Hari tu kan I cakap "selagi bukan bunuh orang, itu bukan satu masalah" tapi SEBUAH KISAH BENAR ini - bagaimana seorang banduan menghadapi masalahnya (masalah nak kena gantung) benar-benar menginsafkan, mari kita hayati moga2 kita semua insaf bahawa pengampunan Allah itu maha luas sifatnya... thanks kpd yg berkongsikannya, Kak Mirrror kongsi plak kat sini ye?.
sekadar gambar hiasan - tiada kait mengait dgn entry |
Apa yg menarik ialah peribadi si **** ini, beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata, dia adalah banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si **** ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya kan.
Bila tepat jam 4.00 pg, **** ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika dia sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 **** ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan **** harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh **** masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah **** dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari syurga serta membawa wewangian dari syurga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air. Wallahualam.
OLDER POST : Dari Celah Kamar Seorang Anak Menantu (1 gambar)
tersentuh baca citer ni....
ReplyDeletesemoga taubatnya diterima Allah dan semoga beliau ditempatkan org2 yang beriman...aminn...Al-Fatihah...
#pintu taubat sentiasa terbuka...ia tidak memilih latabelakang sesorang itu...subhanallah#
Saya pun...
Deletesebak baca kisah ne kak.. moga rohnya ditempatkan dgn roh2 yg terpilih Allah.. al fatihah..
ReplyDeleteBaguslah kalau sebak.. itu petanda Cik Sweety memilikki jiwa yg penyayang. :D
DeleteT__T insaf. macam mana agaknya cara kita 'pergi' nanti..
ReplyDeleteI pun takut Wani.. bila memikirkan hal itu.
DeleteMoral cerita ni, Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, Allah tempat kita mengadu dan hanya Dia bersama kita susah dan senang, hingga akhir hayat.
ReplyDeleteSyurgalah tempat lelaki itu. Selalu juga terfikir, bila pula dan dimana akhirnya hidup akak ni.
Sama2lah kita berdoa moga mati kita dalam husnul khotimah kan Kak...
DeleteAllah sentiasa menyayangi umatnya === AMIN = ALFATIHAH
ReplyDeleteMaha Pengasih dan Maha Penyayang..
DeleteAllah maha pengasih dan pemaaf kan kak mirror.. terharu plak baca cerita ni
ReplyDeleteBAZI - indeed.
Delete