Tuesday, June 14, 2011

Resepi Donut Yang Ke 135 - Untuk berniaga

Malam tadi, ada member di FB yg teringin nak berniaga donut dan bertanyakan resepi, so hari ni I share'kan resepi yang ni pulak untuk beliau cuba. Cuba dulu beberapa resepi, then kalau ok, baru niagakan ya.

Ni actually untuk breakfast I pagi tadi... then selebihnya I frozenkan utk sarapan bebudak sekolah esok pagi.





Sekali lagi I creditkan resepi ini kepada Cik Aisywarya Raju bukan nama sebenar ( jiran lama I yg I dah sebutkan tadi), beliau ni sebenarnya seorang yg ala2 perfectionist... semua resepi2 yg disimpannya hanya resepi yg terpilih sahaja. Baik resepi mahupun jahitan, begitulah sikap beliau adanya.
Yg bagusnya resepi2 yg ditulisnya semua dalam BM... (memang pencinta Bahasa Malaysia beliau ni sunggguhpun beliau seorang india... memang tabik spring lah), kalau dia tulis Tamil.. alamat melopong la I nak copy untuk anda semua.



Ini pula yg I frozenkan..


RESEPI DONUT YANG KE 135 ---> resepi yang pertama dah luput dari ingatan...


 
1/2 bungkus tepung gandum (I buat 1/4 bungkus je sbb itu je tepung yg tinggal)

1 c/t baking powder (I buat hujung2 sudu besar - ala2 secubit)

1/2 paket yis (I buat 2 sudu besar)

1 biji kuning telur

1/2 buttercup (I gantikan dengan 2 sudu besar shortening sbb butter dah habis)

1 cawan air

garam sikit

4 sudu besar susu tepung

Gula ising untuk tabur selepas digoreng.

 
CARA

1) Ayak tepung, baking powder, yis (ayak ya... jgn derhaka, ini la kelainan resepi ini).

2) Sediakan buttercup. Masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi dan masukkan susu tepung.

3) Tuangkan telur - ramas2 hingga sebati, masukkan air sedikit demi sedikit.

4) Bila adunan dah tak melekat di tangan, tutup dgn plastik - perap selama 1/2 jam. Bila dah kembang... tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin... adun lagi.

5) Cetak dan atur di dalam dulang. Perap lg 1/2 jam... baru la boleh digoreng dlm minyak penuh yg telah dipanaskan. Make sure api sederhana kecik.

6) Golek2kan atas ising sugar.

7) Jika ingin difrozenkan... goreng jgn terlalu lama... sekira2 ianya terendam seketika pastu angkat. Tujuan menggoreng sebelum dimasukkan ke dalam peti ais (tempat beku) hanyalah bertujuan untuk mematikan yis sahaja. Then bila nak makan baru goreng semula hingga kekuningan. Baru la digolekkan atas ising.

Ok.. selamat berniaga!


2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.