Showing posts with label hal kewanitaan. Show all posts
Showing posts with label hal kewanitaan. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Orangnya cun melecun...... tapi kawan I PENGSAN bila berurusan dgnnya.

Ada pun entry ini adalah atas permintaan dari seseorang.   Pepagi dah msg2 minta I tuliskan ...   I dah la busy arini, dah la nak posa tapi tak jadi  (yg smlm punya sukses!.   Walau hidangan berbukaku hanya berprofil rendah golongan marhaein,  ikan kembung goreng, ulam raja, sup & sambal godox semata... tapi mmg best sebab terasa mcm ramadhan telah menyapa di balik cendela ).  Arini tak dpt nak menyambung  sebab arini gi meronda ikut IRP gi keja turun naik bangunan.  Mestilah nasi ambeng BBU mencairkan keimananku.   

Ok k.... fokus terus pada entry permintaan itu.  Kang tak tulis kawan I  tak belanja I plak.  Belanja  maxi dress ok!  Kisahnya, si kawan I ni selalu berurusan dgn pejabat2 orang,   seronok la jugak dpt mencuci2 mata tengok awek2 cun melecun TAPIIII......   ibarat sang bunga tahi ayam, hanya cantik ke'oren2an.... kelopaknya mekar, tapi sayang...  bau Ya Allah.... kwn I kata, boleh pengsan.   Bau keti**.   Cemana tu?.   Nak tegur, takut mengecikkan ati plak... 



Jadi... solutionnya puan2..... mau tak mau  kita semua memang  kena   pakai   deodorant.   Idok ler I nak suruh you sembur minyak wangi 1 baldi hingga menaikkan n***u  laki2 yg menghidu... dosa la pulak penghampiran zina, tak mo I  bersubahat hanya kerana penulisan entry ini walaupun tak dinafikan, I sendiri pun berperfume.... tapi perfume I bau light2 je kot... :P  (ayat utk menyedapkan hati sendiri).

Tapi actually xyah perfume,  deodorant pun dah cukup ... rega pun RM5 dah boleh dpt kat watson tu tahan berbulan2,  tenyeh la kat bwh lengan pagi2 before gi keja... in shaa Allah sampai ke ptg masih harum lg.  Ataupun..... guna sabun anti bakteria masa mandi. contohnya mcm protex dll.  Org2 tua yg tak berdeodorant, itu la rahsia mereka utk menyahkan bau2 yg kurang menyenangkan.

Bayangkan la... makcik2 penoreh  getah yg bergomol dgn getah beku pun tak berbau keti***, ni awek2 opis yg cun melecun, boleh merahang satu opis, tak ke malu Dik Non?.    Makcik2 sawit pun you all, masa mandi, diorang sental bawah lengan mereka dgn limau purut.  

Tak mo badan bau bwng.... jgn makan bawang. xD...

p/s :   Kalau susah sgt...kat opis korang kan ada bilik air kan?.    Mandi dulu sebaldi sebelum berurusan ngan orang....  muahahaha...

Friday, June 8, 2012

Menantu Pemalas ke dia?

Masih I ingat saat2 nama seorang teman  menjadi topik umpatan keluarga mertuanya kerana dikatakan malas ke dapur.  Tak pernah mencuit hatta satu biji bawang untuk dikupas pun..... lalu dunia telah melabelkan beliau sebagai seorang MENANTU PEMALAS.  Adilkah sebenarnya?.


Pernah I terbaca... "Dlm dunia ni, takde orang malas sebenarnya, apa yg dikatakan malas itu pun hanyalah ia belum berjumpa sesuatu yg menjadi minatnya".   

Ya la, I rasa pun, beliau ni takde la malas mana pun sebenarnya ( hasil dari risikanku yg busy body ini, temanku itu rajin buat kuih-muih dan rumahnya kemas... kalau rumah kemas, tak kan la pemalas kot?), cuma kecenderungan dia bukan pada hal masak2 lauk pauk. - dan dia pernah cuba memasak, tapi mentuanya bagi makan pd kucing... you bayangkan je la.

Mengintai kisah ini, membuat I teringat pula pada kisah seorang kawan lain, menjelang malam raya je, satu perkara utama yg dia akan buat  ialah menyediakan langsir rumah ibu mertuanya hasil titik peluhnya menjahit (memang hobi dia menjahit), seisi rumah dia buatkan.. dengan harapan time MILnya masak ketupat rendang di dapur bersama biras2nya yg lain (yg memang kaki kipas mentua hobi mereka memasak), boleh la dia main panjat2 langsir, takde la nampak mcm dia bermalas2an tak buat satu hapa benda pun.. (ini kes balik rumah MIL setahun sekali la kot, kalau tiap minggu balik kg mcm I ni...taukey emas pun bleh bankrup la kalau tiap kali blk, tiap minggu jugak tukarkan langsir baru... hehe).


entry yg tak bergambar org kata tak menarik, so, bubuh je la pix jubah si Ain yg baru beli itu ari (warna itam kiri)
  


Maka, dari hujah2 ini dpt disimpulkan.. org2 yg mempunyai minat dlm bidang masakan memang sgt beruntung kerana tak pernah dilabelkan sbg pemalas langsung....walaupun mungkin mereka malas pada benda2 lain (malas mandi/malas gosok gigi...:D).


Apa2pun... asalkan  tak malas solat sudah la kan.... rugi dunia akhirat. 

p/s :  Menjadik jugak trick aku menulis entry ini ko tau, Si Ain terus rajin menolong I memasak - masak lemak daging salai (tapi ada ke dia tumbuk serai tu memanjang, habis berjanggut gulai lemak aku... menjawab la dia dgn ayahnya nanti)..

Thursday, April 5, 2012

Hai... dah makan?

"Hai... dah makan?".  (Adik2 boboy... kalau nak ngurat awek, kena tanya mcm ni... utk menunjukkan anda amat concern padanya, gerenti mereka akan jatuh cinta setengah mati bila mendengar ungkapan ini. :D.  Ok la, itu je tip Kak Mirror utk hari ini...  Selamat mencuba..).

Lunch I hari ni, nasi putih panas dgn asam pedas semalam.    Sudah lazimnya, asam pedas bila dah dua hari terperap memang akan jadi sedap.  So, tak perlu la I nak terangkan lg akan betapa sedapnya asam pedas aku hari ni walaupun lauk2 lain belum terhidang sbb masih dlm proses. (kira ni kes masuk bakul naik sendiri la ni).





MALAM TADI AKU TERKUJAT SEKEJAP APABILA...


Buat yg berdiet, tak yah cerita pasal makanan.  Teruskan diet anda, I akan sentiasa memberikan sokongan padu dari kejauhan.  OK k.... nanti di sujud akhir akan I doakan.. anda akan jd slim melim bagaikan retis2 zmn P. Ramlee.    Tapi make sure, jumpa dulu pakar sakit puan utk memastikan pil perancang yg anda makan bukan la penyebabnya.   

Pastu dah alang2 you jumpa doktor sakit puan tu, please tolong plak tanyakan satu soalan I ni... (sebab aku ni memang malas part2 nak jumpa doktor ni).

" Betul ke EPO boleh menyebabkan kanser payudara?".   Aduhaii... kau tau, aku ni dah best2 makan EPO (sebab bila aku makan, aku perasan muka aku jd glowing, rambut lembut macam retis, kuku kemilau bagaikan orang tak buat keja)... tup-tup bila baca forum.... diorang plak tulis mcm tu.  Terkujat aku sekejap.... terbayang2 aku sesuatu yg menakutkan... walau sekadar gossip.   Hopefully aku dpt jawapan yg lebih menggembirakan hati sebab aku dah beli 2 botol ni... siap gigih aku carik yg ada cop HALAL lagi!