Showing posts with label FESYEN. Show all posts
Showing posts with label FESYEN. Show all posts

Wednesday, September 12, 2018

Bila Kain2 Telah Menjadi Baju

Be stylish, not trendy! And find a good tailor 😁.


I love clothes.. but I am a type of person that either I love something or I don't, I don't care if   32.4 million people are wearing it, if I found it ugly, uncomfortable or it doesn't suit me, I don't buy or wear it. And likewise if I love something, I don't care it's trending or not.


Do you guys remember the 2 meters fabrics that I bought here in Perth and I asked yr idea a couple months ago?.  Look!. Now they have been transformed into beautiful blouses!!.

Can't wait for  summer to come!.






Thanks guys for yr briliant ideas.  Both sewed by Puan Azizah.

Whereas,  this nice skirts  and floral top by  Puan Hamidah Ali .


Sampai 2 org kan tailor saya?. Hihi...  Ikut mana yg "Personal Shopper" saya sempat nak menyinggah utk hantar fabrik2 tu.




Ahh I love this  skirt so much.. 



Thanks Ili Nabilah for this beautiful fabric.  I really can't wait for summer to wear them.
(Ignore the girl with blonde hair in the background... that was "my fan". 😃).





Wearing pretty things make me feel good.  So, my intention now  is to make sure that my wardrobe only full of clothes that bring me joy.   If I spot  any clothes that just drive me sad and cry... I'll chest  out!.  Kekeke.


Sunday, May 26, 2013

TRIBAL and Silicone Lip Plastic Surgery


So not in the mood to do anything today....

"SAKIT MULUT!!" a.k.a "Mata Ikan"


Hikmahnya...

Jadi lebih pendiam, kurang makan, bibir cam seksi sikit...  agaknya la, cermin I kata seksi, uoll tengok mungkin huduh  - mujur je bukan retis fofular, kalau tak... penat kot nak jawab soalan wartawan.. adakah I telah melakukan plastik surgery ke atasnya?.  Oh nehi2!!.



"Itu la punca2 I tak update belog" - sbg menjawab soalan "peminat" di kotak PM (tak sangka, rindu jugak makcik tu dgn penulisan I..).


TRIBAL GILAAN MASA KINI...

Bukan tak nak update.......sehari sebelum kejadian, ada jugak I buat sedikit kajian tentang dari mana asal usul tribal yg tgh in skrg ni... ada yg kata dari  puak2 Aztec America. Kaum Aztek atau Aztec adalah orang Amerika Tengah dari sentral Meksiko yang kaya dengan warisan mitology dan kebudayaan. (rujuk wikipedia utk info lanjut ttg puak Aztec, I tak tau sgt... klu institut kemahiran Adztec kat BP tu selalu la I lalu lalang klu balik kg... hua3).


Tribal jika menurut wikipedia ialah "ethnic".       Oic......  Kalau kat M'sia ni kita boleh berbangga dgn Pua Kumbu.... tapi tak jumpa lagi tudung bercorak pua kumbu, mungkin boleh diketengahkan di masa2 hadapan.



Nak selamat pilih la yg bercorak zig zag yg simple2, instead of yg binatang2....  sebab kita tak tau apa makna di sebalik simbol2 tersebut yg memang terkenal di kalangan abroginal sbg lambang tatoo mereka.   Itu je la tip2nya dalam memilih tribal - diorang kata.



 tribal cardigan (pix credit to :  SQA Toi Galery).
Murah jugak I jual rupanya dibanding kat booth2 yg I pegi 2 hari lepas..
Tak bleh jadik ni.. harus akan ku mark up harga lagi ... hahaha.. gurau!











tudung tribal cotton - murah tapi selesa.




Friday, March 15, 2013

Puasa pun belum, tapi teruja nak cerita pasal baju raya ni..

Taun lepas, Qistina dan Ain telah mendakwa yg Mamanya telah tersalah pilihkan kaler.. (sedihnya... Kan Mama ni "imej consultant", sampai ati korang kata Mama pilih kaler macam kaler org tua, jatuh tau kredibiliti Mama... hehe... gurau je).

Oleh kerana itu, taun ni Qistina dgn tegasnya nak buat pilihan sendiri...

"What?.  Biru?."

Betapa tak terujanya Mama dgn pilihannya itu...... T ___ T.... kalau dia nak pakai sensorang takpe la... tapi siap warning2 lagi..

"Kalau Mama sorang pakai kaler lain... nanti Mama macam bukan family".

Macam bukan family?.  Iyer kerr??.     Takutnya....heeee takutnya Mama... hehehe..


Setelah dikenalpasti rupa2nya Qistina nak warna biru turqoise....





Cantik dikenakan dgn tudung putih ataupun hitam..



Kain yg sejuk dan selesa..

Kalau berminat nanti bagitau Mama ye Nak oii...
nanti Mama tempahkan..


Untuk teman2 blogger,...  sila la roger2  I, kay kalau nak beraya
dgn cotton2 ni semua...
missmirror@ymail.com

Ada byk lg pilihan warna...
boleh rujuk di sini..


NAK TANYA KORANG, SEMESTINYA KE KALAU RAYA JE MESTI NAK
SEDONDON?



Monday, February 18, 2013

Dua Helai Peplum cukup kot.. Sekadar Untuk Hilang Kempunan

Haiii...... assalamualaikum you all...

You all bayangkan la.... baju kurung aku dah la cuma dua helai.... (cehhh konon cam mintak simpati la tu...  baju2 lama ada byk, tapi dah bosan, ada yg dah difaraidkan pada si Ain pun.... maksud aku, yg dua tu je dikira paling terbaru sbb aku ni jenisnya mmg tak suka simpan baju kurung byk2 mcm datin2)... TETIBA.... gosok2 dgn rakusnya tak semena2 terbakar!!!.   Huaaaa...... sob sob sob..


Mujur la ada selai lagi pada tailor blom ambik....   warna lebih kurang mcm kat bawah ni... korean sytle tailor tu kata.. 


tak suka pun aku bersatin2 ni sebenarnya.... tapi bahana nak up to date punya pasal... redah je lahh..    Tak sangka plak satin kembali diminati 2013 ni, 20 taun dulu kengkawan suka gelakkan aku pakai satin siang2 buta.  

Lagi satu, peplum....  in my personal opinion....tak semua orang sesuai pakai peplum (org2 muda mcm you all sesuai la)...  tapi itu ari beli jugak la   2 helai, buat2 hilang kempunan..... :D, beli yg longgar2...  Itu pun puas berposing depan cermin, 10 pusingan ada kot... haha... takut2 ada part2 yg tak manis dipandang.


Tgh tak sabar nak tunggu baju muslimah dari SQA Toi Galery plak ni .... (pix bawah).. baru order.



baru promote dah byk yg sold out.. 
mujur ada lagi selai...






Saturday, September 1, 2012

Sutera-sutera era 90an... 3 gambar lama

Heeeeeeee sesuka dia je tau upload gambar I...  gambar zaman2 gedix plak tu..
dah la dibubuhnya bonggol unta atas kepala  dgn sesedap rasa.. ( dosa tau berbonggol2 unta...)
Nak  saman ke tak I  blogger sorang ni?   Jap jap tgh pikir ni...
Kalau I saman, untung2 dapat free set pengukus yang dia jual tu berbaloi la jugak kan...
dapat gak I mengukus apam dot...



Sambil mengupload gambar buruk I, blogger tersebut ada bercerita tentang  sutera era 90an...   Terus I selongkar balik album2 lama dan terjumpa semula gambar2 penuh kenangan ini..   Zaman tu sutera memang jadi gilaan gadis2 ke pejabat.

Cantik tak "shawl hitam" yg kami pakai ni? :D


You all kan... kalau ternampak  baju oren ni, tolong bagitau I tau...( hehe tak logik la plak kan).... arakian 16 tahun dulu  baju ni hilang waktu disidai kat ampaian.    Entah sapa la yg nak mandremkan I agaknya..... Prince Frog gamaknya.... kih3.    Perasan!.     Sutera yg ni tak berapa mahal sangat tapi cuma musykil kenapa la orang tu  tergamak mencuri baju I?? .    

Oh ya.. diperkenalkan yg baju putih tu adik I...


Era 90an... shopping2 complex yang terkenal di Jay Bee tak banyak macam sekarang, antara yang menjadi tumpuan untuk mendapatkan sutera-sutera gilaan ini ialah di Kotaraya, Komtar dan  boleh juga didapatkan melalui jualan orang tengah ( officemate, housemate).




Ingin diperjelaskan di sini, sutera mahal yg dimaksud oleh blogger tegar tersebut sebenarnya ialah baju yg I pakai dalam gambar ini  (gambar 2 dari kiri  yg tudung ala makcik2 ke pasar itu)  beli di sebuah butik di Kotaraya  ketika itu dan bukan kurung merah dlm blognya itu (baju yg merah tu agak murah sikit tak logik la plak kalau baju semurah itu ingin disamakan dgn harga netbooknya).. ...  Tak pe la,, maybe memorynya dah berkurangan kot... maafkan je la dia ye.   :D.   Tapi kira tabik gak la ngan dia sebab masih ingat plak benda2 yg berbentuk figure, padahal I pun tak ingat bila tah I bercerita ngan dia.   
 


Siapakah blogger yg I maksudkan.. biarlah rahsia (lagipun belum tentu korang kenal dia).  Tapi diupload si sini gambar sikecilnya  yg sempat I geledah dari album lama...cutenya Ili n Irfan.   Auntie Mirror loiikeeeee....




p/s :  Sepatutnya  I kena balas dendam dengan mengupload gambar2 zaman bujangnya... tapi sebagai wanita mithali...tak tergamak plak saya, tak baik kan sesuka plak nak upload pix dia yg tengah hingusan, hingus meleleh.   Jatuh la saham plak kannn, dah la dia blogger yg makin  fofular... khe3...

Monday, July 23, 2012

Kasut Raya I Tahun Ni


Baju raya tahun ni kami memilih purple lembut  seisi keluarga.  
So, kasut pula agak2 I pilih kaler apa?.



pix credit to this blog


(Gambar atas). Kombinasi cemerlang purple dan kuning nampak cantik!.   Bersyukur menikmati dunia fesyen milinium, semua yg dahulunya nampak weird sekarang telah dapat diterima oleh mata.




Lebih tepatnya baju kurung kami adalah seperti warna mug sebelah kiri ini.  Maka semalam, masa kat BP... I membuat sedikit shopping kasut.   Sengaja beli awal untuk meningkatkan keterujaan raya... LOL!!!. 





..dan akhirnya..telah menemui apa yg diimpikan di kedai Bata.   Thanks Bata kerana telah menyelamatkan duitku akhirnya.   Harga di Bata ni semua berpatutan, pasti korang pun tau kan.   Terutamanya sorang blogger yg pernah kutemui dan kutegur di kedai Bata beberapa tahun dulu tapi hingga kini I tak pernah berterus terang dgn beliau pun yg kami sebenarnya pernah berbual dan bersemuka di alam sebenar. Haha..  Almaklum la....I ni kan pemalu. :P.

Dengan designnya yg menarik hati ini membuat I tidak dapat mengatakan tidak, ditambah pulak keramahan si Apek yg melayan pelanggannya bagaikan puteri, terus I bayar je la tanpa was2... malas dah nak gi survey brand2 lain yg menjadi  kesukaanku selama ni.   Tapi kalau ada yg nak belanja I... ehem! kecik tapak tangan alam maya yg maha luas  ini saya tadahkan.






Ada dua buah  kedai kami gi nyoping semalam.  Dalam pada si Ain asyik berkira2 tak tau nak pilih kasut apa, Mamanya dah terjumpa sandal merah menyala ini pula.   Nak buat raya jugak ke sandal ni Kak Mirror oii?.   Emmmm....boleh la jugak kot... lagipun takde kosernya aku nak berhigh heel manjang!.   Umur2 dah nak warga emas mcm I ni, kesihatan tulang belakang lebih diutamakan dari bergaya.   Wah konon!


Tapi kalau untuk sessi bergambar sila  la berhigh heel (supaya tak nampak kemetot pula di celah2 anakandaku yg kian meninggi... hehe).

Warna merah boleh digabungkan dengan kurung pelbagai warna antaranya spt gambar basikal di bawah (pix credit kpd Google).










Hijau, kuning, putih, hitam adalah warna2 yg dirasakan sesuai untuk sandal/kasut merah.   Tapi kalau nak berstokin pilihlah kaler hitam.. tak kan warna striking plak kan.



*xp

Wednesday, June 6, 2012

Tak berhasil..


Tadi berkelana hingga ke pinggir bandar KL ni semata2 utk  "baju kurung" idaman yg pernah di"survey" sebelum ni,  tapi  butik2 tu semua dah tutup. Baru pukul 9.00 mlm semua dah terkocoh2 tutup kedai?(sigh).. Hanya sebuah dua kedai je yg masih sudi melayan pelanggan, hmm tak best la diorang ni.  Dah la I tak sempat makan malam.. terus rush ke sana. Jauh  plak dari hotel penginapan kami di Midvalley.. alih2 bila sampai tak sempat capai apa pun..(kecuali sehelai tudung dan jubah si Ain yg dicapai secara tergesa2).. 

(moral of the story, lain kali nak shopping, pegi la siang2 buta).


Tapi siang tadi sempat nyoping baju kanak2 dan  membeli blous di Mango (ha yg ni kat Midvalley, bukan kat "shopping complex tutup cepat" spt di atas...:P). 


Oleh kerana dah jemu dgn pilihan sendiri yg adakala tak kena di badan, maka kali ni I biarkan je la IRP pilihkan .... 

.
.
.
.
.
.
.


dan ini hasilnya....  biru - warna trend  2012.....

bagaimanapun tudung kuning awning biru tu pulak I beli kat"shopping complex rahsia" tu la... itu pun I pakai rembat je... kalau tak memang tak sempat langsung!

..

Mengubati kempunan di hati tak dapat baju raya, maka... meng"order" nasi goreng tomyam dgn harapan akan reda la hujan di hati ini.  Sayangnya ia terlampau pedas plak, then rasa "tomyam"nya pun tak berapa naik sgt.  Tapi barli ice dia sedap dan mampu memujuk hati nan lara... lantas I membuat keputusan pada IRP...

" I ingat tahun ni malas la nak beli baju raya lagi, cukup la satu yg I tgh tempah tu". Hmmm... ok la kan?. Jimat.   Tapi kalau ada yg nak bagi present, dialu2kan ye... :D, kurung pahang tau, saiz M/S... kain cotton, corak floral... :P


Saturday, February 25, 2012

Baju Raya Aku Dah Siap...

Sorry... saja buat gempak..  Bukan untuk raya pun puan2.... saja je buat baju kurung barbie doll ni sebab ada kain terlebih itu ari (konon nak buat tudung syria tapi tak jadi).

Sebagaimana yg I tulis dlm entry baju raya 2012 , inilah dia baju yg I cakap tu...
Buat pembaca-pembaca yg itu ari  kata "Waa lawa fesyen ni... nak buat mcm ni jugak la nanti"... Ok..... terima kasih sbb sudi nak berboria dgn I tapi  I ingatkan dulu beberapa perkara :

1)   Fesyen ni kalau tersilap tailor..... memang macam orang ngandung dik.   Kalau nak lawo, you hantar la pada Rizalman Ibrahim (wahaha... macam la I pernah bertailor2 ngan dia).






   




Perlukah aku berterus terang pada dunia yg sebenarnya aku tak ngandung.... tolong!! T __ T
Baju ini yg buat aku mcm orang ngandung..

Tailor aku ni silap dia pada bahagian belakang ni..
kedut tu banyak sangat.. cuba buat lurus je tak de 
la nampak mcm I ni Mak Buyung tgh 
tunggu hari nak due.. eee Shasal blom dpt adik lg la..


Tapi takpe.... itu I tak pedulik...
Janji hubby kata "cantik".. (maybe dia saja
nak sedapkan ati I kot?)


Untuk info :  Kain ni jenis lycra dan rasa2nya fesyen ni hanya sesuai untuk lycra sbb kain dia memeri... Bahagian kain pula I buat kipas belakang (walaupun mulanya tailor tu beriya mengatakan "tak boleh" sebab nanti  kipas  dia akan kurang cantik.... ternyata telahannya adalah salah... Yey saya menang!!!.... try and error la kan baru boleh kata "ya" atau "tidak" ).

**Utk Cik Ani/Taiban (makcik kantin masa sekolah rendah) -  Sam ucapkan takziah... moga tabah menghadapi kehilangan anakanda tersayang akibat kanser... al-fatihah

Monday, February 6, 2012

FESYEN BAJU RAYA 2012

Peliks... bulan puasa pun belum lagi dan hutang puasa pun belum habis bayar (e'eh... tercakap pulak.. ingatkan nak sebut dlm ati je tadi) tetiba Kak Mirror ni  ngengada ingin bercerita tentang fesyen baju raya 2012 pulak? Actually frenzz.....itu ari my SIL  menghadiahkan I sehelai kain ela sari yg sgt cantik ni (tq tq tq..... I likeeee, nanti hadiahkan la lagi kakak iparmu ini!!!)... maka I rasa biarlah I koleksikan untuk "uniform" raya 2012 sebagai menghargai pemberian..

Jika tahun lepas fabrik bercorak dot-dot yg diadaptasi dari kuih apam dot menjadi gilaan, corak apa pula untuk tahun ini?  Fesyen apakah yg dijangka hit?  Emmm tgh pikir ni..





Walaupun hati  telah  memutuskan untuk memilih fesyen kurung moden simple  bagi kain sari  hijau transparent ini (sudah pasti perlukan lining di dalamnya & I akan pilih kain satin biar mengerlip mcm kemantin....haha... )  then kena la selongkar balik gambar2 Cik Puan Muda Julita Aisyah dari majalah2 lamaku untuk meng"copy" kurung moden beliau yg simple tapi anggun dan sopan ;)).. TAPI dalam masa yg sama... I ada juga melakarkan  satu fesyen lain  (oh yg ni amat TAK SESUAI utk kain2 jenis berlining), so just diupload kat sini sbg panduan kpd sesiapa yg nak "berboria" ngan I  tahun ni sbb  I ingat I nak cuba la fesyen ni. 

Fesyen apakah?

?

?

?






Tapi awas.. jika anda belum berkahwin.. tidak digalakkan 
mencuba fesyen barbie doll ini sbb designnya tak ubah spt 
baju pregnant.... :D... (hehe.. gurau je)

WAJIBLAH BERTUDUNG MENUTUP AURAT!


Pereka fesyen mendapat saham dosa setiap kali peragawati atau orang memakai baju yg tidak menutup aurat - ( Ustaz Rashid- tv 9).   Sebab tu la I suggestkan you all kalau reka baju ni biarlah longgar2 sikit  dan sila pastikan anda memakai tudung..  Jgn buat baju mcm sarung nangka ye....
Sila lihat sini hasilnya.




Nak ambik kesempatan ucapkan "Thanks" pd teman2 blogger yg buat entry pasal blog I (gara2 segmen  "Apa Kata Wanita Zamzarina" di TV1 itu ari... huhu thank you so much ye )...   Kak Mirror hargainya...tp sorry jika belum sempat meninggalkan komen di blog anda (sbb keterbatasan masa, insyaAllah nt free Kak Mirror singgah) & ada juga yg tidak tinggalkan link di  profile.. so payah la sikit sahabat bloggermu ini membuat kunjungan balas/nak follow balik dan sbgnya Kak Non..

Monday, August 1, 2011

Fesyen Kurung Untuk Anda Cuba

Ada orang tak begitu mahir membuat baju kurung moden tetapi amat pakar di dalam membuat baju kurung teluk belanga. Saya bukan tergolong di dalam keduanya... tetapi setakat untuk desperate2 tu boleh la.

So, siapa kata kurung biasa tidak dapat dipelbagaikan, saya pernah mencuba (menjahit) fesyen ini (sorry contoh baju tidak dapat disertakan sebab tertinggal di JB), bagaimanapun hari ini saya kongsikan lakarannya untuk anda cuba.


Leher perlu dipotong berbiku-biku dan ditindan antara keduanya. Jahitkan butang dlm lebih kurang 5 biji di sekelilingnya. Anda boleh menambah gaya pada kurung ini dengan menjahitkan labuci di sekeliling leher tersebut. Ada pelbagai jenis manik dan labuci di pasaran, but make sure anda terlebih dahulu membuat lakaran dasar dari rumah supaya anda tidak terbazir membeli yang tidak-tidak. Manik jenis star dan memanjang spt yg saya berikan contoh juga amat manis untuk kurung ini.

Saya ingin bercakap lebih panjang, tetapi nampaknya ibu mertuaku sudah turun ke dapur untuk persiapan juadah berbuka, so I got to go.. nak tolong2 apa2 yg patut.. see u later.

"Sesiapa yg berpuasa Ramadan atas dasar Iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yg melaksanakan qiyam ramadan atas dasar Iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yg melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar Iman dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan." HR Bukhari dan Muslim - copy paste dari Ustaz Kazim.



contoh jahitan manik : sumber : dari sini

Sunday, July 31, 2011

Kacaknya Lelaki Bila Mengenakan Baju Melayu...

Persediaan untuk solat terawih. Jangan lupa masukkan ke dalam beg balik kampung...


Baju raya IRP tahun lepas - Baju Melayu Teluk Belanga
siap-siap untuk dibawa pulang...



Jubah Shashal yg dah ari2 pakai ketika mengaji
dan solat Maghrib.. Maghrib je anak bujang I tu solat..
hehe.. budak tgh baru nak belajar katakan..





"Pah... mana butang baju melayu abang Pah" Kata Abang Jamil ;) Jika tetiba suami anda mengulangi dialog ini kepada anda di suatu malam yang hening? Adakah anda akan ser ser ser?

Jarang kaum Adam ni nak pakai baju Melayu untuk hari-hari biasa kan? Kadang menghadiri majlis perkahwinan pun mereka lebih selesa mengenakan kemeja mahupun t.shirt. Alangkah ruginya mereka.....

Rugi? Kerana kalaulah mereka tahu... betapalah hensemnya mereka bila mengenakan baju Melayu. Serious!! Ish ish memang hensem...

Ya Allah, kacaknyaaa, tampannyaaa, segak. Kenapa la kau kacak sangat?? (Tetiba ku menjadi gedix plak). Yang selalu nampak tak kacak pun kelihatan sungguh perkasa bagaikan Hang Tuah. Apatah lagi bila dikenakan dengan kain samping songket. Memang kacak gilalah!!! Baguslah kalau korang malas nak pakai... nanti ramai plak gadis-gadis gedik tergoda, susah pulak nak buat pilihan.

p/s : Tetiba teringat time raya2 ketika remaja... opppsss.... IRP lalu kat sini plak... tak jadi nk crita. ;D

Saturday, July 23, 2011

Ingat lagi tak rupa bentuk baju raya yg memula sekali korang pakai?

Cantik!! Serious cantik...
Rambutnya panjang mengurai...
Pipinya putih gebu, badan langsing semampai..
Macam nak senyum dengan I... tapi macam tak jadi..
Mungkin melihat wajah serious I.. dia jadi takut..
duduk diam di bangku berhadapan kami, entah menunggu siapa...

Bukan apa, I terpana dengan keayuannya, dan baju yg dikenakannya hanya sehelai kurung cotton, yg kukira tidak la semahal mana, tapi sudah cukup membuat dia anggun terserlah di celahan orang ramai.

Lalu apa sebenarnya topik yg ingin kau bicarakan ini Miss Mirror? - kata bayang-bayang.

Oh topik ya... topiknya ialah LABUCI...(kalau orang lain labuci itu bermaksud yg lip lap.. I pulak labuci tu bermakna labuci dan manik-manik sekali.. senang sebut je jd labuci).

I ni....beriya menjahit labuci manik bagai.... dah la membeli sebungkus manik je arini dah boleh mengkahwinkan sorang anak (maksud I harga sebungkus manik tu sama dengan harga mas kahwin untuk seorang anak perempuan negeri Johor). Itu baru sebungkus, I dah terbeli beberapa bungkus hari ni, mungkin sebab nak cepat, jadi pakai capai je la.. malas nak minta khidmat runding cara.. walaupun baju-baju raya tu I bawak sekali.

Kenapa la I tak hantar sulam je kan lagi berbaloi kan? Ataupun I jadi macam perempuan yg I cerita kat atas tu... berbaju simple je tapi keangunannya tetap terserlah. Actually I sendiri pun tak tau kenapa I gatal2 tangan nak jahit labuci... ibaratnya, kalau nak raya je beli labuci, kalau beli labuci je nak raya, walaupun I sendiri tak pasti adakah fesyen labuci masih lagi diterima oleh tema fesyen 2011? Kalau ikut pada fesyen2 raya yg dijual di pasaraya terkemuka yg I pegi hari ni, kurung-kurung moden berlabuci nampaknya masih mendapat tempat di hati pemilik-pemilik butik dan rasa-rasanya ia masih mendudukki carta teratas untuk fesyen raya pada tahun ini (2011). (gambo takde.. skrg ni malas nak buat promo percuma sejak kes yg kena marah dek pemilik butik kat KL itu ari....walaupun marah2 sayang, I kecik ati tau... nasib la kau... sapa suruh marah aku... hahaha).

Jadi gambonya hanyalah ini..



si Shashal tetiba sibuk suruh belikan gel semalam..
so, IRP belikan ini.. entah dari mana la si Shashal belajar
pasal gel-gel rambut ni?



lontong goreng - breakfast merangkap lunch..

Tapi kan... perempuan yg I cakap tadi masih muda belia, no wonder la kalau she still look anggun rupawan walau sekadar berbaju kurung biasa-biasa.. then nk tanya, korang ingat lagi tak bagaimana rupa bentuk baju raya yg memula korang pakai ketika baru bergelar remaja? Remaja? Remaja maksud I, dalam usia 13 tahun ke atas.. dan masih sweet2nya...

p/s : Wahai fesyen2 designer.... tak nak muncul lagi ke kat blog Miss Mirror ni memberikan ulasan? ;) Apa-apa pun, Miss Mirror ucapkan terima kasih atas apa jua "hujah2" yg pernah diutarakan dlm post2 sebelum ini. Ianya sgt membantu walaupun adakala hujah2 itu mcm "pedas"... ubat yg mujarab memang pahit rasanya. :P

Wednesday, June 15, 2011

What? You salah potong baju raya I?

Tak semua tailor menjahit dengan elok dan "sedap" di badan kita, tapi kalau dah desperate kengkadang kita hantam saja la kan,  hantar je kat mana2 tailor yg kita terjumpa kat tgh jalan. Tapi bila kita hantar kat tailor2 yg baru first time kita buat, ada beberapa kebarangkalian, sama ada kita akan kecewa dengan hasilnya atau sebaliknya. So, untuk tidak melibatkan sebarang kerugian, sila pastikan :

1) Kalau kita muka tak malu, belek2 la dulu hasil jahitan tailor tersebut yg tergantung di rak butik mereka. Kalau tak nak belek pun, at least jeling2 sikit.. kalau nampak kemas je jahitan.. kita pun on je la kan.

2)Oleh kerana ini first time, hantar dulu kain2 yg murah. At least kalau tersalah jahit sekalipun, tak la rugi sangat.

3) Pilih design2 yg simple2 dulu contohnya baju kurung teluk belangga.

4) ataupun... Jika ingin memilih baju kebaya atau kurung Malaysia yg agak complicated, bawak sekali baju contoh yang paling kita suka pakai. Suruh mereka tiru bulat2 sebijik macam baju tu.

5)Adalah lebih baik jika anda meminta tailor anda  melebihkan "baji" --> I'm not sure, betul ke perkataan baji ni.  Tapi yg penting anda faham apa yg ingin I sampaikan.   Melebihkan baji dalam jahitan, akan memudahkan untuk anda adjust2 bila sesehelai baju tersebut tersempit atau tersilap jahit.  


Persediaan sebelum berjumpa tailor :

1) Pastikan membeli kain yg mencukupi sebelum memilih sesuatu design, minta pendapat pada yg pakar (adalah lebih baik anda mengujungi tailor terlebih dahulu, then baru pegi beli kain).

2) Jika anda seorang yg suka budget2 untuk kos jahitan, anda kena make sure beberapa perkara :

i) Jangan beli kain transparent yg perlu ber"lining" tentu kos lebih mahal.
ii)Jangan beli kain yg berbatu batan, lip lap - ada sesetengah tailor memberi alasan ini untuk menaikkan kos upah jahitan sbb jarum mereka mudah patah kerananya.
iii) Jgn pilih kain2 licin, lg licin lg mahal...




Hari tu adik I hadiahkan baju kebaya nyonya ni.... Cantik!!! Tapi tu la... kebaya nyonya plak. Kalau kebaya labuh suka la I (syyyyy jgn bagitau dia) ..   tapi takpe, dah orang hadiahkan kan... tak kan nak bagi orang, so nanti la I pakai kat rumah time sibuk2 memasak ke.

Emm nak share jugak di sini yg baju raya I (baju kedua) dah pun siap semalam.  Tu la nak crita, TAPI orang tu (tailor baru) salah potong pulak, tapi I still mampu tersenyum lagi.... tiru la macam saya!!!!!! Cool beb!

Thursday, June 9, 2011

Baju Raya I dah siap... dan resepi Puteri Ayu



Baju raya I dah pun siap hari ni...
takde rahsia2nya pun...

Ni ha dianya...



(apa la kan.. tak suprise betul)




?


?


?








nak tiru pun takpe...

asal jgn korang beli kain yg sama

utk buat langsir dah ler...


sob sob sob... terhina I..



Necklace dan tudung raya yg berselimpang di kolar kurung ini

adalah tajaan Datuk Nuffnang (so dari situ korang tau la kan

berapa earning Nuff I).. alhamdulillah la kan dpd takde..

Thanks Nuffnang... sekian lama I tak bukak

Nuff punya account... tetiba.... Jeng Jeng Jeng!!! Wow!!

Tak sangka... ada pun B.E terbaru.

Thanks DIGI - atas kepercayaan itu!!!


Buat Ahlil Mesyuarat Dapur sekalian, arini Miss Mirror cuma nak sharekan satu resepi utk berbuka puasa (semua org maybe dah ada resepi ni.. tp aritu ada gak yg tercari2)... Tahniah ler buat anda yg rajin berpuasa rejab.. I ni pasal penat sgt holiday kot.. tu yg tak larat plak nak bangun sahur, ni pun tgh siap2 packing untuk ke satu destinasi. Tu la sian Kakak Angkat I, Cikgu Anggun Kesumba tak dapat nak jumpa, Miss Mirror sejak cuti sekolah ni memang sibuk la Kak.... lain kali la kita jumpa ya Kak!! Miss you!!!


KUIH PUTERI AYU (tak ingat kat mana dapat.. tapi rasa2nya dari My Resepi.. kalau tersilap jgn ler marah).


5 biji telur (saiz kecil)

250 gram tepung gandum

300 gram gula

2 st ovellete

1 st baking powder

250 ml santan

pewarna hijau

kelapa parut + sedikit tepung ubi + garam (gaul sebati)




CARA



1) Panaskan pengukus


2) Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan gebu.


3) Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, perisa pandan dan pewarna. -- kacau sebati.


4) Sapu minyak pada acuan. Mampatkan kelapa yg telah tergaul dgn tepung ubi dan garam td.


5) Masukkan adunan ke dlmnya.


6) Kukus selama 5 atau hingga benar2 masak.
















Saturday, April 30, 2011

Baju Raya 2011 - pilihan survey

Puasa pun belum lagi, asyik sibuk dengan baju raya Miss Mirror ni.... Ni semua gara-gara dah terbeli 4 meter kain ela minggu lepas.

Jika last year, jubah kaftan menjadi pilihan para penggemar fesyen, untuk tahun ni bagaimana pula agaknya?. Mari kita dengar apa kata survey..

Rata-rata ibu-ibu anggun dan awek2 jelita itu masih setia dengan baju kurung.. ada beberapa jenis baju kurung yang mereka cadangkan iaitu di antaranya :


Baju Kurung Riau...
(terima kasih kepada yang mencadangkan ini)

So, di sini I lukiskan... cantik tak?


beza antara baju riau dan baju kurung Pahang
hanyalah pada pesak.. sila lihat perbezaannya..

gambar atas
baju kurung Pahang

baju cekak musang - ni fesyen baju raya I pada tahun
1998....kain kekotak
ala pelikat Bang Nuar Zain.



I rasa, kelainan berfesyen pada tahun ini lebih ditumpukan pada tudung....banyak tudung2 menarik di pasaran sekarang yang dapat merubah penampilan. Baju tak cantik pun penampilan masih terserlah jika tudung yang dipakai "kena" pada wajah.

Anda mungkin juga meminati :  FESYEN RAYA 2012 


Friday, July 23, 2010

TUDUNG RAYA





Raya nanti, uoll beli la inner syria mcm ni pastu lilitkan dgn kain cebisan baju raya uoll yg tersisa2 tu dpd membazir. Jahitkan menjadi spt kita buat cekak rambut tu.. ikatkan pada keliling inner tersebut setelah memakainya. Kalau terus jahit cebisan kain tu pada inner lain plak jadinya sbb kain ela kita bukan jenis memeri mcm inner (inner selalunya dari jenis kain lyrca yg elastik).Ha... contohnya mcm kain ela spt gmbr di atas, sungguh padan kalau dikenakan dgn inner tudung hitam dan lilitan dari kain cebisan biru ini pastu lilitkan dengan selendang warna hitam kemilau2 labuci.... sungguh jelita kan. Tapi I memang agak elergi mengenakan inner2 yg terjual di pasaran tu, harga lebih kurang RM7 je, memang la murah dan menjimatkan.. tapi penjual2 tu tak menyelami dulu keinginan dan perasaan I....... sempit betul kat kepala I ni, sakit kepala dibuatnya. Ada sesetengahnya memang ok..... I pun ada stok 2,3 helai yg betul2 selesa...tapi nak jumpa yg betul2 selesa mmg jenuh la mencari. Eh... mcm la kepala aku besar sgt.......tak la......sedang2 je mcm uoll cuma I tak suka kalau sempit2 muat2 je kat kepala.......kepala I cepat lemas dan pening.

Sebut pasal sakit kepala ni kan..... uoll nak tau..... akhirnya I telah berjaya menemui penawarnya. I makan actal...... actal ni sebenarnya utk sakit2 dlm perut.....mcm gastrik.........tapi sebab my MIL pesan suruh makan, I pun makan la............ alhamdulilah berkat I mendengar kata orang tua, hehehe..... nyah terus penyakit tu dari mengganggu hidup I.

p/s : moral of the story.........dengarlah kata org2 tua.

Tuesday, November 24, 2009

AKU SEPASANG KASUT

MM teringat tentang cerita "HANTU KASUT" yg diceritakan oleh seorang sahabat... siapakah orang itu? biarlah rahsia... hahahaha... nanti kita sambung cerita tu lagi ya sahabatku.

Jadi arini boring2.. kita nak buat karangan bertajuk 'Aku sepasang kasut'.



Walaupun Makcik Sam kata aku ni tak secun kasut Lawre yg artis pujaannya pakai.. tapi aku rasa cantik je aku ni.. hitam itu menawan.. aku dibeli masa dekat2 nak raya. Tak la mahal mana pun... 



Ni kakak aku, aku sendiri pun heran.. mcm mana la Makcik Sam boleh terbeli kakakku ni.. bukan la aku nk kata dia huduh tp.... Makcik Sam nak pakai boot ni nak buat gi mana dgn cuaca Msia yg panas berdentum ni?.  Oh setelah aku siasat rupanya Makcik Sam masa tu nak sesuaikan dgn baju yg dipakainya semasa menghadiri dinner dgn kawan2 hubby.   Lepas tu simpan sbb  tak sesuai pulak nk buat gi jejalan.



Ini pulak adik aku... Makcik Sam pakai la jugak walaupun rupa tak semengah.. sbb dah terbeli kan.. tapi kalau nak pakai  bila keluar dgn hubbynya je la sbb at least kalau penat sangat, Makcik Sam boleh mintak dukung.. hehehe... tak ler.. sebenarnya kalau dgn hubby tu tak ler penat sgt bila berwedges ni sbb anak2 ada yg tolong jaga.

Sebenarnya aku "ramai" lagi adik beradik lain dalam gerobok tapi semuanya tinggal jadi perhiasan je la nampaknya. Kata Makcik Sam adik beradik aku yg lain tu semua dah buruk-buruk tapi nak buang sayang.  Euwww orang tua ni, jgn hoarding disorder sudah.

Tengok la ni arini Makcik Sam bwk aku gi jejalan dgn anak2 dia... penat aku tau! Patutnya dia bwk "adik" aku yg flat tu tapi dah dikebas dek anak dara dia... tu yg aku ni diibarat mcm "takde rotan akar pun berguna tu".. sedey aku tau!





Penat punya pasal Makcik Sam melayan si Shasal dgn 2 kakaknya ni makan pizza..


** Tetiba aku teringat kisah raya bersama ANIS zaman kanak2 di mana aku penat sgt berjalan dgn high heel sampai ANIS dukung aku berbatu-batu.







FESYEN ALA 70AN

Mencari fesyen ala 70an?
Seorang teman saya memutuskan untuk tidak menghadiri event hanya kerana tidak rela menjadi mangsa fesyen. Dalam kad jemputan  tertulis : Attire : Fesyen ala 70an. Pening jugak ya.. kalau fesyen 50an ala Saloma, atau fesyen 60an ala Afida S tu ok jugak kalau nak digayakan dgn tudung...



Kalau lelaki ok gak ikut fesyen Hail Amir ni.




Mcm ni la fesyennya... ok gak kan?. Cantik kalau kena caranya...
Tahun 70an?.. eh.. saya masih terlalu mentah masa tu... masih kat buai agaknya. 
Abang dan Kakak saya la yg tengah remaja di era tu...
Masa berlalu begitu pantas. Irama lagu2 Kak Pah, Hail Amir dan Uji yg menjadi kegilaan remaja di zaman itu masih terngiang-ngiang di telinga... bagaikan baru semalam kak long saya menyanyikannya ketika di farm (cewah! farm kononnya).. kebun di belakang rumah orang tua saya.


"Ah kutunggu dan menunggu... khabar darimu sayang..
hatiku sungguh rindu.. ingin bertemu..."
nyanyian lagu Datuk Syarifah Aini...
Seluar Bell bottom menjadi satu trend ketika itu... baju pulak kemeja ketat bagi lelaki.
 

PERINGATAN PENTING : Sebagai muslim dan muslimah, apa yang penting hendaklah kita  berpakaian menutup aurat..