Wednesday, June 11, 2014

Kenangan Misteri Bersama Bekas Osmetku

Awas ini "NOVEL".... tidak digalakkan membacanya sebab panjang, takut you all penat.. entry ni khas utk andakandaku yg "di sana"... Dato' Prof Ain... hahaha (marah betul Ain bila Mama panggil dia Dato').


TAJUK NOVEL :  Sebagaimana di atas...


"Sam..... sam.... bangun".   Gesa kakak osmet merangkap opismateku mengejutkan aku dari mimpi.

Aku pun bingkas bangun... menggosok2 mataku yg masih cun ketika itu.. almaklum... baru awal 20an la katakan... no eye bag, no wrinkle.

"Kenapa Kak  M?".  Tanyaku dgn suara serak2 basah baru bangun.


"Kat belakang rumah kita mcm ada suara orang nak pecah rumah..
cepat bangun!!".  Suara Kak M separuh berbisik.  Ada bait2 cemas dalam nadanya.


Aku pun dgn machonya menggagahkan diri meluru ke bilik Kak M.. bilik Kak M kat sebelah belakang (sbb dia rajin masak), sementara bilik aku plak kat depan sbb suka makan.


Dalam kegelapan malam, aku mengintai2 dari celahan tingkap bilik Kak M... takde pun apa2 kat rumah belakang tu.. tapi mmg kedengaran bunyi sesuatu seperti org menggergaji rumah.   Seriau mendengarnya.. 

"Krek... krek.... krekkk...".


cerita bersambung di perenggan terakhir..


Hasil kerja anakanda tercinta, Qistina...
rasa2nya kalau pakai kain felt tentu cantik kan utk hiasan rumah?. 
Ni dia buat utk bilik darjah dia kat sekolah..



Qistina suka melukis...
tapi tak berapa suka meng"kaler"..





sambungan...

Hasil berdarah pahlawan (jgn percaya.. saja propa), aku kuatkan keberanian meninjau2 lagi  dari celahan tingkap bilik  Kak M yg semakin lebar kukuak... dgn mata kasarku, ku melihat satu benda kecil bergerak2 di tepi longkang!!. Hitam dan kecil sekecil bola ping pong ... comel berekor2!!.  Tong cat yg dah berkarat menjadi tempatnya bermain "game" sesama adik beradiknya melompat2 kegirangan..(maklum ler.. "dorang" mana ada fb mcm kita.. sian kan?) hingga menghasilkan bunyi aneh spt orang menggergaji rumah hasilnya..  Begitulah ceritanya... tak suspen pun kan?


Tapi aku rungkai semula kisah manis - kenangan bersama osmetku ini sbb tadi aku terdengar benda yg sama kat rumah jiranku.. so dgn pasrah aku anggap tentu benda tu adalah "malaun"  yg sama. Lagipun kat sini.. kalau ada "penceroboh", Pak Guard akan bunyikan siren awal2 lagi dan kita semua akan keluar beramai2 membawa pelbagai senjata, cangkul parang semua keluar.. dah jadi macam pesta.  Jiran2 aku mmg cepat alert benda2 camtu.  Alhamdulillah.



nota utk Datuk Paduka Ain :   Sedihnya Mama.... Uncle M Shah Rukh Khan (bukan nama sebenar)  jiran kita tu  dah pindah dah Datuk Ain...  tak kedengaran lagi hilai tawa mereka sekeluarga memecah kedinginan malam.. sunyi plak rasa.

Cakap ibu adalah doa.. tu yg mama panggil Ain "Datuk".  Haha...




p/s :  Jika teman2 blogger masih sudi baca hingga perenggan terakhir.. itu petanda anda memang pembaca setia.  Terima kasih.... ;)



6 comments:

  1. Qistina dah boleh jadi pelukis terkenal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....
      Bakat yg diwarisi dari Pakcik dia yg kat Pt Sulong tu kot... hehe..

      Delete
  2. MM, ain ada bakat jadi pelukis nih...
    mama dia pulak ada bakat menulis novel..kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Linda?. T.kasih..... kekeke..
      Actually lukisan tu lukisan Qistina (si adik), Ain si kakak..

      Delete
  3. cntiknya lukisan..framelh..bru rsa di hargai..

    seram juga..next!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ KNor..
      Ni Mama dia dah "framekan" kat dlm belog ni sbg tanda penghargaan - hehe..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.