Wednesday, January 27, 2010

RESEPI CREAM PUFF


 Resepi Cream Puff


150g Air
60g Butter
110g Tepung Gandum
3 biji Telur

1)Didihkan air then masukkan butter.
2)Bila butter cair, perlahankan api dan masukkan tepung gandum.
3) Kacau dgn sudip kayu hingga adunan tepung tidak melekat di tepi2 periuk. Tutup api.
4)Masukkan adunan ke dlm mangkuk mixer dan putar hingga adunan sejuk sedikit.
5)Masukkan telur dan putar hingga adunan rata.
6)Masukkan adunan dlm piping beg dan guna nozzle star.
nozzle star yg perlu digunakan..

7)Alas dulang/loyang dgn kertas minyak. Bakar hingga puff tak berkilat. Siap!

INTI

1 tin Susu Cair
1 tin Air
7 sudu besar Gula
4 sudu besar T. Kastad

1) Gabungkan susu cair, air dan gula dlm periuk. Masak hingga gula hancur.

2) Dlm mangkuk lain, bancuhkan tepung kastad dgn sedikit air.

3) Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan kacau cepat2. Siap dan boleh la diisikan dlm cream puff yg telah dibakar dn dibelah tengah tadi.

OK! Nak buat esok!

4 comments:

  1. dah siap belum cream puff tu? Bak mai 2-3 ketul nak rasa ...

    ReplyDelete
  2. hermmm....sudahnya kan Mummy Gee...hari ni segala program terbatal sbb kat rumah takde air. Tadi pun masak nasi guna air kt water dispenser je..sib baik ada saki baki sikit.

    ReplyDelete
  3. memang bosan klu tak de air ni ... so jimat kan air yer 'jangan buang air' tau...hehehhe

    ReplyDelete
  4. pernah terfikir nak beli tempayan besar letak depan rumah mcm org zmn dulu, so bila air takde boleh la guna buat mandi ke siram pokok ke..tp klu utk buat masak, mcm was2 je air tadahan hujan di kotaraya ni..byk pencemaran kot even jauh dr kilang..sbb tu klu kita terkena hujan kg..kita tak demam sebaliknya klu kt bandar ni terkena hujan sikit mesti esoknya demam..mungkin kot air hujan kt bandar dah tercemar dgn persekitaran mcm asap lori dsbnya..hehehe just my teori je.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...