Monday, January 18, 2010

Resepi Topping Cake/Butter Cream - whipping cream, creamwell dll

Ada beberapa resepi butter cream yang pernah Miss Mirror cuba, antaranya...

KAEDAH 1 - menggunakan creamwell


250 gm ~ butter (1 buku)
1/2 kg cream well (ada terjual di kedai bakery... PASTIKAN YANG HALAL ye.. sebab ada creamwell yg tak halal dengar2nya)
250 gm golden syrup

mula-mulu pukul butter hingga putih dan gebu
masukkan creamwell..... pukul sebati hingga memutih
masukkan golden syrup dan pukul 5 minit..
SIAPPP!!!!



Iklan jap...






HOMESTAY PERTH DAN KERETA SEWA




Butter Cream - Kaedah 2

200 gram butter, 120 gram gula (agak2 ikut kemanisan yg anda suka), 400 gram creamwell.


hasil menggunakan krimwell


KAEDAH 2 - menggunakan coklat

1 cwn susu pekat
2 sb serbuk koko
2 sb marjerin...

Gaul sebati kesemua bahan2 di atas, masak atas api sederhana sehingga berkilat

KAEDAH 3 - Credit kepada Salwani atas info ini : (credit kepada Mastura Yasak)

100g shortening
100g butter/ planta
150g-200g gula aising (yg diayak)
1 sudu besar susu pekat manis

Cara :

Pukul butter, shortening diikuti gula aising dan susu hingga kembang.
Warnakan ikut warna kegemaran (guna warna makanan). Masukkan piping bag.


KAEDAH 4 - Menggunakan Whipping cream


contoh menggunakan whipping cream..

Jika ingin membuat topping kek menggunakan whipping cream pula, seeoloknya beli whipping cream yg dijual di kedai bakeri sbb ianya lebih kental dan tidak bermasalah berbanding di pasaraya.. Pilih "non dairy whipped cream". Selalunya krim dari kedai bakeri tak perlu dibubuh gula.

Krim putar dijual di dalam kotak mcm juga kotak santan tapi selalunya diletak di bahagian keju atau yg seangkatan dgnnya dan ia dikenali sebagai ‘whipping cream’ atau ‘double cream’.

Tipnya, kita kena menggunakan pemutar dan mangkuk yang bersih dan seeloknya disejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Semasa memutar,gunakan kelajuan minimum kerana jika terlebih pukul,krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair dan tak boleh digunakan lg utk menghias kek.

Krim yg dijual di kedai bakeri lebih sesuai kerana ia menggunakan ‘non dairy whipping cream’ yang lebih putih daripada krim jenama biasa yang dibeli di pasar raya. Terus terang, krim di pasaraya sering menimbulkan masalah contohnya mcm kek semalam tu.. Mungkin krim tersebut sudah lama dibiarkan di dalam peti pembeku even expired date lama lag. Lagipun krim yang dijual di shopping complex perlu dicampur sedikit gula icing sbb ianya memang tawar.

TIP LAIN...
Tip lain ialah jika hendak memutar krim supaya kembang, pastikan mangkuk,pemutar dan lain2 tidak mengandungi sebarang minyak dan hendaklah disejukkan terlebih dahulu. Pastikan juga persekitaran dapur tidak terlalu panas.

Krim putar memang mudah rosak. Setelah membuka kotak, masukkan ia ke dalam bekas tertutup dan boleh disimpan selama beberapa hari. Tapi jika kita memukulnya dahulu,kemudian memasukkan ke dalam bungkusan plastik dan diletak di dalam bekas tertutup serta disimpan di dalam peti sejuk,ia akan tahan lebih lama.

Tapi jika MM, kalau nak guna whipping cream selalunya beli je kotak kecik (saiz kotak santan) tu.. 2 kotak je dah cukup.

Tip lain ialah - pukul krim putar kelajuan minima lepas tu biar sejuk dlm peti ais seharian baru digunakan untuk hasil yg lebih kental..

OK itu je tipnya tapi kalau tak jadi jgn salahkan Miss Mirror ya...


contoh kek menggunakan royal icing

ROYAL ICING2 putih telur (saiz besar)
2 sudu teh lemon jus
3 cups/330 grams gula ising diayak
pewarna ikut kesukaan dan dekorasi kek

ATAU RESEPI LAIN...

500 gm Icing sugar
100 cc putih telur
1 sdt cream of tar-tar (optional)
1 sdt cuka
1 sdt Essence mengikut citarasa (mungkin perasa almond, vanilla dan sbgnya)

Cara-caranya:

Pukul semua bahan hingga menjadi krim. Warnakan mengikut kesukaan.
Selagi anda masih menggunakannya untuk menghias, tutup mangkuk berisi royal ising tersebut dengan tuala basah atau plastik utk mencegah ianya kering di dalam mangkuk.
Setelah hiasan selesai dibuat ke atas kek, biarkan ianya mengering di luar, jgn masukkn ke dalam peti ais.


Atau... menggunakan TELUR spt resepi di bawah..
BUTTER CREME WESTERN STYLE  (dapat dari FB - hopefully dihalalkan oleh yg empunya untuk dikongsikan pada kengkawan di sini.. Jazakallah).

700gm mentega unsalt
100 gm air
2 biji telur
225 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila


cara;

* masak gula dan air sampai mendidih dan pekat.
* putar telur hingga kembang sementara menunggu bhn di atas mendidih
* tuang air gula ke dalam telur yg telah kembang..kacau sebati dan sejukkan .
* putar pula mentega dgn vanilla hingga kembang ...masukkan adunan telur..kacau rata..



Butter Cream -  Credit Siti Norazura (fb)

250g Marjerin
250g Mentega
200g Gula Aising
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh perasa (esen vanila)
1 sudu teh pewarna


Cara Membuat:

1) Putar marjerin dan mentega sehingga putih
2) Masukkan gula aising dan pukul lagi.
3) Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4) Masukkan perasa dan pewarna dan pukul hingga rata.
5) Akhir sekali sapukan pada kek yang anda buat.








LATEST ENTRY : RESEPI ROTI PURSE MISS MIRROR (CLICK HERE)
TIP-TIP MENJAGA DARA (18sx)


20 comments:

  1. waahhh.. tbe2 teringin nak mkn kek.. ^__^

    ReplyDelete
  2. yang pakai creamwell tue mmg aising dia nampak mcm keras eh?

    ReplyDelete
  3. Nonierahman - tak keras, lembut je.. apatah lg klu kita pandai adjust2 rasa dia ikut selera kita.

    ReplyDelete
  4. Akak krimwell dengan shortening bendaa yg sama ke?k

    ReplyDelete
  5. Sorry lambat reply.. tak perasan plak u tggl komen kt sini.

    Actually benda yg sama, cuma cara pembuatan yg berbeza - ada terbaca itu ari, tp tak tau bagaimana nak elaborate pd u dr segi perbezaan tu.

    ReplyDelete
  6. Whipping cream x jadi cairr ke kat atas kek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak...
      Beli whipping cream dekat kedai bakery, bukan kat pasaraya...
      In shaa Allah ia pekat bila dipukul.

      Delete
  7. Salam, sis. saya beli whpping cream topping tapi..kenapa saya putar dia xkental yerk...cair jew..naik lenguh dah...tangan...kena campur bahan lain ke untuk jadi kental?? saya beli whipping cream topping kat kedai bakery..dan brapa lama dan brapa kelajuan patut saya buat? Tolong saya sis...buntu ni...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa memutar,gunakan kelajuan minimum kerana jika terlebih pukul,krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair dan tak boleh digunakan lg utk menghias kek.

      Mungkin krim yg u beli tu mmg dah bermasalah.. cuba tanya dgn kedai bakery yg u beli tu.

      Delete
  8. Salam, sis saya nak tanya la...brapa lama dan berapa kelajuan yang patut saya buat untuk jadikan whipping cream topping jadi kental? sbb saya penah putar whipping cream topping kek sampai lenguh tangan nak tunggu dia kental..tapi cair gak...tolong sis...buntu ni...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan juga persekitaran anda "bekerja" tidak terlalu panas, persekitaran yg panas menyebabkan krim mencair. Begitu juga peralatan2 yg digunakan juga pastikan telah disejukkan..

      Delete
    2. Sedikit info di sini :-
      kalau utk bake, sesuai pakai whipping cream dairy..tp kalau utk deko2,kena pakai NON dairy mcm brand value pride/vivo n etc..satu lg,klu mix fresh cream (non dairy whipping cream), seboleh2 nya gunakan stand mixer..klau hand mixer, krim bleh rosak.

      Delete
  9. ala..whipping sy cair.sbb xde mixer.last gune blender mmg parah.hahaaa..sadisnye kek dh msak tggal toping je.huhu

    ReplyDelete
  10. selalu buat kek tapi blum cuba men'deco' menggunakan krim..

    ReplyDelete
  11. salam.. owner nk bag tau.. knx x boleh nk copy knx3.. tap owng boley tekn CTRL C

    ReplyDelete
  12. Salam kak, mcm mana nak hasilkan cream yang boleh menghias kek..boleh membentuk corak dan tidak jatuh. bahan apa perlu saya guna.

    ReplyDelete
  13. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba. Dah siap nt jgn lupa share di blog. ☺.

      Delete
  14. Salam...nk tnya lebihan buttercream yg di simpn dlm pti ais boleh thn brpa lma ye?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.