Tuesday, November 24, 2009

AKU SEPASANG KASUT

MM teringat tentang cerita "HANTU KASUT" yg diceritakan oleh seorang sahabat... siapakah orang itu? biarlah rahsia... hahahaha... nanti kita sambung cerita tu lagi ya sahabatku.

Jadi arini boring2.. kita nak buat karangan bertajuk 'Aku sepasang kasut'.



Walaupun Makcik Sam kata aku ni tak secun kasut Lawre yg artis pujaannya pakai.. tapi aku rasa cantik je aku ni.. hitam itu menawan.. aku dibeli masa dekat2 nak raya. Tak la mahal mana pun... 



Ni kakak aku, aku sendiri pun heran.. mcm mana la Makcik Sam boleh terbeli kakakku ni.. bukan la aku nk kata dia huduh tp.... Makcik Sam nak pakai boot ni nak buat gi mana dgn cuaca Msia yg panas berdentum ni?.  Oh setelah aku siasat rupanya Makcik Sam masa tu nak sesuaikan dgn baju yg dipakainya semasa menghadiri dinner dgn kawan2 hubby.   Lepas tu simpan sbb  tak sesuai pulak nk buat gi jejalan.



Ini pulak adik aku... Makcik Sam pakai la jugak walaupun rupa tak semengah.. sbb dah terbeli kan.. tapi kalau nak pakai  bila keluar dgn hubbynya je la sbb at least kalau penat sangat, Makcik Sam boleh mintak dukung.. hehehe... tak ler.. sebenarnya kalau dgn hubby tu tak ler penat sgt bila berwedges ni sbb anak2 ada yg tolong jaga.

Sebenarnya aku "ramai" lagi adik beradik lain dalam gerobok tapi semuanya tinggal jadi perhiasan je la nampaknya. Kata Makcik Sam adik beradik aku yg lain tu semua dah buruk-buruk tapi nak buang sayang.  Euwww orang tua ni, jgn hoarding disorder sudah.

Tengok la ni arini Makcik Sam bwk aku gi jejalan dgn anak2 dia... penat aku tau! Patutnya dia bwk "adik" aku yg flat tu tapi dah dikebas dek anak dara dia... tu yg aku ni diibarat mcm "takde rotan akar pun berguna tu".. sedey aku tau!





Penat punya pasal Makcik Sam melayan si Shasal dgn 2 kakaknya ni makan pizza..


** Tetiba aku teringat kisah raya bersama ANIS zaman kanak2 di mana aku penat sgt berjalan dgn high heel sampai ANIS dukung aku berbatu-batu.







9 comments:

  1. teringat aku masa darjah enam, buat karangan aku sepasang kasut...dapat terbaik pulak tu...

    kalau asyik nak beli kasut jer mcm mana HCMB40????.....kasut tu celah2 gigi jer ya kan....

    ReplyDelete
  2. bila tgk ko makan pizza tu rasa teringin lak...esok cuti bolehla aku beli...yehaaa.....

    kalau mcm ni boleh ke sampai target ye....HKL40

    insyaallah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kasut tu aku x jadi beli. Setelah aku selak gerobok aku dh terjumpa dah kasut leper lama aku. Yihaa!

    Comei .. pizza resepi baru ni mmg sedap giler tp aku rasa ko x suka sbb ada udang tempura atas dia. Jap lg nk turunkn la gmbr ni sbb buat ko terliur.. hehehe.

    Sedapnya pizza tu... tp aku skrg kt Kashmir pulak.. mana ada jual pizza kt pedalaman ni ya.

    ReplyDelete
  5. kesiaan...kashmir tu kat pendalamam ye...kira kat ceruk kampung lah ye...
    tak bnyk nyamuk dan agas ke?

    tp kira oklah ye sbb internet masih boleh connect.

    comeisari....takkan cuti semata2 nak makan pizza...kamu pun duduk di pendalaman juga ke??...sampai kena cuti disebabkan nak makan pizza??

    tak de pizza lempeng pun jadilah...

    ReplyDelete
  6. high heel tak terpacak ke tanah ke kalau pakai di kampung pendalaman???

    ReplyDelete
  7. Nak tergelak rasanya bila Untie MM imbas balik zaman kanak-kanak kita ya. Agak-agak larat tak sekarang ni kalau anis dokong untie MM lagi. Dokong hero kecik yang seorang ni pun dah tak larat. Untie MM ni patut di beri anugerah HANTU KASUT! Tak berubah ye dari kecik sampai ke tua hobi mengumpul kasut tu ye. Agak-agaklah tiap kali beli kasut baru tu gigit tak hujung tumit tu? Kata org tua-tua kalau beli kasut baru kena gigit hujung tumit tu dulu.

    ReplyDelete
  8. hahahahaha... Eid ul Adha buat semua.

    Hai Anis.. mana ada hantu kasut da.. Salah org tu.. Cik ni kalau pakai kasut mana yg dah selesa tu mmg pakai bertahun2.. apa yg dlm gmbr tu cuma kasut "terbeli" je semua.. dah "ter" kan... tak sengaja.. lain kali mungkin tak akan
    "terbeli" lagi sbb dah tau dah kasut apa yg sebenarnya paling selesa kt kaki.. Sandal Leper..

    Anonymous.. kg kami ni mmg ler kt pedalaman tp udaranya nyaman dan suasananya tenang... sgt berbaloi kalau menghabiskan cuti berhari2 kat sini. Wanna join?

    ReplyDelete
  9. anonymous comei ni keje je kat bandar besar tapi tinggal kat kawasan tepi hutan..tu yg kene tggu cuti baru boleh keluar bandar dgn famili utk mkn pizza...

    ye haaa...MM, comei dah makan pizza yg mcm kat gambar tu..makan separuh je...lebih bungkus sbb khaira dah ngamuk x leh nak pujuk lagi....habis pinggan2 dicampak...nasib x pecah...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.