Saturday, July 21, 2012

Kisah Suami Baran Ketika Berpuasa

"Cepat sikit!.   Atau korang balik sendiri!!".  Jerkah lelaki yg mungkin sebaya suamiku sambil menuruni tangga. Mungkin kelaparan menerjah diri hingga lupa di mana dirinya berada. Isterinya yg sedang memilih2 pakaian menghentikan perbuatannya.   Tersipu malu ia... lalu ku pura2 tak nampak, mengimaginasikan diri andai ku berada di dalam kasutnya.


Dunia hanya sementara, usia amat pendek. Lalu mengapa mesti ingin diisi dengan marah yang menyinga, kezaliman yang keji.  Dia adalah ibu kpd anak-anakmu, teman tidurmu... mengapa diperlakukan begitu. Aura akan menjadi kelam dan malap. Jiwa derita.



Tahukah kau...wahai lelaki-lelaki..
Tatkala suami memberi belaian, kasih sayang, gurau senda, pujian dan cinta , jiwa isterimu bagai berada di awangan. Apa jua akan rela dikorbankan.  Hati berbunga riang. Jiwa mendendangkan lagu. Segala perit maung membelenggu jiwa serasa kecil dan ampuh..begitu mudah direntasi. Ajaibnya peranan cinta.  Hingga ada pendapat mengatakan.. "Kesedapan masakan isteri bergantung pada tahap moodnya pada hari itu, jika kurang sedap bermakna, mungkin jiwanya sedang kecelaruan ".

Justeru wahai lelaki2, bercinta dan berkasih sayanglah sejujurnya, penuh kelembutan. Hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada-Nya dan ibadah ini amatlah luas konsepnya, bergurau senda bersama isteri juga dianggap ibadah, jiwa yang penuh kasih sayang akan mencetuskan keabadian kepada rabb setulus mungkin.

Renung-renungkan.. 



p/s :   Fenomena biasa di bulan puasa yg sering ku lihat, mungkin suaminya perokok tegar kot.. seharian tak dapat  racun rokok mcm tu la jadinya, jika iman terkurang di dada... baran manjang. Nauzubilahiminzalik.. jgn berjangkit ngan laki kita udah ler kannnn.. Selisih!



6 comments:

  1. orang lelaki kalau lapor mmg buruk perangai..

    heheehee

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan... saje nak cari pasal la tu puasa2 ni... bulan puasa ni, angin banyak dlm perut kot, tu yang asyik naik angin je tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan.. thanks Ogyep
      Ha'a... kena mkn pil gastrik gamaknya, byk sgt angin dlm perut sampai naik2 angin.. hahaha.

      Delete
  3. ciannya isteri dia kan..
    *andai ku berada di dlm kasutya..hahaha, minta dijauhkan kan, & hrp2 la si suami panas baran tu blh taubat di bln puasa ni kan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta dijauhkan la Win dari "termasuk dalam kasutnya".. hahahaha... ( translate bulat2 dari perkataan B.I ni). :D

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...