sempat je nak beli... tetiba je tak lama lepas tu.. orang tu call...
"Eh Sam..... aku sekarang ni kat bla bla bla..... ko nak tak kalau aku belikan ko bla bla bla"
Haa???? Terkejut I tau.... macam mana la dia tau I sedang memikirkan hal itu. I rasa I takde plak buat apa2 wishlist kat mana2... Memang menghairankan.
Pernah tak uoll menghadapi situasi seperti I ni? Sungguh Pelik Bin Ajaib I rasa kuasa keakraban itu..
Itu satu hal la kan..... tapi yg buat I lagi pelik....ada sekali tu I sedang merancang untuk membeli sesuatu, memang dah 2, 3 hari asyik memikirkan untuk membeli barang itu....cuma belum sempat je nak beli... tetiba je tak lama lepas tu.. orang tu call...
"Eh Sam..... aku sekarang ni kat bla bla bla..... ko nak tak kalau aku belikan ko bla bla bla"
Haa???? Terkejut I tau.... macam mana la dia tau I sedang memikirkan hal itu. I rasa I takde plak buat apa2 wishlist kat mana2... Memang menghairankan.
Pernah tak uoll menghadapi situasi seperti I ni? Sungguh Pelik Bin Ajaib I rasa kuasa keakraban itu..
Labels:
PERSOALAN
Friday, November 19, 2010
Apasal Hari Ni Orang Cerita Pasal Cili je ya?
Suratan atau kebetulan?? Ke I tertinggal keretapi? Hari ni memang tak baca paper.... huhu... busy packing!!!
3 kali dah I baca pasal cili hari ni.... First kawan I kat thread di FB tadi bercerita dia mencili mulut anaknya (tak pasti la dia bergurau ke apa sebab I tak sempat tanya)... second and third tetiba tadi bukak dashboard 2 org blogger dgn gambar cili sederet.... sila rujuk gmbr di bawah...

Apakah???? Sila jelaskan.... ada kes dera ke?
3 kali dah I baca pasal cili hari ni.... First kawan I kat thread di FB tadi bercerita dia mencili mulut anaknya (tak pasti la dia bergurau ke apa sebab I tak sempat tanya)... second and third tetiba tadi bukak dashboard 2 org blogger dgn gambar cili sederet.... sila rujuk gmbr di bawah...

Apakah???? Sila jelaskan.... ada kes dera ke?
Labels:
PERSOALAN
Saturday, June 12, 2010
SUSUK APAKAH YANG DIPAKAI OLEHNYA? ADAKAH....
Sorry la, malam tadi ingatkan dapat bersiaran, sementara my IRP sibuk dengan worldcupnya tu, tapi kanak2 kecik kat rumah ni main game plak kat PC Atok mereka ni, tak jadi ler nak bercerita satu cerita misteri ni.
Macam mana I nak mulakan cerita misteri ni ya, ayat kena pusing terbalik sikit untuk tidak dapat dikesan oleh yang empunya WANITA yang bakal diceritakan. Dah lama dah I simpan entry ni, nak publish fikir 100 kali. Tapi sebab beberapa hari lepas, perkara ini dibangkitkan semula oleh seseorang, maka I pun publish la jugak untuk pandangan anda.
Ok begini kisahnya, Si Kiah (bukan nama sebenar) suatu pagi nan indah memberitahu I.
"Sam... ooo Sam.... terkejut I Sam...ko nak tau tak??."
"Semalam I jumpa H (bukan nama sebenar) kat jemputan kawin si Noni ( nama2 ni konon2 je la ya, bukan nama sebenar pun), cengkung ya rupanya muka dia tu, dah tualah”.
Dah buat "ketupat" plak la Kiah di pagi nan indah,. huaa..... habislah I kali ni.
"Memang dia dah tua pun, umur dia pun dah berapa kan, tua dia dari kita pun?" I memberhentikan kerja2 membelek2 bunga2an di kedai itu.
"Pelik la I, selama ni I nampak dia kan cantik jelita, kulit mulus? gebu." runggutnya lagi.
"Ya ke? Biasa je pun, entah... tak de beza pun." kataku lagi sambil menyambung membelek2 barang2 di kedai tu. Cantik sungguh bakul-bakul rotan tu, tapi harga memang tak munasabah.
"Betul!!. I tengok selama2 ni dia cantik!. Cantik macam.... err....macam Nasha Aziz"
"Nasha Aziz??????!!!!!!!!!!!!! " I memberhentikan kata2. Kiah sedia memahami apa yg I maksudkan.. ( maksudnya I memprotes pendapatnya yang tak berasas tu. Ada ke H nak disamakan dengan bintang pujaanku Nasha Aziz. hmmm...lain benor lahh).
"You ni Kiahhhhhhhh......... biar betul???" Soalku lagi.... pelik bin hairan, bagaimana si H yang.......(tak rela la I nak habiskan kata2, nanti orang kata I menghina kejadian Allah plak, sekadar untuk uoll faham di sini bahawa H tu biasa je orangnya, tak la hodoh dan tak la sampai secantik Nasha Aziz, sederhana je, tak terlalu putih, tak terlalu hitam, tak terlalu tinggi, tak terlalu rendah, tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus..... ).
Soalnya sekarang, Kiah sendiri pun tertanya2 sama ada selama ni dia sudah "terkena ilmu" kejelitaan si H ke hapa ke hingga dia boleh nampak jelmaan Nasha Aziz di sekujur badan H yg sekarang cekeding tu?
"Huh???????? Ya ke? Tak tahu pun aku!!!!! Watpe plak you je yg bleh nampak mcm tu Kiah? Awatnya dia nak kenakan you plak?? You kan perempuan..."
"Mana la tau... dia saja "pakai2" supaya orang hormat dia ke?" sambung Kiah lagi berprasangka buruk.
Entah, I pun tak tau nak cakap, sebab I tak nampak akan ilmu apa yg diamalkan oleh H hingga merubah bentuknya dari secantik2 “Nasha Azizi” (mengikut kaca mata Kiah) kini jadi secengkung2 seorang nenek (saja tambah2 sikit ni. hahahaha nak sedapkan jalan cerita, tak la sampai rupa seorg nenek pun, biasa je la, cuma kata Kiah agak berbeza dulu dan sekarang.. (padahal Kiah jumpa H seminggu sekali bila kenduri kendara, pertemuan kali ni je H betul2 nampak bezanya).
Ataupun mungkin H preggy kot, org pregnant ni kan kdg boleh jadi cantik, boleh jadi buruk. Wallahualam.....
Perlu diingatkan bahawa perubahan wajah atau penampilan seseorang boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain yang lebih logik, so tak semestinya sebab mengamalkan ilmu hitam. Berikut antara faktor2 lain :
Keadaan emosi:
Stres, keletihan, atau keadaan mental yang tidak stabil boleh memberi kesan kepada rupa seseorang. Orang yang gembira dan tenang sering kelihatan lebih menarik, manakala emosi negatif boleh menampakkan seseorang kelihatan lesu atau tidak cantik.
Cahaya dan sudut pandangan:
Kadangkala perubahan rupa seseorang boleh disebabkan oleh keadaan pencahayaan atau sudut pandangan, yang boleh membuatkan wajah kelihatan berbeza.
Masalah kesihatan:
Perubahan drastik pada rupa juga boleh disebabkan oleh penyakit atau masalah kesihatan yang menjejaskan kulit atau struktur wajah.
Jika seseorang mengalami perubahan wajah secara berterusan dan ia mengganggu, mungkin lebih baik mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan atau spiritual yang boleh memberikan penjelasan yang lebih mendalam dari perspektif yang berlainan.
Labels:
PERSOALAN
Subscribe to:
Comments (Atom)































saya adalah ibu kpd seorg ank dan sedang menghabiskan idah saya...
sebelum saya bercerai dengan suami, suami saya kawin dua dan saya adalah isteri pertama, isteri kedua plak adalah kekasih lama dia. saya izinkan dia kawin 1 lagi sebab perempuan 2 selalu datang rumah saya dan pernah serang rumah saya kerana suami saya tak nak jawap fon.
selepas mereka nikah, rumahtngga saya tak bahagia mcm sebelumnya. suami saya mula tak berlaku adil... dan madu saya selalu kongkong suami saya sampai berbulan2 xbalik, tapi saya masih paham kadaan dan redha, sebab madu saya suka memberontak, push, ikot kehendak ati dia je.. sampi saya berpindah lebih dekat dgn rumah madu saya.. saya mengharapkn suami saya akan berlaku adil.. tapi sekejap jer, nafkah hanya RM10 untuk 2 hari atau 1 hari, suami saya memang terkenal dengan kedekut selepas tiba2 rezeki melimpah ruah... sblm nie dia susah saya yang selalu bantu dia tak kira dalam ape kadaan skali pun... tapi bila dia dah byk duit, dia hina saya, maki saya, benci saya, tolak saya ketepi, layan saya mcm perempuan simpann..ape yang madu saya kate semua dturuti... sejak madu saya muncul suami saya sperti xnampak saya, dan selalu salahkan saya.. sedangkan madu saya talam dua muka... tapi selepas suami saya ceraikan saya melalui sms... madu saya bgtau y mereka hidup bhgia dan suami saya dh buang saya dlm idup dia.. saya terima dan redha, walaupn saya xpercaya yang suami saya dh berubah. sebb saya kenal sgt2 siapa suami saya..
selang beberapa hari bekas suami saya selalu sms, kol & email saya... mcm2 cara dia nk dekatkan diri dia dgn sy... suatu hari bekas suami saya sebok tya kan saya dh ada pengnti belom, n ajak nk jumpa sy. lepas tu dia warning2 saya tak bagi saya cari penganti baru.. hanya dia sahaja boleh miliki saya walaupn dh bercerai.. sekiranya saya kawin lain dia ugut sy untuk bomoh saya. bekas suami saya seperti tak kesian kat bini dia & ank kedua dlm kandungan... dan masih idop nk enjoy mcm dulu(bekas suami saya kawin muda dan xpernah enjoy).
soalan yang bermain dalam otak saya skung..
Nape bekas suami masih ketagih kasih dengan bekas isteri sedangkan dia dah pilih pasangn dia? dan sebelum nie bukan main benci dia kat saya.