Wednesday, December 10, 2014

Menjaga Budak Sunat (18sx)

Assalamualaikum... haiii..  sorry, hari ni nak cerita lucas sikit... kekeke.
Alhmdulillah anak bujang tunggal ai  telah selamat menjalani satu fasa baru dalam hidupnya.  Selesai sudah debaran Mama,  kalau tak.. makan tak kenyang mandi tak basah.  Now..  kita kongsi cara menjaga budak sunat a.k.a berkhatan.


Memula ritu,  ai  survey2 tempat berkhatan, ada yg murah ada yg mahal.  Nak clamp atau jahit.. itu semua terpulang.  Nak bius sedar, atau sebaliknya.. it's all up to you.  


Pastu sebagai ibu, solatlah hajat apa yg patut biar segalanya Allah permudahkan. 


"Ai tak nak ikut, ai nak tau2 budak tu balik rumah.. dah selamat semuanya". 

Punya la nervousnya kan ai.. sampai tergamak cakap camtu pada hubby.  So, Shashal pun pegi la ke tempat tersebut bertiga dengan ditemani abah dia dan Pakcik W (our driver) sahaja.    


  




Ai suka tengok kain pelekat cumil2 ni...   IRP belikan 4 helai je, sehelai RM12 siap berjahit (tak tau la dia beli kat mana, malas nak tanya). Lepas sunat ni, kalau Shashal dah tak nak pakai, boleh la Mama recycle jadi baju muslimah kekotak.. kan tgh trend sekarang... kekeke... 


Persiapan lain ialah... malam tu kami bawak dia makan segala makanan favourite dia..  


Sedap la dorang adunkan nachos jadi camni... campur jeruk lada, cuka.. 



Mamanya pun kena la join sekali makan sedap2, sebab pasni nak jaga budak berpantang.  Hopefully  tak la lama.. 3 hari dah boleh la kot main basikal.




Ini pula selepas "kejadian itu".




Biarlah saintis nak cakap apa pun.... Mama tetap mengkolotkan diri.... time pantang memang perlu pantang betul2.    Minum air tak mo banyak2 utk cepat kering.  Makanan tak mo berminyak.  Pendek kata, apa yg Mama pantang masa dalam hari, Shashal pun kena ikut jugak camtu.

Ai masakkan dia kentang masak air +  ikan bilis tumbuk (ikan bilis disangan + pepper + halia mentah).  Tumbuk together.  Suka betul dia dgn menu ni.


Hopefully cepat sembuh.   So far, Shashal memang berdisiplin menjaga pantang.  Alhamdulillah solat tak tinggal  sepanjang tempoh ni.. walaupun sekali sekala mengamuk sbb dia kata sakit macam kena gigit semut (eh kena tulis ke bab solat semua ni?.  Kekeke.. takpe.. kot2 bakal menantu ai terbaca.. dapat gak kenaikan markah..haha).  Sebab dah berkhatan kan.. dah tak malu dah nak cerita pasal calon isteri plak.. huhu... mama gurau je.


Tip2 dari kawan2 ai..  halakan tuttttttttttttttt itu ke kipas.  Sekali sekala "jemur".  Jemur?.   Jemur kejap je kot?.  Mcm ala2 manja gitu kat tepian tingkap.  Jgn dibiar lelama, kang demam plak budak tu kepanasan di bawah terik mentari.  Ai blom buat lagi sebab tak jumpa matahari arini. 






6 comments:

  1. alhamdulillah, mkn besar seblum tu ye..

    ReplyDelete
  2. Anginkan..keringkan pakai hairdryer lepas mandi dan kincin penahla dengar..jemur?.hmmm....

    ReplyDelete
  3. kalau saya masa pantang tu langsung takleh protin... ikan bilis pun tak boleh... makan nasi ngan sayur rebus bergaram jer... budak tengah membesar cepat je sembuh

    ReplyDelete
  4. La, shahsal dah sunat ke? dah besar la anak manja mama tu? haha, kejap lagi cepatla memanjang ya... jaga diri baik2 ya... cik sam pun kena lebih alert ya time ni...

    ReplyDelete
  5. semoga cepat lega shashal..ikut pantang mama...hihihih

    ReplyDelete
  6. Entah bilalah kami dpt menjengoknya.Mudah2an dpt kesana
    Tahniah adik Shahsal

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.