Tuesday, June 17, 2014

Macam Mana Orang Yang RAJIN PINDAH Mendeko Rumah Mereka?

Ada kerjaya2 di dunia ini yg menuntut seseorang itu berpindah randah kan?. Maka anak isteri pun terpaksa berpindah sama. Mmg la seronok ramai kawan...  luas pengetahuan... tapi tetiba terbit satu persoalan di benakku.. rasa kagum pada mereka pun ada.... sebab aku tertanya2 perkara berikut :-


  • Macam mana isteri mereka mendeko rumah?.  Ya la... bayangkan, kan kejap2 pindah..   kang tgh best2 pasang wall paper cantik2,  mahal2.. penat menghias blom abis lagi... 3,4 bulan lepas tu tetiba Cik Abang dikerah berpindah pulak ke lokasi lain. Cemana tu agaknya... teringin aku utk menyelami hati mereka yg pernah ada pengalaman... saja je nak busy body... dah alang2 terinsomnia sampai ke pagi ni.

  • Tanam pokok dalam pasu utk senang nak angkut2?.   Itu ari ada sorang kakak FB tu mengofferkan pokok2 bunga percuma sbb nak pindah.. (tapi dah lama dah.. now mesti dah abis).  

  • Ada juga kulihat melelong perabot rumah dorang, habis bersih dorang lelong tinggal lantai je.    Mungkin itu pun salah satu konsep yg mereka amalkan utk kes2 sebegini.  Pindah tempat lain... bermaksud beli perabot baru, yg lama jual murah2 utk insan2 yg memerlukan.    

  • Ataupun anda tetap mendeko sehabis cantik tanpa menghirau nak kena pindah atau sebaliknya... yg penting kepuasan?




now ada jual blackboard ala2 wallpaper...   good idea utk anak2 yg rajin "menconteng"..
tapi gambar ni imaginasi aku je hasil edit...


guna "rumah container" mcm ni tentu senang nak pindah randah... :D





p/s :   Yang paling aku kagumi tentulah warga2 kg aku nun di "Kashmir"... yg tetap teguh membina banglo di tanah landai meski bencana banjir boleh muncul bila2 masa.  Tapi mostly dorang dah mula bina mahligai batu yg bertiang tinggi skrg ni (contohnya rumah si Badol).  Eh Sam.. kau sebut nama kawan kau??.  Memandai je tau!. Tersedak2 mereka itu.  Bukan apa... cantik la rumah ko Badol/Lela... I loikee...  itu pun satu langkah yg bijak apabila tinggal di tempat2 yg dikhuatiri bakal berlakunya banjir.




2 comments:

  1. SEMPUT TAU MENGECAT RUMAH..TAK SIAP2 SAMPAI HARI NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg memenatkan tu Knor..... tp adakalanya enjoy bila melihat hasilnya.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...