Shashal tak berhenti bertanya "Mama, Mama tak tulis blog ke hari ni?".
Dapat pulak anakanda I ni meneka perubahan Mamanya. Mungkin dia tengok I dah jarang onkan laptop sejak sesampainya kami ke rumah MIL ni malam tadi.
OK la.. ok la.. demi nak puaskan ati Shashal, Mama update la ni.. walau takde cerita menarik dan takde gambar menarik pun untuk dikongsi.
dari celah kamar seorang anak menantu.. a.k.a di rumah ibu mertuaku |
Oleh kerana hari ni puasa (takde sessi masak memasak yg menarik) dan tak keluar memana, hanya gambar ni je la yg mampu Mama persembahkan - DARI CELAH KAMAR SEORANG MENANTU. (*dlm gerobok ni ada baju2 utk dibawa blk semula ke JB, wahai blog saya, tlg ingatkan saya ye).
Oh ya... walau takde yg bertanya, I tetap nak bercerita apa yg ada dlm gambar di atas :-
1). Raya tahun lepas, I belikan Ain shawl.. corak dia cantik tapi dia tak brapa nak pakai, maybe sbb kain dia keras (ini sekadar pendapat peribadi saja ye).... raya tahun ni shawl tu dipakai pula oleh gerobok cumil ini. Alhamdulillah tak membazir Mama beli..kannn.... walaupun murah tapi Mama anti pembaziran.
2). Jam loceng tu I bawa balik semata2 nak bangun sahur kat rumah MIL ni. Entah kenapa lebih percaya jam loceng berbanding alarm handset..... mahupun alarm rumah (eh apa ada kena mengena?).
3). Kuasa kata2 seorang guru - Sejak Qistina diterangkan oleh Ustazahnya bahawa jika kita hanya tahu satu shj makna dlm patah perkataan dlm al-quran sekalipun contohnya "Wa bermaksud dan", Allah S.W.T akan tetap mengira ianya sbg pahala, sejak tu Qistina I lihat tido bersama2 tafsir Al-Quran ini (maybe begitu gigih menghafal hingga tertido... :D). Thanks Ustazah atas kata2 hikmat you itu, terkesan rupanya anak daraku ini.
mcm i lah, mmg tak boleh percaya jam kat handphone, confirm tak bangun punya hehehhe
ReplyDeleteWalaupun handphone tu kat tepi telinga kan... hehe..
Deletetomey jam loceng tu...kenan la plak..hehehe
ReplyDeleteOh ya ke Ena?. Thanks sbb berkenan... hopefully umur jam ni lebih pjg dari yg sebelumnya (Shashal suka bereksperimen dgn jam2 kepunyaannya).
Deletesekeping gambar, seribu satu cerita. syok ada pembaca setia macam shashal :)
ReplyDeleteBegitulah dia sejak pandai membaca ni..
Delete