Tuesday, September 8, 2020

Pujian Mampu Menyelamatkan Rumahtangga

Assalamualaikum and hai...

"Woww you're beautiful..".  
Terperanjat ai tetiba ada Makcik stranger menyapa di tengah2 jalan memandang penuh minat.  Kekeke..

Tapi tidak la sampai ai kembang hidung sangat sebab beranggapan mungkin Makcik tersebut sekadar ingin menebarkan aura2 positif di tengah2 hari buta.   Atau mungkin juga hari ni aura positif ai lebih terserlah dari hari sebelumnya.. sebab dah digembirakan oleh kucing2 di rumah, maka apa yg dilihat oleh Makcik tersebut adalah roh2 yg bahagia di hati dan terserlah di wajah.





Setelah mengucapkan terima kasih ai pun puji la hidung Makcik tu pulak.. cantik mancung!.  Beg coachnya yg kelihatan classy itu juga menarik perhatianku.. rupa2nya cuma $20 dibeli dari kedai  second hand. Tapi pujian ai ikhlas ler.. bukan sekadar balas membalas semata.   Makcik tu pun happy.. dan kami pun berkenalan.. rupa2nya kami berjiran.  Begitulah hikmah di sebalik cerita di atas yg bertajuk PUJIAN.



So guyss...  Ai ada terbaca beberapa siri nota pentingnya pujian untuk pasangan mahu pun anak dalam menjalani hidup kita seharian.


Makcik tu minat dgn cara penggayaan shawl  ai ni sebenarnya..



Isteri  mahu pun suami sekalipun mungkin "hodoh" di mata org lain, harus selalu dipuji. Itu adalah rahsia kebahagiaan rumahtangga yg orang terlepas pandang.

(Ohh.. patut la IRP selalu puji ai...
Hmmm.. ni mesti dah  membaca ilmu rahsia  psychology tersebut 3 thn lebih awal dari ai.
Pasni malas la nak happy kalau dipuji lagi... Kekeke.. kidding.)


Guys...  Ada pun dimaklumkan bahawa salah satu punca kecurangan adalah berakibat tidak pernah dipuji oleh pasangan.. maka bila mana ada pula orang lain yg  memuji (contohnya ketika reunion misalnya) lantas mereka pun berasa "dihargai" atau "diperhatikan".

Contohnya :

"Wah!.  Dasyatlah you sekarang, dulu kat kelas comot je.. sekarang dah semakin hensem bergaya.. nyesal la dulu tak ngurat".

"Fuyooo!!.   Hampir tak kenal saya, ingatkan bidadari turun dari langit."

(Walaupun semua itu sekadar jarum2 syaitan sahaja sebenarnya).


Cara?.
Sbg orang Islam.. Kita kena membuat puji2an pada Allah terlebih dahulu.. contohnya...  

"Masyallah!.  Segala puji bagi Allah... Hensemnyaaa hubby saya arini.. atau jelitanya isteri abang ni.."

Ha gitchew!.   Atau maksud lainnya..
They will make you fall in love with yourself too..


Begitu juga anak3.. usah dibiarkan tanpa pujian.. dibimbangi mereka berasa kurang berkeyakinan diri.. dan akhirnya mendambakan pujian orang lain dengan jalan yg negatif.

Bagaimana pun.. pujian untuk anak2 jgn hanya tertumpu kepada penampilan luaran semata2 kerana dibimbangi Si kecil menganggap hal2 lain seperti tingkah laku dan akhlak tidak menjadi perkara utama pula.   Pujilah juga ketika mereka berjaya membantu kita di dapur misalnya.


Cara diri kita beriaksi dgn puji2an pula, sebagaimana Rasullullah S.A.W ialah .. dgn istigfar.  Wallahualam.. ni ai terbaca quote Ustaz Indo.  Agm.



Ok lah.. itu saja untuk kali ini, moga ianya bermanfaat... niteee..




 

6 comments:

  1. CH nak puji.. baju pink MM Tu.. cantik meyerlah warnanya.. I like 😍

    ReplyDelete
  2. bila last suami ammi puji ammi ye?? biasanya puji masakan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu lagi bermakna tu Ammi..
      Tanda beliau menghargai penat lelah kita masak.

      Delete
  3. haha, kalau tak biasa puji nanti tetiba puji akan dikata buang tabiat atau ada niat tersembunyi pulak nati. apa pun kalau tak mula sekarang, bila lagi kan? jangan tunggu dah tua baru nk mula...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.