Tuesday, December 9, 2014

Apa Lagi Yang Hendak Dikejar?

Nak panggil "blogger jemputan" yang baru balik tu menulis kat sini, tak mo plak dia...  tak minat menulis katanya (blog dia sendiri pun dah terbiar).   Jadi ai panggil Ustaz Don je la tulis kat sini.. (sila jgn percaya.... kalaulah Ustaz Don sudi, menangis Mak2 Jemah cemburukan aiiii, silap haribulan kena santet... selisih amit2).    Jadi ai copy paste je la tulisan beliau tu utk renungan kita bersama.


Sementara tu..  nak throwback satu benda ni..




Bila nampak gambo taun lepas ni, baru teringat... rupa2nya  last year, kitorang sambut gak anniversarry.  Cemanalah ai bleh terlupa, sib baik ada belog gambo sbg saksi.  Kalau tak, selama2nya ku sangka, hubbyku tak romantik.   Taun ni, tak tau lagi cemana.   


Ok la...  tanpa buang masa...  baca la tulisan Ustaz Don ni... lagi bermanfaat dari memikir tentang kisah kek itew.



7 SUNNAH HEBAT

Credit to :  Ustaz Don Daniyal


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.



Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.



Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.



Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.



Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.



Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

9 comments:

  1. Cukup bermakna dan perlu dihayati..
    Dah nak sambut anniversary lagi ke tu..haha pasti ada sambutan juga tahun ni.jgn risau..

    siapa penulis jemputan tu? Qistina ke?

    ReplyDelete
  2. maknanya tak berapa l,a lgi nak beranniversarylah ye

    yelah kita buat yg termampu penambahan baik tu kena adalah..

    ReplyDelete
  3. Hmm..ngonge ngonge juge..moh kite beramei...
    Eh...salah tagline rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mirror selalu dgr tagline tu kat tv.. tp x berkesempatan menonton.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang hebat ini :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.