Saturday, April 6, 2024

Tradisi Buat Kuih Raya Bersama Keluarga

Assalamualaikum guysss.

Di era 80 an, lazimnya minggu-minggu terakhir menjelang raya begini, family berkumpul untuk menganyam ketupat atau mengacau dodol beramai-ramai.   

Namun, kebiasaan yang penuh nostalgia ini semakin terhakis di tengah-tengah kesibukan hidup moden, di mana kebolehan menganyam ketupat semakin jarang ditemui dan dodol pula lebih mudah dibeli dari kedai.

Jadi dalam usaha untuk mengekalkan nilai-nilai tradisional ini, keluarga kecil kami telah mewujudkan tradisi baru dan versi moden dengan berkumpul untuk membuat kuih bersama. 

Di kalangan rakan-rakan Aussie juga, mereka turut membuat perkara yg sama.   Sahabat handai mula marathon buat kuih raya dengan adik beradik mulai hari ini.. dan diakhiri dgn qiamulail di malam hari.



Measuring cup dah beli baru sebagai menggantikan yang hilang aritu.



Rolling pin kali ni beli yang cenonet je, jadi kalau anak2 buang lagi.. tak lah kerugian sangat.  Haha.



Ni Cik Q buat tapi dah habis sebab "banyak" sangat dia buat.   Nampaknya nanti Cik Q kena buat lagi sebab laku keras di rumah ini.   Ain pula, tak pasti apa yang bakal dibuatnya.  Kita tunggu dan lihat.

Ok berbalik pada topik tadi, aktiviti membuat kuih bersama keluarga ini tidak hanya memperkukuhkan ikatan keluarga tetapi juga mewarisi warisan budaya kepada generasi seterusnya.


2 comments:

  1. waaahhh dah beli yang baru hehehe.. betul tu selalunya minggu akhir Ramadhan ni mula sibuk persiapan kuih raya & lain-lain.. Ana baru sempat buat 2 je hehe

    ReplyDelete
  2. aktiviti begini dpt merapatkan hubungan kan... meriah...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.