Wednesday, June 15, 2011

What? You salah potong baju raya I?

Tak semua tailor menjahit dengan elok dan "sedap" di badan kita, tapi kalau dah desperate kengkadang kita hantam saja la kan,  hantar je kat mana2 tailor yg kita terjumpa kat tgh jalan. Tapi bila kita hantar kat tailor2 yg baru first time kita buat, ada beberapa kebarangkalian, sama ada kita akan kecewa dengan hasilnya atau sebaliknya. So, untuk tidak melibatkan sebarang kerugian, sila pastikan :

1) Kalau kita muka tak malu, belek2 la dulu hasil jahitan tailor tersebut yg tergantung di rak butik mereka. Kalau tak nak belek pun, at least jeling2 sikit.. kalau nampak kemas je jahitan.. kita pun on je la kan.

2)Oleh kerana ini first time, hantar dulu kain2 yg murah. At least kalau tersalah jahit sekalipun, tak la rugi sangat.

3) Pilih design2 yg simple2 dulu contohnya baju kurung teluk belangga.

4) ataupun... Jika ingin memilih baju kebaya atau kurung Malaysia yg agak complicated, bawak sekali baju contoh yang paling kita suka pakai. Suruh mereka tiru bulat2 sebijik macam baju tu.

5)Adalah lebih baik jika anda meminta tailor anda  melebihkan "baji" --> I'm not sure, betul ke perkataan baji ni.  Tapi yg penting anda faham apa yg ingin I sampaikan.   Melebihkan baji dalam jahitan, akan memudahkan untuk anda adjust2 bila sesehelai baju tersebut tersempit atau tersilap jahit.  


Persediaan sebelum berjumpa tailor :

1) Pastikan membeli kain yg mencukupi sebelum memilih sesuatu design, minta pendapat pada yg pakar (adalah lebih baik anda mengujungi tailor terlebih dahulu, then baru pegi beli kain).

2) Jika anda seorang yg suka budget2 untuk kos jahitan, anda kena make sure beberapa perkara :

i) Jangan beli kain transparent yg perlu ber"lining" tentu kos lebih mahal.
ii)Jangan beli kain yg berbatu batan, lip lap - ada sesetengah tailor memberi alasan ini untuk menaikkan kos upah jahitan sbb jarum mereka mudah patah kerananya.
iii) Jgn pilih kain2 licin, lg licin lg mahal...




Hari tu adik I hadiahkan baju kebaya nyonya ni.... Cantik!!! Tapi tu la... kebaya nyonya plak. Kalau kebaya labuh suka la I (syyyyy jgn bagitau dia) ..   tapi takpe, dah orang hadiahkan kan... tak kan nak bagi orang, so nanti la I pakai kat rumah time sibuk2 memasak ke.

Emm nak share jugak di sini yg baju raya I (baju kedua) dah pun siap semalam.  Tu la nak crita, TAPI orang tu (tailor baru) salah potong pulak, tapi I still mampu tersenyum lagi.... tiru la macam saya!!!!!! Cool beb!

7 comments:

  1. Uish..best apa kebaya nyonya..leh nampak buntut...ehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... nk tlg btolkn ni. bkn baji.. basi.. hehehe.. sya tau sbb sya pn amik gk upah jahit baju.. bru blajar gk. Tp setakat ni xde lg yg komplen..

    ReplyDelete
  3. klu kena sedap di badan memang bestkan bleh tempah lagi tapi klu dah salah potong muat tak ape..jangan tak muat macam mana plak tu MM

    ReplyDelete
  4. X PE ADA MASA LAGI NAK CARI BAJU YG LAIN...

    ReplyDelete
  5. NOTTI N - huhuuu... ngeri saya!

    NURI - oh basi rupanya... thanks. U ambik upah jahit? Moga terus sukses!

    ZAI - tailor tu salah potong kat bahagian leher.. teramat seksi.

    COMEI - aku tak la sampai desperate sgt sbb baju ni pun baju kedua, yg satu lg itu ari aku dah uploadkan tu. Itu je la cukup.. bukan nk gi beraya ke mana pun kan ;)

    ReplyDelete
  6. Miss Mirror.. tu bkn salah potong tu.. dia saje buat camtu tuk wat u lebih seksi & seksa mata lelaki memandang... hehehe...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.