Selesai sudah membaking RED VELVET CAKE bersempena meraikan father's day
hari memulihkan kemalasan...
Sorry "Mak Andam" ni tak pandai nak make upkan "pengantinnya"...makin dimake up, makin buruk plak rupa red velvet ni kan.... :D
Takpe.. bukan itu pun yg I nak sampaikan kepada anda semua...tapi tentang resepi Red Velvet koleksi ketiga ni...(baru resepi ketiga rupanya, kenapa resepi donut aritu I dah koleksikan sampai ke 135??... penggemar donut ke aku ni?).
Walaupun baru koleksi yg ketiga, tapi I rasa resepi kali ni membuat I lebih gembira..... sebab...ianya simple ala2 malas, takyah kalut2 nak ayak tepung, takyah ala2 terkejar harimau atau terkejarkan masa nak campurkan soda + cuka sampai berdesir.. tapi hasilnyaa...wow! Malas la nak cakap.. nanti u kata I masuk bakul plak. :'(
Bukan sesaja mengupload gambar di atas tanpa alasan... saja nak bagitau anda dan rujukan I kemudian hari yg periuk coningware kat belakang tu la acuan yg I guna.. 2 periuk yg bersaiz sama diperlukan (dua2 I masukkan dalam ketuhar yg sama - sib baik muat, hebat gak oven I nih).
Ok... silalah salin resepi sekarang!!!
RED VELVET RECIPE (Versi Shortening)
1 cawan shortening (dipanaskan atas api hingga cair - jgn hangus plak).
2 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan pewarna merah
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking soda
1 sudu garam
2 1/2 cawan tepung MFM/tepung serba guna
1 cawan butter milk (atau kita buat sendiri iaitu : 1 cawan susu + 1 sudu teh cuka/perahan lemon).
Topping dia : Sila rujuk di dalam entry I yg lepas2 - under label RECIPE, ada 3 jenis topping dah I sharekan.
CARA
1) Masukkan butter cair tadi ke dalam mixer, masukkan telur satu persatu diikuti gula dan pukul sebati.
2) Masukkan pewarna merah dan serbuk koko dlm bekas berasingan, kacau hingga koko larut baru masukkan ke dlm no. 1 ( tapi dgn derhakanya I main campak2 je sekaligus ke dlm mixer (no 1) tanpa rasa bersalah :D)
3) Masukkan vanilla, baking soda + garam ke dalamnya. Putar lagi.
4) Teruskan memukul, then masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselangseli dgn buttermilk tadi. --> (dimula dgn tepung, diakhiri dgn tepung ya puan2).
5) Agihkan kepada 2 adunan - masukkan ke dlm loyang 8 inci -- 170 C selama 30 minit atau hingga masak.
6) Bila dah 30 minit. Matikan oven. Biarkan sekejap dlm oven selama 15 minit baru keluarkan.
7) Bila dah agak sejuk - terbalikkan acuan. Then bolehlah bubuh frosting ke atasnya dan tindan lagi dgn kek yg satu lagi. Bubuh lg topping dan make up ikut citarasa anda. Masukkan ke dalam peti ais untuk membekukan/melikatkan lagi frosting.
waaaaaaaa....sangat lapar petang2 nehhh... cantik dan gebu kek diaaa
ReplyDeleteLinda - mari kita makan!!
ReplyDeleteselalu kalau bukak blog ni mesti saya akan macam ni..[waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh]
ReplyDeletekagum sangat okeh...sebab teror giler masak n buat segala macam kek n kuih muih....yang nampak siyes sangat sedap..!!! :) tak nak berniaga ker..saya mahu tempah untuk raye...
bangga sangat dgn miss mirror yg teror & kreatif buat kuih muih. Bertuahnya suami & anak2 miss mirror.Nampak sedap& lazatnya kek2 tu...huhuhu
ReplyDeleteATY - adoiii... terlalu jauh pujian itu Dik.. I ni masih ala budak2 baru belajar. (anyway thanks), Nak suruh I bisnes kek? huaa...susah nk jwb tu..
ReplyDeleteWIN - thanks... nanti I sampaikan pujian u tu pd my hubby ya... ;D hehehe..
assalamualaikum...
ReplyDeletenk tya...utk buat buttermilk tu,
susu tu guna susu segar kan?
UMMI - saya guna susu cair + cuka
ReplyDelete