Wednesday, September 30, 2020

Doa Masuk Syurga by Ustazah Nurhafizah Musa


Terima kasih Ustazah Nurhafizah Musa kerana berkongsikan satu doa dalam videonya di bawah tajuk..  "Ini Doa Masuk Syurga".      As usual, segala entry2 berkaitan keagamaan di blog ini haruslah dirujuk semula kepada yg lebih arif. Sila cari di YouTube  Ustazah untuk lebih lanjut atau di FB. 

Sejujurnya saya sendiri belum mampu mengamalkannya secara istiqamah.  Motif menuliskan di sini untuk memudahkan saya menghafal.. dan rujukan anak cucu.   Moga Ustazah diberikan kerahmatan dan keafiatan.. Aamiin.


Dibaca setelah solat fardhu.




 

Ya Allah aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang cepat mahu pun lambat,

Yang ku tahu mahu pun yang tak tahu,

Demikianlah ku memohon jauhkan aku dari segala keburukan,

yang cepat mahupun lambat, yang ku tahu dan tidak tahu..


Aku memohon segala kebaikan yang dipohon oleh Nabi Muhammad S.A.W,


Dan aku berlindung dari segala kejahatan yang diminta oleh Nabi S.A.W agar dijauhkan dari kejahatan itu.

Aku memohon Syurga Ya Allah dan perkara yg mendekatkan aku dengan Syurga sama ada dari perkataan dan perbuatan,


Aku juga memohon agar dijauhkan dari Neraka dengan segala bentuk perkataan dan tindakan yang menjerumus ke Neraka,

Ya Allah jadikanlah segala ketentuan yang datang kepadaku semuanya kebaikan.

Aamiin Ya Robbal Alaminnn..


Atau sekiranya gambar pertama tadi kurang jelas, ia juga terdapat di muka Surat 15, buku karya Dr Zulkifli.  


Credit to Dr Zulkifli

 

Boleh baca juga tentang Masuk Syurga Tanpa Hisab.


6 comments:

  1. Boleh amalkan lepas ni. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. kene print ni..
    dh banyak umur ni payahnya nak menghafal..tulah telinga asik dok bersumbat dengan hiburan je ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi - Haha.. makanya tu ai tulis kat blog, senang nak hafal.. sbb hari2 ngadap blog. :P

      Delete
  3. Aminn semoga kita sama sama diberikan husnul khotimah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.