Thursday, April 11, 2024

Shell Out sebelum raya.

Assalamualaikum.

Jika dapat diputar masa, rasa nak balik semula pada 1 Ramadan sebab best sangat bulan puasa.  Jadi untuk mengembalikan nostalgianya kita upload kisah masak2 seminggu sebelum raya aritu supaya banyak space untuk memberi laluan pada gambar-gambar raya plak.

Semua berkumpul di rumah masa tu, jadi ai masak shellout untuk suami dan anak-anak.   Hilang plak resepi sendiri.. haha... jadi ai google resepi Khairul Aming.   Walaupun hilang, tak semestinya ai lupa ye.





Tak banyak beza dengan resepi ai cuma resepi ni semua "binatang2" kena rebus dulu sebelum masukkan dlm kuah.   Tapi jangan ler lama sangat.. rebus manja2 je.  Manja dan manjah!!.  Ini kan seafood bukan daging.

Ketam juga kena rebus manjah2 juga.   Pastikan telah dicuci bersih sebelum direbus dan disimpan airnya untuk kita masukkan dlm kuah masa proses memasak nanti.







Semua bhn2 di bawah.. blend.




Ai biasanya tak letak serai.. tapi kali ni ikut je lah resepi KA ni.


Antara bahan2 utama ialah sedikit cili kering, rempah kari dan sos tiram.


"Binatang2" yg telah dicelur manja2 tadi bersiap sedia untuk disebatikan dlm kuah.



Jagung malas nak beli sebab ni pun dah banyak.  


RESEPI SENDIRI

Edit :.   Baru terjumpa resepi sendiri, mari save kat sini.

Cara.

Selepas panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.  Tumis onion  dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar (onion garlic) ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tu  tutup api. Bahagi tiga, kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. Lain2 tu goreng kunyit je. 


1 comment:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.