Rakan-Rakan Seperjuangan

Tuesday, April 26, 2011

Resepi Kek Badam

Ada 3 bungkus serbuk badam (80gram) kat peti ais.. ingat nak buat macaroon, last2 tak jadi sebab teringin plak nak mendeco-deco cake.. maka, dapatlah sebijik kek badam ni untuk dihias..



Gunakan apa saja yang ada dalam drawer dapur anda... asalkan tak menyusahkan orang...


.

.
.

.





haha... entah bunga apa yg I buat pun tak tau la...
masih failed dalam meratakan topping..
amatur la katakan..





Wanna give it a whirl? ;)
Don't worry... nanti I sharekan resepinya..




Resepi Kek Badam (Resepi 1) - dapat dari My Recipe
tapi malas nak mintak2 izin dr yg empunya.. you all google la sendiri kat my recipe tu.. hehe.. merajuk la tu.. ok ok.. ni I bagi satu lagi resepi yang belum I cuba... tapi sebab resepi ni dah ada dlm blog I yg satu lagi, so tinggal I copy pastekan je untuk anda semua di sini, takyah google2 lagi..

Nampak macam sedap...(sebab telur kena tepuk jadi maringue semua.. selalunya kek akan jadi lebih gebu dan bersponge bila ada maringue).


Kek Badam Serbuk - Resepi II

250 gram serbuk almond
250 gram mentega
250 gram gula
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
150 gram tepung (tak pasti la tepung apa, sebab dia tak cakap pun...tepung naik sendiri la kot.... try and error please)
1 sudu besar gula aising - untuk tabur atas cake (jika tak nak buat topping buttercream)

Cara

1) Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk.
2) Masukkan telur kuning satu persatu ke dalamnya. Pukul lagi.
3) Di dalam mangkuk berasingan - pukulkan putih telur hingga ringgan dan halus.
4) Masukkan telur putih tersebut ke dalam adunan mentega dan gula tadi.
5) Masukkan tepung (yg telah dicampur dengan badam) dan kacau semua bahan dengan senduk kayu.
6) Bila dah sebati kesemuanya, boleh la dimasukkan ke dalam acuan yg telah dilengser dengan mentega.
7) Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
180 C - 40 minit.

5 comments:

  1. Aslkm Miss Mirror

    Salam kenal' Mama suka blog mISS, hehe mama dh sekodeng byk..suka tgk macaroon.Mama link blog ni. Bye. jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Mama Ju - Oh thanks!! Thanks sudi menskodeng & link blog.. Salam kenal..rajin2 la menskodeng blog I yg tak sptnya ni. ;D

    ReplyDelete
  3. dikau kejam..
    tayang kek badam tanpa hantar real kat ayu...

    kak MM.............
    menyelerkannya kek mu itu., kalau elok dan cantik toping tu... bukan amatur katamu??? em........ kalau buat niaga.. sure ramai yang beli tau..

    ReplyDelete
  4. AYU - hahaha... takde yg sudi nk beli agaknya..

    ReplyDelete
  5. ala.. .baru nak copy n paste.. .

    ReplyDelete

Terima kasih atas segala komen yg ditinggalkan... Puan Mirror akan membalas kunjungan anda bila berkelapangan.