Showing posts with label Ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2012. Show all posts

Friday, August 17, 2012

THISTLE HOTEL JB - Buffet ramadhan - menggamit memory (19 gambar)

Sebagai meraikan kepulangan Ain, kami memilih Thistle Hotel JB untuk berbuka puasa kali ni.
Kalau Qistina dgn Edennya dan Shashal dengan Puteri Pannya... untuk Ain, mama pilihkan Thistle pulak ye  Ain.  Mahal sikit dari adik2... hehe.   Utk adult RM hundred something (tetiba tak ingat plak sbb IRP yg bayar..:D).  Pastu lepas ni takde buka2 kat luar lagi... sebab raya pun insyaallah tinggal 2 hari saja lagi.

Thistle (yg dahulunya berlokasinya Hyatt Hotel) menggamit memory..... memory bersama teman2 lama.  Rindu pulak dgn gang2 TIJB (Sek Men Teknik JB) bila menjengah masuk ke Orchid Ballroom ni.  Teringat kenangan reunion 3 tahun lepas.   Semoga semua sahabat2 baik saya itu berada dalam lindungan dan rahmat-Nya selalu.   Ameen.  







Konsep menu kali ni ialah ARABIAN....


Siakap stim

Udang kara


Serawa Durian dan pulut


Buah zaitun



Botox a.k.a tempe pun ada...(kalau makan gerenti muka jadi gebu :P)



Burung puyuh..
Menu-menu lain yg terdapat ialah kebab, satay, popia dan mee yg tak sempat saya jamah langsung sebab terlalu asyik menikmati udangnya yg sedap.

Minuman pula antaranya cendol, abc, aiskrim dgn pelbagai pilihan rasa dan topping (kira ala2 tutti fruitti).




First impression bila tengok udang itam2 ni kan... I kata "Mcm tak hensem je" tapi bila makan... Subhanallah memang sedap..... sampai 3 kali tambah...  rasa mcm nak masuk dalam handbag je.. :D


"Air colgate" kata Qistina.... tapi sebenarnya teh pudina.   Sedap..


Lokasi surau..utk anda bersolat maghrib.

Thursday, August 16, 2012

33 Checklist sebelum anda balik kampung

Sebelum you all balik kampung, meh la I tolong buatkan checklist...

1).  Baju raya diri sendiri
2).  Baju raya suami
3).  Baju raya anak 1, anak 2, anak 3 dan seterusnya..
4).  Present raya untuk MIL
5).  Present raya untuk ibunda sendiri
6).  Kuih raya dah susun atas meja...
7).  Kasut raya diri sendiri
8).  Selipar basahan utk kegunaan di kg


9).  Kasut raya suami, stokin dll
10).Kasut raya anak 1, 2,3 dan seterusnya
11). Selipar anak2 (tak kan takat nak main beskal laman rumah pun pakai kasut raya kan?).
12). Berus gigi, ubat gigi, sikat, cleanser, perfume dan yg seumpamanya...
13). Sepit kuku
14). Kain samping, songkok
15). Tudung2 utk si anak dan diri sendiri

baru aku terperasan - tiap kali beli sandal aku terbeli warna merah - ni yg last 2 years punya

16).  Telekung
17). Laundry basket, plastik sampah (utk kegunaan laundry bila balik rumah semula)
18). Lappy, handset, camera dan yg seumpamanya.
19). Brooch dan aksesori2
20). Ubat-ubatan
21). Handbag2..
22).  Charger
23). Inner at least black and white
24). Baju2 basahan jgn lupa bwk .... tak kan nak tido dgn baju Melayu mcm si Ikram  ASMARADANA plakss...  hahaha... kagum aku ngan si Ikram, rajin bercekak musang sampai ke pagi. (tak sangka kan skrg aku dah TERtengok drama Melayu.... ni semua salah si tenet aku wat hal itu ari le).
25). Duit raya yg sudah bersampul
26). Hamper raya kpd jiran tetangga telah diagih2kan.
27). Peti ais telah diclearkan.... unless kau sgt confident tidak berlaku blackout (disambar bledek), kalau tak... membusuk la segala lauk pauk dlm tu, seminggu cuci peti ais pun tak ilang2 beb!.
28). Pokok2 bunga telah dikeluarkan ke ruang yg berhujan
29).  Anak2 kucing, rabit, tikus dan sbgnya  jgn dikurung dlm rumah plak... meninggal la plak nanti.
30). Segala pintu telah dikunci dan alarm dipasang (jika ada).
31). Homework anak2 telah disiapkan.
32). Bawa beg sekolah mereka jika perlu
33). Nombor tepon jiran jgn lupa simpan

Ok la itu je... semoga ceria di pagi raya.



Wednesday, August 15, 2012

Ada tak orang yang tak mampu kau maafkan dgn sepenuh jiwa? - TOPIK SYAWAL

Mungkin dia pernah buat kau merana setengah mati dari segi kata-kata nista dan perbuatannya. Jika hatimu sesuci embunan pagi mungkin jawapannya "takde". Tapi tu la... nak dapatkan hati sesuci embunan pagi tu pun tidak la semudah dgn ungkapan... sekadar yg termampu kau lakukan hanyalah memaafkan tapi untuk melupakannya (perbuatannya itu) tidak sekali-kali kan?. Kalau aku, bergantung pada percentage kebaikan orang tu yg pernah ditaburkan mengatasi kejahatan yg pernah dia lakukan. Jika itu situasinya, mungkin mampulah aku meng'backspace dan meng'erase serta mendelete kekejamannya hanya dgn sekali "click" dan "enter". Pastu "restart" seolah2 tak de apa.






Tu la....kalau tengok drama2 Melayu, kagum sgt la aku dgn suami2 yg rela je memaafkan bininya yg tgh nazak tercunggap2....walau pernah dinasikangkang hingga sominya kebodoh2an, dicurang2kan. Pelik aku... Kalau aku berada dalam kasutnya, aku pikir 10 kali la kot nak maafkan... maunya tak sakit jiwa... dah la kena sihir, dah nak meninggal baru nak mintak maaf. No way!. Ceh ceh ceh... (pantang betul aku ngan orang yg main sihir2 ni).








Nasi kangkang? Yulkkk....



Ala... aku saja je cakap gini padahal lembut jugak ati aku ni... apatah lagi kalau orang yg mintak maaf tu dah berwajah soleh/solehah dan rela mencemar diri memohon kemaafan dan mengakui kesilapannya. (tak caya ko tanya la exbopren aku, semua mereka aku dah maafkan, halalkan hutang dan doakan kebahagiaan mereka bersama pasangan memasing).


Kebetulan itu ari masa tenet aku buat hal, terjumpa plak buku panduan doa dari Dato Ismail Kamus kat rak somi aku, "DOA KEBERSIHAN HATI". Elok la aku share kat sini.. korang amalkan la kalau hati tu mcm ada dendam je dgn orang... (tak baik kan dendam2... ). Baca ayat ke - 10 surah Al-Hasyr. Mana la tau dgn kuasa Allah tetiba ko mampu memaafkan "madu2" kau dgn berlapang dada.. sebagaimana Abby Abadi dgn telekung sedodonnya itu. Ahaks!



Tuesday, August 14, 2012

Cerita pasal baju raya....

Malas plak la nak snap gambo baju raya aku.. sebab aku dah siap packing dah... jadi maaflah kalau entry ni tak bergambar... lagipun tadi dah post 15 pix makan2 kan..

Aku crita ngan adik aku aritu yg baju raya aku tahun ni cuma DUA HELAI je tapi tergamak dia tak percaya.  :(...... Ya la..... aku tahun ni mana dapat bonus macam korang kan... :(....  korang yg dapat bonus sampai 6 bln gaji tu pass2 la sikit kat aku ni kan..  Bleh la aku beli baju 30 pasang.


Oh ya... sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih pada my beloved senior yg merekomenkan aku ngan sorang tailor ni...  memang kemas jahitannya.   Tapi kan.... sebab itu ari masa ambik baju tu kitorang rushing punya pasal sampai aku tak sempat try test baju tu depan tailor.   Sampai rumah...  bila aku mencuba dgn exited dan rakusnya..... rupa2nya tak muat plak baju tu.... alamak!  dah gemuk la aku!.  Ada satu part yg buat baju tu tak muat  (saja aku tulis entry ni dgn motif kawan aku Datin **** jgn la sesenang nak tuduh aku kurus cekeding lagi!.    Hermmmmmm...... tak tengok2 pix terbaru... alih2 cakap aku kuruih macam.......***** *****.   Amboiii).

Ni pun IRP dah cakap2.... dan  sejak malam tadi aku dah mula menyelongkar balik korset jenama fofular tu (yg pastinya membuat aku sgt  terseksa memakainya.... sesak nafas pun ada.... takpe, akan kugagahi jua) dgn harapan... part2 yg IRP cakap2kan tu... akan segera sirna sebelum syawal menjelang.

Ya la.... selera org kan berbeza2...ada yg suka bini cenggitu, ada yg suka bininya ceggini, IRP suka bininya keding... terpaksa la aku jadi keding..


p/s :     SEHARIAN CARI SAMPING BUDAK TAK JUMPA2.... TOLONG BAGITAU AKU KAT MANA ADA JUAL?  PLEASEEE.... urgent!

Puteri Pan Pacific JB - Buffet ramadhan (15 gambar)


"Abah...Nak buka otel! Nak buka otel!"  skrip Shashal bila weekend....

Demi anak kesayangannya itu, maka kali ni kami memilih Puteri Pan plak.... (ni cerita weekend lepas daaa..... bukan arini.).   Hari ni  we all buka posa lauk ikan masin je... :D...  Shashal pun outstation ngan ayahnya. :( ... lepas buka baru balik, maka mama pun tak beriya sgt nak masak yg pelik2.   Sahur pagi tadi pun cuma buat nasi goreng je.. itu pun Qistina dah suka sgt.

Adult :  RM78++
Children :  RM38++

*kambing bariyani dia sgt marvelous...  I suka.




















Wednesday, August 1, 2012

Asalkan kau bahagia anak-anakku..



Bangkit Cheese for my little hero.. Shashal



Mama ingatkan tahun ni nak lari dari mengadap labuci..
tapi Ain minta Mama jahitkan  plak pada jubah polosnya..




Harap Ain suka... walau mungkin Mama jahit tak secantik mana..

* mode : tak berapa best arini... sbb tu nak tepek resepi pun malas... hehe (esok la I bubuh eh?)... boleh tak you all quote sikit ayat2 yg bleh buat I happy?

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Ke 5

Cantik tudung dia ni ( tetiba I terlupa plak nama dia ni? Haha)... tudung raya 2012






Menggoreng YUSSOF TAIYOOB ketika sahur (thanks Kelly for the idea, sedap la ..  mcm cempedak goreng)

Tuesday, July 24, 2012

Belum sempat gi Bazaar Jay Bee lagi.. semua homemade..

Untuk berbuka hari ni I masak sup, sambal kicap, udang masam manis dan cream puff.  Maybe ada sedikit tambahan bila IRP balik dari bazaar Uda nanti.



Oleh kerana resepi cream puff telah pun I tepekkan dlm entry yg lepas2, maka hari ni tak nak la cerita pasal makanan.... kita cerita pasal makanan rohani plak....





KISAH SEORANG 'MEM BESAR'...yg sedih kerana suaminya meninggal Dikutip dari buku yg kakak I pinjamkan itu ari.. thanks kakakku.. dah abis baca dah.

Arakian suatu zaman, seorang wanita anggun  berkesedihan akibat suaminya meninggal.  Sebelumnya hidupnya sgt mewah, biasa la kawin org kaya gamaknya (tak pulak dituliskan di situ).... then kerana kematian ketua keluarganya itu maka wanita itu terpaksa menanggung pelbagai hutang piutang suami dan  terpaksa la menjual aset2 mereka utk menampung hidupnya bersama anak2 yg masih cenonet.   Gelap sudah rasa hidupnya.... then satu hari dia terbaca pesanan ini "bacalah isytigfar untuk memudahkan rezekimu".   Dia pun mula la mengamalkannya...... siang mlm dia baca.

Guess what?.  Alhamdulillah tak lama lepas tu... barangannya mendapat bidaan dgn nilai jutaan ringgit.  Subhanallah.. bersyukur dia ke hadrat Ilahi atas segala kasih sayangnya.. sirna sudah awan kelabu. 

Itu je nak crita...  sebenarnya pointnya hanya satu..RAJIN2 LA BACA ISYTIQFAR, tak kira masa susah mahupun senang.  Tak pandai nak mengarang ayat berbunga di petang2 nan panas begini, tambahan pulak sejak pinjam laptop IRP ni cam tak best la.... netbook I yg comel tu dah kena malvare you tau tak?.   :(


** Marilah juga membaca PENGHULU ISYTIQFAR  lepas solat subuh dan solat maghrib (utk bacaannya sila klik sini)

Fadilat :  Rasullulah S.A.W bersabda "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari).  Credit to : blog Lenggangkangkung.

Monday, July 23, 2012

Kasut Raya I Tahun Ni


Baju raya tahun ni kami memilih purple lembut  seisi keluarga.  
So, kasut pula agak2 I pilih kaler apa?.



pix credit to this blog


(Gambar atas). Kombinasi cemerlang purple dan kuning nampak cantik!.   Bersyukur menikmati dunia fesyen milinium, semua yg dahulunya nampak weird sekarang telah dapat diterima oleh mata.




Lebih tepatnya baju kurung kami adalah seperti warna mug sebelah kiri ini.  Maka semalam, masa kat BP... I membuat sedikit shopping kasut.   Sengaja beli awal untuk meningkatkan keterujaan raya... LOL!!!. 





..dan akhirnya..telah menemui apa yg diimpikan di kedai Bata.   Thanks Bata kerana telah menyelamatkan duitku akhirnya.   Harga di Bata ni semua berpatutan, pasti korang pun tau kan.   Terutamanya sorang blogger yg pernah kutemui dan kutegur di kedai Bata beberapa tahun dulu tapi hingga kini I tak pernah berterus terang dgn beliau pun yg kami sebenarnya pernah berbual dan bersemuka di alam sebenar. Haha..  Almaklum la....I ni kan pemalu. :P.

Dengan designnya yg menarik hati ini membuat I tidak dapat mengatakan tidak, ditambah pulak keramahan si Apek yg melayan pelanggannya bagaikan puteri, terus I bayar je la tanpa was2... malas dah nak gi survey brand2 lain yg menjadi  kesukaanku selama ni.   Tapi kalau ada yg nak belanja I... ehem! kecik tapak tangan alam maya yg maha luas  ini saya tadahkan.






Ada dua buah  kedai kami gi nyoping semalam.  Dalam pada si Ain asyik berkira2 tak tau nak pilih kasut apa, Mamanya dah terjumpa sandal merah menyala ini pula.   Nak buat raya jugak ke sandal ni Kak Mirror oii?.   Emmmm....boleh la jugak kot... lagipun takde kosernya aku nak berhigh heel manjang!.   Umur2 dah nak warga emas mcm I ni, kesihatan tulang belakang lebih diutamakan dari bergaya.   Wah konon!


Tapi kalau untuk sessi bergambar sila  la berhigh heel (supaya tak nampak kemetot pula di celah2 anakandaku yg kian meninggi... hehe).

Warna merah boleh digabungkan dengan kurung pelbagai warna antaranya spt gambar basikal di bawah (pix credit kpd Google).










Hijau, kuning, putih, hitam adalah warna2 yg dirasakan sesuai untuk sandal/kasut merah.   Tapi kalau nak berstokin pilihlah kaler hitam.. tak kan warna striking plak kan.



*xp

Saturday, July 21, 2012

15 gambar Bazar Ramadhan Tapak Pesta BP (first day puasa)

Bagi penduduk BP, Bazaar Ramadhan Tapak Pesta ini bukan la asing bagi mereka, selain satu lagi bazar yg tidak kurang popularnya ialah   di depan fountain. (yg tu akan kami terjah di lain kali).

After singgah sebentar di The Store Batu Pahat (yg agak meriah dgn pelbagai kerenah manusia memilih barangan spt baju dan beg tangan di bawah bangunannya) dlm lebih kurang pukul 4 kami sampai di bazaar Tapak Pesta  ini tapi nampaknya kemeriahannya agak kureng sikit la jika dibandingkan dgn tahun2 sebelumnya pada first day puasa begini.   Ni semua sbb korang malas nak balik kampung la kot..  Hey please jom kita meriahkan tanah tumpah kelahiran  kita ini sambil2 membantu orang2 ni berniaga kononnya... ecewah!  (Tp jgn sampai membazir di bulan mulia ini ye... amalan syaiton semua itu).


Oleh kerana I pun agak kureng la rajinnya untuk mengarang ayat, maka silalah layan je gambar2 ini sebagai mengubati kerinduan anda pada kampung halaman tercinta.   Layanzzzz!!!!  Zasstt!!



menu2 pantai timur juga ada terjual spt sata, nasi kerabu dll.
puding2
apam dot again..
nasi bariyani
penjual nasi bariyani itu..
nasi ayam kot..
ketupat
ruang niaga yg agak berubah sikit (lebih luas utk kawasan pejalan kaki)  berbeza dari tahun seblumnya..
pecel..
kerabu2 dan serunding
ada budak pompuan ni interframe sbb pix2 ini juga utk kerja2 persekolahannya.. (two in one : blog + keja sekolah anak)
ayam percik 


latest post : Kisah Suami Baran Bila Berpuasa