Tuesday, April 9, 2024

Beraya di mana tahun ini?.

Assalamualaikum guysss!.

Haii.. raya di mana tu?. Tak kira beraya di rumah anda atau rumah suami, tetaplah tersenyum ye Puan2.   Jangan sedih-sedih, nanti tak awet muda pula.  Tahun ni insha Allah kami beraya rumah sendiri (di Aussie).   Untuk rekod :.  Tahun lepas beraya rumah mertua (Malaysia).

Berbalik pada topik, ini ada beberapa tip untuk anda yang beraya di rumah mentua :-  

Elakkan berbincang hal-hal yg sensitif atau yang boleh menimbulkan konflik. Fokus pada aspek positif sahaja.  

Hormati tradisi keluarga: Pelajari adat dan tradisi keluarga mentua dan tunjukkan penghargaan terhadapnya.  Jangan masuk campur hal-hal yang bukan urusan kita.

Sediakan ruang untuk istirehat : Pastikan ada masa untuk berehat dan bersendirian agar tidak terlalu tertekan atau keletihan.   Jangan memaksa diri.  

Fokus pada kebaikan: Alihkan perhatian kepada aspek positif (pahala) dan berusaha untuk mengambil berkat dari pengalaman ini.

Tak kira beraya di mana :.  Pilihan Allah pasti yang TERBAIK.

Semoga raya kali ini penuh dengan kebahagiaan dan kenangan manis.





Angan-angan je lebih tapi baru siap 2 jenis.  Haha. Yang penting sedap ye (anak2 yang cakap 😁).   Insha Allah arini sambung buat kuih lagi sambil selang seli rebus ketupat segera dan sambal kacang.



Dokoh2 juga telah disediakan untuk dikenakan dengan kebaya.   Bunga gubah sendiri.



p/s :.  Sunnah raya untuk bergembira, jangan buat orang takut nak beraya dengan macam-macam persepsi di social media.



4 comments:

  1. tahun nie raya rumah mak sendiri dulu...tapi, sedih pulak rumah MIL takde siapa, dia folo adik beradik duduk di homestay...
    selamat hari raya untuk puan Sam juga

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga dapat beraya dengan baik... sedap kuih tu...

    ReplyDelete
  3. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete
  4. Betuuul kak. Kalo beraya di rumah mertua, ikut sajalah aturan di sana. Saya pun saat mertua masih ada, dah laah ikut kan saja apa yg MIL mau. Malah sebenarnya bagus, Krn biasanya MIL dan siapkan semua, kita para menantu hanya duduk manis 🤣.

    Seperti biasa THN ini saya di jakarta selalu kalo raya..memang tak bisa balik Medan. Asisten saya mudik soalnya. Jadi kalo dia pergi, saya tak bisa pergi. Anak2' bulu , kucing2 saya tak ada yg jaga nanti. Tak tega meninggalkan mereka. Saya baru bisa pergi, kalo asisten rumah dah balik.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.