Wednesday, June 6, 2012

Tak berhasil..


Tadi berkelana hingga ke pinggir bandar KL ni semata2 utk  "baju kurung" idaman yg pernah di"survey" sebelum ni,  tapi  butik2 tu semua dah tutup. Baru pukul 9.00 mlm semua dah terkocoh2 tutup kedai?(sigh).. Hanya sebuah dua kedai je yg masih sudi melayan pelanggan, hmm tak best la diorang ni.  Dah la I tak sempat makan malam.. terus rush ke sana. Jauh  plak dari hotel penginapan kami di Midvalley.. alih2 bila sampai tak sempat capai apa pun..(kecuali sehelai tudung dan jubah si Ain yg dicapai secara tergesa2).. 

(moral of the story, lain kali nak shopping, pegi la siang2 buta).


Tapi siang tadi sempat nyoping baju kanak2 dan  membeli blous di Mango (ha yg ni kat Midvalley, bukan kat "shopping complex tutup cepat" spt di atas...:P). 


Oleh kerana dah jemu dgn pilihan sendiri yg adakala tak kena di badan, maka kali ni I biarkan je la IRP pilihkan .... 

.
.
.
.
.
.
.


dan ini hasilnya....  biru - warna trend  2012.....

bagaimanapun tudung kuning awning biru tu pulak I beli kat"shopping complex rahsia" tu la... itu pun I pakai rembat je... kalau tak memang tak sempat langsung!

..

Mengubati kempunan di hati tak dapat baju raya, maka... meng"order" nasi goreng tomyam dgn harapan akan reda la hujan di hati ini.  Sayangnya ia terlampau pedas plak, then rasa "tomyam"nya pun tak berapa naik sgt.  Tapi barli ice dia sedap dan mampu memujuk hati nan lara... lantas I membuat keputusan pada IRP...

" I ingat tahun ni malas la nak beli baju raya lagi, cukup la satu yg I tgh tempah tu". Hmmm... ok la kan?. Jimat.   Tapi kalau ada yg nak bagi present, dialu2kan ye... :D, kurung pahang tau, saiz M/S... kain cotton, corak floral... :P


12 comments:

  1. MM..apakah nama shopping complex tutup cepat tu di pinggir bandar KL itew?.kekekekekee...
    sesuai betoi la baju biru and tudung tu..matching sesangat!!

    ReplyDelete
  2. saiz S/M ek... bukan main lagi... detail... huu huu hu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deq Su - mana la tau kan.. kalau2 Deq Su ada terniat nak bagi I present.. :D

      Delete
  3. wahhhhhh bestnyeee....
    i kan apa pun tak beli lagi coz rasanya mcm nak pakai baju kawin i je pasai i tak tau bila lagi nak pakai baju tu buat mahal2 hehehehehhehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENY - Ha elok la tu... tapi make sure sedondon, pengantin baru katakan.. pasti sedara-mara tak sabar2 menerima kunjungan you all berdua.

      Delete
  4. Cun la baju MNG tu...tgh sale ke kt Mid..ari tu tgk kt IOI boleh gila jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALIDA - takde sale pun.. :(...
      Byk lagi kat MNG tu kalau u nak sedondon ngan I. Ada 2 kaler pilihan.

      Delete
  5. hahaha. pesanan yang ujung tu yang paling menikam kalbu tu. LOLS

    ReplyDelete
  6. baju biru metalik mmg cntik tp susah nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAD - ooo kaler tu biru metalik ye nama dia?. Puas Kak Mirror pikir, apa nak sebut dgn warna ni.

      Betul la Fad, Kak Mirror rasa pun susah nak jumpa warna ni, tp tgh jadi gilaan pencinta2 fesyen dunia. (Wah! Gitu).

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.