Wednesday, August 1, 2012

Doa Supaya Ditemukan Dengan Orang Yang Baik2 Saja

MIL aku cakap... "selagi satu masalah tu bukan kerana suami main kayu tiga, itu bukan satu masalah".  :D

MIL kawan aku plak cakap "Masalah jgn dipikir nanti hilanglah masalah tu sbb "dia" segan, singgah2  kita tak layan ".

MIL bakal bini Shashal (sapa lagi..aku ler) plak cakap "Selagi kita tak bunuh orang, itu bukan satu masalah".... 

*Untuk info, topik arini bertajuk MASALAH..gambar Sheikh Muzzafar di bawah hanyalah hiasan semata2.

 ala korang kan sedia maklum  yg aku ni peminat setia diorang berdua ni.... tak sah tak tepek pix terbaru diorang kat sini..  (Semakin jelita la Dr Halina skrg, congrat la sbb Bella bakal dpt adik).


Ya la kan, buat apa la kita nak buang karen sedihkan benda yang merapik2 kan..  cuba la kita rajinkan diri  amalkan ayat2  ni..... dgn harapan  supaya kita selalu ditemukan dgn orang2 yg soleh, yg ikhlas... yg baik ati.  Yg tak baik ati, yg hatinya berkarat, yg suka sakitkan ati... biarlah mereka diturunkan hidayah.


Caranya ialah amalkan Asy-Syu’ara’: 83-85.... Lepas tu cuba tidur dan baca asma’ul husna hingga lena. InsyaAllah bila bangun nanti terasa ketenangan mulai menghiasi jiwa yang sepi.  (credit kpd blog ini).

Ok.. ini maksud ayat itu...
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai Syurga yang penuh kenikmatan. [Asy-Syu’ara : 83-85]

p/s :  ni yg aku malas nak tepek gambar Datuk SMS ni... nanti korang tulis komen mesti lari tajuk ( nak puji dia hensem la tuh terus lupa entry aku).. tak caya kita tengok la nanti..

15 comments:

  1. Baca blog yg baik2, kawan dgn ustazah2, join NGO Islam, Pertubuhan Islam, join org2 mesjid, surau, Like Facebook ustaz2, ustazah2,pakar2 motivasi,hari2 tgok ceramah agama youtube,

    Jauhkan org2 fasik, dan jangan jadikan mereka sahabat kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berkawan dgn semua org, tak mengira siapa mereka asalkan bukan org2 yg menyakitkan hati saya. Saya cukup pantang dgn yg itu.

      Delete
  2. MM..baru nak cakap, cantik la pulak tema kaler biru Datuk SMS tu..kahkahkah..
    thanks sharing doa tu...insyaallah akan diamalkan selalu..

    ReplyDelete
  3. tq utk tips yg baik tu.. InsyaAllah akan cuba diamalkan..

    ReplyDelete
  4. win pulak kata : masalah itu..masa lah penyelesainya.hehe boleh gitu miss mirror?
    * perfect pic, win pun minat datuk sms & wife dia tu.dah besar dh baby mrk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I setuju Win!!. Masalah - "Masa" lah penyelesaiannya, bila masa berlalu.. masalah pun berlalu.. kannnn?.

      *ha'a dah besar Bella, dah nk dpt adik dah punn..

      Delete
  5. Akak taktau la miss mirror blog sape yg tak ok. Akk masuk sini jd sama mcm miss mirror juga. Setakat ni takde sape komplain kt blog akk tu. Pc rumah ni baru format, ni akk guna tablet samsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time TERmasuk blog yg ada malvare, tak tau nak kata apa Kak Zana. Terbuta IT kejap tetiba.. hehe.

      Delete
  6. panduan yang bagus ni MM. moga kita pun terhindar dari jadi seorang insan yang berkarat hatinya.

    ReplyDelete
  7. kdg2 kita perlu juga berhadapan dgn yg tidak baik ni utk mengukur kekuatan iman dan diri kita... hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;D... kalaulah semua org semulia itu mmg bagus Eny, pasti sgt besar pahalanya bila mereka berjaya merentasi semua dugaan yg menguji tahap iman mereka.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.