Baju raya tahun ni kami memilih purple lembut seisi keluarga.
So, kasut pula agak2 I pilih kaler apa?.
pix credit to this blog |
(Gambar atas). Kombinasi cemerlang purple dan kuning nampak cantik!. Bersyukur menikmati dunia fesyen milinium, semua yg dahulunya nampak weird sekarang telah dapat diterima oleh mata.
Lebih tepatnya baju kurung kami adalah seperti warna mug sebelah kiri ini. Maka semalam, masa kat BP... I membuat sedikit shopping kasut. Sengaja beli awal untuk meningkatkan keterujaan raya... LOL!!!.
..dan akhirnya..telah menemui apa yg diimpikan di kedai Bata. Thanks Bata kerana telah menyelamatkan duitku akhirnya. Harga di Bata ni semua berpatutan, pasti korang pun tau kan. Terutamanya sorang blogger yg pernah kutemui dan kutegur di kedai Bata beberapa tahun dulu tapi hingga kini I tak pernah berterus terang dgn beliau pun yg kami sebenarnya pernah berbual dan bersemuka di alam sebenar. Haha.. Almaklum la....I ni kan pemalu. :P.
Dengan designnya yg menarik hati ini membuat I tidak dapat mengatakan tidak, ditambah pulak keramahan si Apek yg melayan pelanggannya bagaikan puteri, terus I bayar je la tanpa was2... malas dah nak gi survey brand2 lain yg menjadi kesukaanku selama ni. Tapi kalau ada yg nak belanja I... ehem! kecik tapak tangan alam maya yg maha luas ini saya tadahkan.
Ada dua buah kedai kami gi nyoping semalam. Dalam pada si Ain asyik berkira2 tak tau nak pilih kasut apa, Mamanya dah terjumpa sandal merah menyala ini pula. Nak buat raya jugak ke sandal ni Kak Mirror oii?. Emmmm....boleh la jugak kot... lagipun takde kosernya aku nak berhigh heel manjang!. Umur2 dah nak warga emas mcm I ni, kesihatan tulang belakang lebih diutamakan dari bergaya. Wah konon!
Tapi kalau untuk sessi bergambar sila la berhigh heel (supaya tak nampak kemetot pula di celah2 anakandaku yg kian meninggi... hehe).
Warna merah boleh digabungkan dengan kurung pelbagai warna antaranya spt gambar basikal di bawah (pix credit kpd Google).
Hijau, kuning, putih, hitam adalah warna2 yg dirasakan sesuai untuk sandal/kasut merah. Tapi kalau nak berstokin pilihlah kaler hitam.. tak kan warna striking plak kan.
OLDER POST : Kisah Suami Panas Baran Bila Berpuasa
*xp
i baju pink kasut pon pink muahahahah nasib ler Dh i kena pakai sampin pink lar kot...
ReplyDeleteactually kitaorang recycle baju kahwin je hehehe..
Bagi pengantin baru mmg sebaiknya recycyle je baju kawin. Kami pun dulu mcm tu.
Deleteyg crocodile merah tu cantik lahhh.
ReplyDeleteBAZI - thanks..ternyata I tak tersalah pilih kan...:D
Deletewah..dah nyoping raya...
ReplyDeleteNAFISA - Sebelum atom2 KETIDAK TERUJAAN nak sambut raya terus menyerang, tu yg I nyahkan cepat2 tu.. hehe.. (alasan yg paling munasabah).
Deletemak aii,
ReplyDeleteudah ada stock kasut raya.
tu tak cukup lagi tu, open house banyak nanti kena rembat lagi sepoloh. haaa..
Baju raya I tahun ni budget 2 helai je Cik Yong.. cukup la tu stok kasut utk tahun ni. :D
DeleteSama la baju raya akk kaler kuning purple. Kasut je tak jumpa, mcm mls nak bertumit tinggi. Lg pun leceh bw balik kasut, turun naik kapalterbang.
ReplyDeleteCantik juga kasut Bata tu...
Kak Zana - Saya pun pakai high heel bila nak masuk perkarangan rumah org je, dlm keta lebih selesa pakai sandal. :D
Delete