Tuesday, July 24, 2012

Belum sempat gi Bazaar Jay Bee lagi.. semua homemade..

Untuk berbuka hari ni I masak sup, sambal kicap, udang masam manis dan cream puff.  Maybe ada sedikit tambahan bila IRP balik dari bazaar Uda nanti.



Oleh kerana resepi cream puff telah pun I tepekkan dlm entry yg lepas2, maka hari ni tak nak la cerita pasal makanan.... kita cerita pasal makanan rohani plak....





KISAH SEORANG 'MEM BESAR'...yg sedih kerana suaminya meninggal Dikutip dari buku yg kakak I pinjamkan itu ari.. thanks kakakku.. dah abis baca dah.

Arakian suatu zaman, seorang wanita anggun  berkesedihan akibat suaminya meninggal.  Sebelumnya hidupnya sgt mewah, biasa la kawin org kaya gamaknya (tak pulak dituliskan di situ).... then kerana kematian ketua keluarganya itu maka wanita itu terpaksa menanggung pelbagai hutang piutang suami dan  terpaksa la menjual aset2 mereka utk menampung hidupnya bersama anak2 yg masih cenonet.   Gelap sudah rasa hidupnya.... then satu hari dia terbaca pesanan ini "bacalah isytigfar untuk memudahkan rezekimu".   Dia pun mula la mengamalkannya...... siang mlm dia baca.

Guess what?.  Alhamdulillah tak lama lepas tu... barangannya mendapat bidaan dgn nilai jutaan ringgit.  Subhanallah.. bersyukur dia ke hadrat Ilahi atas segala kasih sayangnya.. sirna sudah awan kelabu. 

Itu je nak crita...  sebenarnya pointnya hanya satu..RAJIN2 LA BACA ISYTIQFAR, tak kira masa susah mahupun senang.  Tak pandai nak mengarang ayat berbunga di petang2 nan panas begini, tambahan pulak sejak pinjam laptop IRP ni cam tak best la.... netbook I yg comel tu dah kena malvare you tau tak?.   :(


** Marilah juga membaca PENGHULU ISYTIQFAR  lepas solat subuh dan solat maghrib (utk bacaannya sila klik sini)

Fadilat :  Rasullulah S.A.W bersabda "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari).  Credit to : blog Lenggangkangkung.

12 comments:

  1. cerita yang menarik. cambest lak tengok puff comel2 tu. apa IRP bawak balik dari bazaar? *gaya cik jah bizi bodi

    ReplyDelete
    Replies
    1. IRP ngan Shashal bawa balik satay, nasi arab, ngan sedikit kuih muih. Itu je..

      Delete
  2. Pinggan correle berbunga Plum tu sama ler ngan mama..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... kita pun terperasan juga. "Gerak Hati" org2 BP mmg semuanya sepesen kot Mama..hehe.

      Delete
    2. ye...ye...gerak hati Jaworld tu...pinggan pun serupa...hehehhe

      Delete
    3. Haha... ha'ah. Dah la pinggan sama, meja makan pun sama, yg bulat marble tu kannn. Haii mmg sah la ni gerak ati Jaworld..

      Delete
  3. ok sekarang wani dah teringin cream puff tu..sapa nak btanggungjawab? hihihi

    ReplyDelete
  4. gi bazar UDA..kak mirror dok area mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok area mana?. Depan rumah Madam Jay. :D.
      Kami tak duduk Uda tp mmg suka gi bazaar Uda walaupun jauh.

      Delete
  5. eh ade resepi cream puff. Feveret bazi nih. Harus godek entry2 lame kak mirror hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menggodex ye... dan selamat mencuba, gerenti menjadi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.