Wednesday, January 27, 2010

Resepi Speghetti Bebola Daging - manual

Untuk resepi Speghetti sila scroll down terusssss ke bawah sikit... sebab I nak merapu jap ni..... tajuk yang I nak merapu hari ini ialah Blogger Tega (bukan blogger Tegar) ---> maksud I, blogger tu "TEGA" berkata-kata dengan sesukanya tanpa rasa bersalah walaupun memang salah.




Cantik je aku tengok muka si Betty ni... apa yg uglynya???
Semalam MM tersesat kt blog sorang isteri & surirumah, MM main redah je, tak ler kenal pun wanita tu tapi MM rasa cam annoying la tulisan dia tu... MM rasa tak patut la.. ada ke dia cakap laki dia tak hensem pastu nak bandingkan diri dia cantik & tak sesuai kawin dengan dia.... ish ish.. satu donia baca dik.... klu you tak bubuh gambar hubby u tu tak apa la kot.. tapi MM rasa macam tak patut.... tak tau la kalau laki dia jenis tak kisah.


Ni la MM nk pesan kat adik2 comel kita ni... cantik ke tak cantik ke... itu bukan ukurannya... ada org bini tak la cantik mana pun dan laki dia hensem giler tapi laki dia sayang sgt kt bini dia.... MM cuba gak buat kaji selidik dgn kengkawan....hehe... (tolong abaikan I dlm golongan mana dlm cerita ini, sbb topik kali ni bukan berkaitan dgn I tp cerita umum).... jawapan kaji selidik itu di mana panelnya terdiri dari bini2 org yg memang sgt jelita (MM je yg paling tak jelita dlm panel tu).... antara jawapan mereka ialah..


1) mungkin wife dia ni rajin.... rajin masak, kemas dan sbgnya... semua lengkaplah senang cerita.
2) bini dia bersopan santun.... ckp pun lembut je.... "ya bang.... nk makan apa bang hari ni"
3) bini dia boleh dibawa ke tepi, ke tengah.... dibiar duduk kt kg dia yg tersorok kt pedalaman pun dia tak kisah.... pandai sesuaikan diri.
4) mertua dia sayang dia, automatically hubby dia pun sayang la kt bini dia
5) bini dia dah sama2 susah bersama dia, masa baru kawin rumah kosong takde perabot pun dia tak bising, keta buruk cabuk pun bini dia tak peduli...


jawapan2 lain yg negatif, MM malas la nk tulis kt sini....
tapi perkara2 di atas mungkin ada benarnya...


"kita kena byk memberi sebelum kita mengharap utk banyak menerima"


So, buat adik2, sbg langkah persediaan utk bakal suami ... hari ni MM kongsikan resepi speggheti secara manual... selalu kan kita main beli je sos2 segera kat pasaran tu kan.. apa kata hari ni cuba yg ni plak.. biar mencabar sikit! Barulah boleh dikategori pandai memasak..


RESEPI SPEGHETTI MANUAL




BAHAN-BAHAN


1 kotak speghetti
garam, minyak


(rebus & toskan)


KUAH


2 ulas bwng merah
2 ulas bwng putih
2 btg celeri
1 btg carrot
sedikit air
1/2 botol tomato puree
sedikit herba thyme


BEBOLA DAGING


500gm daging cincang
2 ulas bwng putih (cincang)
2 ulas bwng merah
(cincang)
garam


CARA


masuk bwng putih dn bwng merah dlm daging gaul sebati, bubuh garam. Bulatkan spt bebola. Celup dlm putih telur... then goreng. Ketepikan.


CARA MEMASAK KUAH


Tumis bwng2 semua sehingga kuning, masuk carrot dn celeri. Masukkn air. Bila didih masukkn bebola daging di atas dan tomato puree. Then masukkan herba thyme ikut rasa.
Bila dh masak hidangkan kuah bersama speghetti yg telah direbus td.

2 comments:

  1. Betul! Betul! Betul! Cantik ke tak cantik ke bukan ukuran yang penting keserasian...Kesefahaman,kerukunan,keharmonian, kejujuran dan keikhlasan itulah pengikat kasih sayang...

    ReplyDelete
  2. betul tu... yg penting keserasian.. suami isteri ni saling melengkapi..mungkin si isteri terkurang kt situ, tapi terlebih kt perkara lain..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.