Kek Vietnam - sekadar hiasan
Ok puan2... hari ni I kongsikan pula resepi2 kuih raya hasil sumbangan jiran tetangga, lama dah resepi-resepi ni tersimpan dlm buku I tapi sampai sekarang tak pernah lagi mencubanya.
Credit kepada jiran lama I, Cik Aisywarya Raju (bukan nama sebenar : hopefully beliau dah pun bergelar "Puan" sekarang) atas sumbangan resepi di bawah :
JEJARI CORNFLAKES BERKOKO
Bahan A
1 1/2 cawan tepung serba guna
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
2 c/b serbuk koko (c/b ni apa plak? alamak! you all tanya la org.... hehe)
Bahan B
1 cawan mentega/margerine
1 cawan gula ising
1 biji telur
1 c/t nescafee
50 gram conflakes (nestle) - mesin halus
1 biji putih telur - pukul sikit
badam keping untuk hiasan
CARA
Ayak A - ketepikan
Pukul B hingga sebati. Kaupbalikkan bahan A dan cornflakes.
Uli hingga sebati dan canai doh setebal 3 mm
Terap dengan acuan yang disukai
Letak atas tin pembakar yang telah dilengser
Sapu putih telur dan tabur kepingan badam di atasnya.
Bakar 10 - 15 minit (suhu - 170 C).
Kesepi Kedua pula ni macam pelik sikit sebab guna udang kering... apa-apa pun, I taipkan je la untuk Uoll... mana la tau sedap kan. Belum cuba belum tau.
BISKUT CORNFLAKES UDANG KERING
Bahan A
250 gram tepung gandum - ayak
Cornflakes (nestle) - mesin halus (dia tak sebutkan plak berapa byk.. kira main agak2 je kot)
50 gram udang kering - mesin halus
1/2 c/t serbuk penaik
200 gram mentega
80 gram gula ising (ayak)
Telur untuk gris biskut
Udang kering untuk hiasan
Cara
1)Campurkan A- ketepikan
2)Pukul mentega dan gula selama 1/2 minit
3)kaupbalik hingga menjadi doh yg lembut
4)Canai setebal 1 cm dan terap acuan yg anda suka.
5)Letak atas pembakar yg telah dilengser.
6)Gris biskut dgn telur dan hiasi dgn udang kering
7)Bakar 170 C hingga kekuningan.
Resepi ketiga pula sumbangan jiran I yg bernama Madam Jay Lee (bukan nama sebenar)... Nampak beliau buat masa I dijemput datang ke rumahnya sebelum Chinese New Year beberapa tahun dulu memang nampak cantik.. tapi tak tau la dari segi rasanya sbb I tak makan, bukan apa, Madam Jay sendiri kata "Oh I buat ni tak halal.. so, I tak payah la antar rumah you ya.. nanti I bagi you resepi yg halal, then you cuba."
TART EPAL - chinese style
Tepung 380 gram
Crisp flour (I pun tak pernah beli... kalau uoll nak beli pastikan ianya HALAL)
Margerine 125 gm
Butter 125 gm
Ising sugar 40 gm
Tepung susu 50 gm
Susu condense - 1 sudu besar
esen vanilla - sikit
telur kuning - 3 biji
Cara
1) Butter, Margerine, telur, condense milk, esen vanilla digaul.
2) Then masukkan crispy flour
3) Terap dgn acuan tart - bubuh jem epal ke atasnya.
4) Bakar 15 minit (suhu 170 C).
Lain-lain resepi masakan sila klik sini.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.