Friday, July 6, 2012

DOA MENGELAK KENA SIHIR

Assalamualaikum... haiii...
Ada kawan I ni bertanya tentang.. DOA PENDIDING untuk mengelakkan dari disihir, so arini I tuliskan semula di sini sebab entry yg lama tu dah terdelete plakssss.



Masa meneman orang berubat, pernah terdengar Ustaz tu berpesan, kita ni kena amalkan perkara berikut untuk menentang semua benda2 "kiriman" ni..... antaranya...


1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) + Ayatul Kursyi.



2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-



Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami'ul 'alim


3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat keyakinannya terhadap doa dan semakin jitu yakinnya ia terhadap kemaqbulannya.


4) Kena rajin baca surah Al-Baqarah selalu..


"Kepada yg telah berubat dgn Pakar Perubatan Islam.. selalunya Ustaz2 ini ada menyertakan doa-doa tertentu untuk diamalkan sbg pendiding... so, kena amalkan doa2 yg diorang bagi tu... jgn sekali2 miss." - Kata seorang mangsa sihir, hasil nasihat dari Ustaz yg mengubati beliau.

 Alhamdulillah nampaknya beliau kini dah pun sihat dan menjalani hidup berumahtangga dengan aman dah bahagia tanpa gangguan mahkluk halus itu lagi.




Seorang Ustaz ada berpesan, jangan suka meludah merata2, dibimbangi jin akan bawa segerombolan kerabatnya ikut pulang ke rumah.




Ini pula DOA PENGHALAU GANGGUAN SYAITAN


 
5). Seorang Ustazah juga berpesan, amalkan solat sunat qobliah subuh utk elakkan kedengkian manusia. Iaitu solat sunat 2 rakaat yg dikerjakan sebelum kita melaksanakan solat subuh.


Bacaan yg elok dibaca selepas Al fatihah rokaat 1  الم نشره




Lepas A fatihah rokaat ke 2 pula الم تر كيف




6).   Banyakkan bersedekah. Orang yang banyak bersedekah, jiwa akan bahagia. Orang yg selalu bahagia dan optimis tidak dapat memberi ruang unsur2 negative mengganggu hidupnya.


7). Terdengar satu video ni, seorang bekas Dukun Santet membocorkan satu tip rahsia.. 

 "Apa yang ada.. dianggap tidak ada.". 

Kira macam kena anggap semua yg terlihat depan mata tu hanya "pareidolia" macam tu la kot.    Emmm.. ok juga kalau nak try.
 Wallahualam.   

Tanya la dengan yg lebih bijak pandai ye, saya yg serba kekurangan ini   sekadar berkongsi apa2 yg saya pernah dengar dan terbaca saja.


8).   Kreteria wanita2 yg mudah terkena sihir :-
  • Wanita2 yg stress akibat menghadapi masalah.   Maka kena pandai handle stress supaya jin sihir tidak mudah mengganggu anda.
  • Wanita2 yg mudah emosi dan marah.  Jika rasa nak marah cepat2 istigfar dan berwudhu. 
  • Wanita2 yg sering berkhayal.   
  • Penakut, mudah cemas.
  • Kurang ilmu agama.
  • Kesepian - org yg kesepian mudah disihir.  Untuk elakkan kesepian banyakkanlah berzikir dan mendekatkan diri pada Allah.


Sihir Dari Pelakor
  
Untuk sihir pemisah pula, penangkalnya isteri sah harus menjadi unsur air :- memaafkan, tidak dendam, tidak pahit hati, tidak marah berterusan, ketemu suami harus diperlakukan sebaik mungkin kerana ilmu hitam sebegitu bahan bakarnya adalah sakit hati dan dendam isteri.     Jika isteri sah dapat menjadi unsur air, suami anda akan cepat sedar dari taklukkan ilmu hitam si pelakor.



Lain2 kandungan blog ini ialah 
RESEPI

Mmmmm yummy!!!!



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sadari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.   Aamiin YRA.



15 comments:

  1. orang skrg mende2 mcmni pon sanggup buat. Mmg x igt ALLAH dah tu. Semoga kita terhindar dari semua tu. Nk cuba resepi lah ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka.

      Dipersilakan mencuba resepi..sila2.

      Delete
  2. salam..boleh sy tahu dengan ustaz mana kawan saudari nie pergi berubat..salah seorang ahli keluarga sy adalah mangsa sihir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...
      Mcm2 tempat dik dia berubat, salah satunya dgn Dr. Haron Din dan mcm2 lagi...
      Awak duduk mana?. Apa kata cari perubatan Darul Shifa yg berdekatan.

      Delete
  3. saya tinggal di kuantan pahang..tapi masalah skrang nie tuan punya badan enggan nk pergi berubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ikhtiarkan belikan dia "air anugerah". Air ni telah dibacakan dgn bacaan 30 Juzuk Al-quran.

      Delete
  4. okay terima kasih..sy ad terbaca juga info berkenaan ''air anugerah'' tu..InsyAllah moga-moga disembuhkan dari segala sihir yg ad didalam badannya.Tak sanggup dah tengok keluarga kami berpecah belah kerana masalah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, moga sembuh spt sediakala. Allah lebih besar dari yg lain2..

      Delete
  5. Assalamualaikum. Saya copy gambar bismillah ye. Mohon halalkan

    ReplyDelete
  6. Tepat sekali pergi Darul syifa ..
    Banyak tempat saya dah datangi alhamdulilah terakhir pergi alhamdulilah allah beri kesembuhan

    ReplyDelete
  7. Tepat sekali pergi Darul syifa ..
    Banyak tempat saya dah datangi alhamdulilah terakhir pergi alhamdulilah allah beri kesembuhan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.