Thursday, June 12, 2014

Status FB - 80% hipokrit?. Setuju atau Tidak?

Orang yg berjaya 
bukanlah orang yg takde masalah..
tetapi orang yg berjaya ialah orang yg tahu 
bagaimana untuk hidup dengan masalah itu..



Percayalah.. ini bukan dongeng tau..
Bahawasanya..
"orang yg beriya2 mempamerkan kebahagiaan mereka..
sebenarnya orang itulah yg belum cukup bahagia.."
(bukan aku yg cakap.. tapi Ustaz Pahrol.. aku copy paste je)



Lihat contoh di bawah..
bagaimana Mak Jemah bukan nama sebenar (eh aku suka nama iteww!!).
mengCOVER permasalahan hidupnya..
Tak tahu lah sama ada anda nak kata dia bijak..
atau hipokrit?.



Di sebuah pejabat :

Mak Konah Lazer :   Bagaimana hujung minggu kalian?

Mak Lijah Cute :   Oh suami aku bawa aku candle light dinner!

Mak Jemah :   Oh aku pun!!.   Kami makan di restoran mahal, steak yg lazat... pulangnya kitorang menyungsuri malam berdua2an dgn berjalan kaki, sampai di rumah pula,  suami aku menyambung candle light dinner lagi dgn memasang lilin di tepi katil.

"Wah!.  Hebatnyaa!.  Romantik la suami kau!!.  Jelousnyaaa.."  Berteriak Mak Konah Lazer dan Mak Lijah Cute mendengarnya.






Di kedai kopi  pula.. ketika ngeteh sesama jiran..
(perbualan antara lelaki) :


Suami si Konah :   Korang gi mana weekend aritu?

Suami si Lijah Cute :   Haritu kan birthday bini aku,  jadi aku bawak la dia candle light dinner kat hotel.  Alah... hotel2 cikai je.

Suami si Jemah :   Entah apa punya malang aku aritu... kat rumah si Jemah tak masak sbb api dah kena potong.  Dgn lapar terketar2 kitorang pun tibai je makan kat tempat yg paling dekat,  paling dekat kat rumah aku tentu la HOTEL. Redah je la janji dpt makan.  Sekali... punya la mahal !!!.  Terbeliak bijik mata aku tengok bill!.  Tak tau dah apa nak digadai, kosong terus wallet.  Balik tak cukup nak bayar tambang teksi (maklum keta plak dah kena tarik),  so... kitorang pun jalan le kaki berbatu2.. punya la penat.  Sampai rumah baru teringat tak de letrik... terpaksa pasang lilin sampai ke pagi.  Haihhh.... hmmm...




Ish ish ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............. kan?.







motif entry :   ditujukan utk kwn aku yg MERANA melihat kekasih lamanya yg asyik berpeluk sakan dgn bininya di FB 




8 comments:

  1. rasanya gitulh..simpan2 tu bahagia yg amat..
    wow..enaknya menu diet tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lazat KNor pelam itu.... kekeke... masuk bakul naik lif.

      Delete
  2. biar hipokrit..
    pangilnya tutup aib keluarga..:)
    jangan menunjuk2.. jadi takbur, allah tak sayang, manusia lg menyampah..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu ye..
      tak kan nak cerita kisah sebenar (kisah sedih, gaduh laki bini dsbnya... haha..) Agama pun melarang..
      cumanya jgn terlalu show off.. nt ada hati2 kotor
      yg iri..

      Delete
  3. Kat surat khabar, heboh ada bekas suami kena cakar-cakar dgn bekas isteri. Seremlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... itu "urutan cakar rimau" je tu... jgn serem2.. Haha...

      Delete
  4. Haha.. manusia ni pelbagai ragam. Setuju sgt. Sebab tu sekarang, eh dah 2 tahun saya tak ada fb.. mmg mcm kampungla bila org tanya fb saya jawab xda. Hihi. Kat kg pun ramai org ada fb kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Kira hebat tu bleh bertahan 2 tahun.
      *Ha'ah.... org2 kg pun ramai yg ada FB skg ni.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.