Showing posts with label HOBI GILA TUDUNG. Show all posts
Showing posts with label HOBI GILA TUDUNG. Show all posts

Friday, August 28, 2026

Shawl Uniqlo untuk kawan-kawan Aussie

Kawan-kawan Aussie tak kira warna kulit dan budaya selalunya memang suka trend hijab style Malaysia.  Happy jika dibelikan.  Pernah sekali saya belikan tudung dari Thailand sebagai ole ole, mereka macam…  “Eh!. Why different?”.   Of course la berbeza sebab saya cuma beli di pasar Chatuchak je, bukan di butik.  Hihi.

Saya yang orang Malaysia ni pula adakala suka style negara lain pula.  Tapi sampai sekarang teringin nak beli kerudung hodie Jodja, tak terbeli-beli. Masa pergi Jodja dulu, dah plan nak singgah tapi tak sempat.   Kat Malaysia tak de jual, cantik di mata saya sebab bersulam-sulam.


 




Ni pula kisah kawan Aussie yang mengidamkan instant shawl dari Uniqlo, kat Australia mana ada jual.  Uniqlo di setiap negara pasti lah berbeza-beza, sesuai selera pengguna tempatan.

Lantas kami carikan di Kay Ell, rupanya dah sold out. Yang tinggal ni pulak bukan jenis instant.  Ahh kalau yang sekadar plain macam ni, kat Aussie pun banyak. Walau pun brand lain, $10 dah boleh dapat yang cantik-cantik.  Hahaha.




Sayangnya tak ada pulak sample untuk dicuba, jadi kansel lah nak beli lebih sikit, so kita belikan je member tu selai warna cream ni, RM60.00.   Harap-harap dia suka.


Selain dari Uniqlo,  baru-baru ni saya TERmasuk ke butik Tudung People.   Selama ni nak beli macam was-was sebab kain licin.   Bila dah pakai dan ia menukar diri kita menjadi lebih classy, rasa macam best pulak lah pakai.


Tuesday, October 15, 2024

Tudung Bawal Nombor Satu.

Sebagai seorang Blogger, kita haruslah menulis tentang sebuah penyesalan supaya menjadi ikhtibar kepada yang membaca.  Kekeke.   Just kidding.

Kisah menyesal beli tudung bawal no 1 ni cuma tiga helai je masa ke Trengganu aritu.   Sebab  masa tu “malaikat” dalam hati berkata2… 

“Tak kan nak beli warna yang kita tak berkenan dan belum tentu sesuai dengan kulit kita?.  Nanti membazir bila tak sesuai.  Ah beli je la cukup2 dan pakai sampai bosan.”




Bila tetiba banyak undangan rasa menyesal pulak tak cukupkan 5. At least jika ada hijau dah lengkap koleksi warna walau pun not really my favourite colour. Punca penyesalan ini sebab bawal nombor 1 ni ai jarang jumpa di sini, mudah dibentuk dan menjadikan leher nampak jinjang (curi ayat my MIL). Entahlah.   Ai bukan peminat leher jinjang pun tapi jika itu yg diistilahkan cantik bagi mata orang tua, kita pun terikut rasa confident pula  nak pakai. Hihi.  Mungkin sebab fabriknya yang flowy tu buat ia “on point”.



Thursday, November 9, 2023

Tetiba beli Shawl Kashkha

Sejak lebih banyak kesempatan untuk pulang ke tanahair, semakin banyak variasi tudung yg dpt ai beli secara off line.  

Ai pun tak sangka boleh terjebak dengan shawl Kashka ni.   Mula-mula ai singgah butik dia, tengok macam biasa je shawl ni, so ai pun browsing2 je dan keluar.   

Suddenly 1 hari tu ai tersinggah lagi,  tetiba salesgirl dia sangat friendly dan rajin melayan. Ai pun tergerak lah nak cuba sebab dia kata tak yah gosok pun still cantik nanti.  Kebetulan pulak time tu cuaca di luar tgh panas, bila kita cuba sesuatu yg meringankan kepala kita.. rasa release la kan?.    So ai pun try la beli selai.

  


Ada percikan2 batu di atasnya yg hanya semilir2 manja je kelihatan.  



Masa ni dlm dilema sama ada nak beli hitam atau maroon.  Padahal dah banyak shawl hitam.   Tapi tak pe.. ni kan brand lain. (Boleh ke alasan ni?).



By the way, testimoni ni belum lengkap selagi ai belum mengayakannya di majlis.   Tunggu dan lihat nanti macam mana, adakah betul kekal cantik tanpa gosok.   Tapi dari segi keselesaan memang diakui.  Lembut terapung2.. sgt sesuai dgn cuaca Malaysia dan Aussie di kala summer.

Ok.  Done review.   Hello Kashka!.  Sila bagi ai 10 helai tudung free sebab dah promokan ni.  😁.

Nota :.   Edit.. ai sebut Kisha.. rupa2nya Kashkha.  🤣🤣.   Sorry.. baru terjumpa tag price.



Monday, October 17, 2022

Beli bokitta

Punya la suka terjumpa orang jual tudung bokitta ni kat Perth.. sampai dibelogkan. Kekeke. Well.. Kita cuma belogkan apa yg kita suka je.  As you may know, those who has time for 'drama' is not blogging enough.  Tu yg kena blogging sebelum awan2 lara mengiringi hidup kita dan menyapu bersih puing2 kesyukuran.


*Quote tu gurau je... tapi setuju, jika kita ada hobi, tak kira la blogging ke, mancing ke atau berkebun dan lain2.... maka kurang la sikit dari ambik pot hal2 yang tidak perlu akibat terlalu ralit dgn hobi sendiri.  Disarankan jadikan la berzikir dan berselawat itu hobi yg teratas.    InshaAllah.. He will turn yr sadness into happiness just in a blink of eyes.





Dulu pernah juga 'give up' dgn bokitta sebab macam tak muat sangat.  Tak lama lepas tu.. dah ok dan selesa.  Mungkin mereka dah membuat penambahbaikan atau wajah ai yg kembali runcing kot... Ahakz.  Wallahualam. 
   

p/s.     :.    Harapnya muncul juga tudung Hegira (versi chiffon) kat Perth ni.    2 helai je ada.. tu pun beli time balik Msia dulu2.  Selesa dan terletak.



Friday, June 13, 2014

Tip Mengembalikan Awning Tudung Yang Rosak

Hai makcik2........... assalamualaikum..
good evening..
Aku ada "hobi" baru ni... dengarlah..
hobi mengembalikan kecantikan awning tudung 
yg rosak dan terpeleot.. 
Ada sebakul yg tgh aku angankan utk diproses..

Semalam satu page tudung (lupa plak nama page)
ada bagi tip, then malam ni aku cuba la mengaplikasikannya..
ternyata memang berhasil!!.






Ini la antara tudung2 aku yg terlanjur masuk mesin basuh..
jadi hodoh kan awning dia?.
Akibat kehodohan itu, selalunya aku sorok terus masuk dlm kotak..
supaya aku tak nampak lagi dan berasa kecewa..
Ataupun aku pakai masa nak keluar rumah buang sampah ..
atau mengejar Pakcik poslaju..

Itu la..
betapa kita telah bersikap bias terhadap tudung2 kita..
sedangkan mereka tidak berdosa... kita yg berdosa mencampakkan
mereka ke dalam mesin basuh dan menjadi cacat!!.
Mengapa mesti ada sikap kasta mengkasta2??.
Sedangkan mereka adalah sama di sisi Allah..
Wahai manusia... kau memang KEJAM!!.


Ok.... pegi terus kepada cara2nya ye..
Abaikan apa yg telah aku bebelkan..
Caranya ambil tudung cacat anda itu..
Terbalikkan...
Sediakan semburan air.......... spraykan ke atas mereka..
then gosok perlahan2...
tipnya yg utama di sini ialah TERBALIKKAN tudung itu... 
gosok awning yg terbalik itu..
gosok dgn bersungguh2.. tp jgn sampai terbakar..







Ternyata memang berhasil..  
kembali menjadi bentuk yg  asal kan..
jimat duit anda... tak perlu hantar repair lagi..


p/s:   Qistina la yg rajin sgt  mencampakkan tudungnya ke dlm laundry basket hingga mamanya tak perasan terus TERmasuk dlm mesin.  Atas tu... tudung dia la tu.



Office Cleaning Service and Solar Panel Installation & maintenance - Click HERE to contact.

Cleaning Services


To provide cleaning services teams in ensuring optimum hygiene and comfort to our clients. This cleaning team currently operates in Johor Bahru which gained more demand.

Saturday, May 24, 2014

7 Tip Penjagaan Tudung Berawning

Rasa-rasanya dlm 10, pasti ada 7 org yg pernah menjerit "aaaaaaaaaaaaaaaa..." angkara telah TERbasuh tudung berawning mereka ke dalam mesin basuh dan akibatnya awning yg mulanya cun melecun menjadi kemek dan kedut seribu?. Sgt merugikan.. apatah lagi jika anda membeli dgn harga ratusan ringgit.  Ok... hari ni kita bincang tentang cara-cara penjagaan tudung berawning... ye puan2.


*pesal aku rasa mcm skema je intro aku hari ni?.





Cara :



  1. Sebaik sahaja balik dari melaram dgn tudung berawning,  cepat-cepat asingkan tudung tersebut dari beg laundry.. jgn sekali2 masukkan ke dlm bakul laundry bersama2 pakaian anda yg lain... anda mmg sengaja mencari nahas tapi  GANTUNG!.
  2. Rendam dlm baldi berasingan atau kalau aku... guna je mesin basuh utk proses rendaman.. tp jgn ON.   Org kata bubuh je soflan ... tp tak pulak pada aku, aku tetap rendam dgn sabun terlebih dahulu.
  3. Sebelum merendam.. kalau rajin, salut brooch menggunakan plastik untuk memelihara ia dari rosak... kalau rajin la.
  4. Dah rendam guna sabun.... cucur menggunakan air biasa...then baru rendam semula guna soflan - itu kalau aku ler... tak tergamak lak aku kalau rendam2 gitu je pastu jemur..... heeeee.... entah, ustazah aku pun tak ajar aku cenggitu pulak.
  5. Jgn perah.... terus je jemur utk elakkan dari berkedut. Jemur di tempat redup.
  6. Sebenarnya tudung berawning yg berkualiti tak perlu iron pun... sbb fabrik yg mereka guna dari Chiffon gred AAA, jenis lembut dan tak senang kedut.  
  7. Kalau nak iron... gunakan suhu yg paling rendah.



Sekian.  Selamat berhujung minggu.


p/s :   Jgn risau.... keterlanjuran itu masih boleh dibetulkan sebenarnya, hantar je butik... diorang akan caj RM30 utk betulkan awning.  Tp "precaution is better than cure".





OLDER POST :  Ubat Syyyyyyyyyyyyyyyyyyy  (18sx)
                             Original Perfume From Australia MURAH2




Saturday, May 17, 2014

Tudung 3 layer Ika Putri Dewi

Kan dah ku kata dgn you all hari tu yg aku teringin sgt nak beli tudung IKA PUTRI DEWI yg ada dlm frenlist FB aku kan?.    Setelah berbulan jadi stalker dan cuma like2 gambo2 yg diupload....akhirnya itu ari aku mengorder. Ternyata  mataku dah cukup matang untuk menilai, (meski hanya melalui gambar). Clap clap clap... sila ucapkan tahniah buat mata aku!!.   


Sebabnya....  bila aku pakai tadi, kreteria2 keselesaan tudung mmg ada pada tudung Putri Dewi...  awning nipis, kain mmg lembut mcm tudung2 3 layer berprestij yg lain, sedap di kepala, harga pun ok.   Cuma... aku rasa... aku tersalah pilih saiz la ritu....





Aku sangka 11.4 dah cukup labuh utk insan kurus mcm aku, rupa2nya tak berapa sgt  (tapi tak la cenonet sgt)...   korang kalau nak beli, biar labuh sikit, aku rasa saiz 13 baru ok kot.

Gambar didelete oleh pengarang kerana telah pun bertaubat.


Tolong abaikan  "KELUASAN" dahiku.... ada ke ku cari brooch keliling rumah tak jumpa2, dah la IRP dah tunggu lama.  Lantas aku berharap dpt la aku "memborong" brooch kat JJ (tkt 1 tu pasti ada- pikirku).... TETIBA.....  cari brooch satu JJ  pun takde jual....  Waaaaa!!!.   Maka aku pun pasrah dgn keluasan dahiku ini merayau2 dgn insan2 tersayang....  




Overall - puas hati dgn tudung ni, cuma...................... kalaulah lain kali bleh dpt diskaun plak.  Owww  bestnyaaa... kekeke..  dah murah nak murah lagi.




Saturday, May 3, 2014

Tudung 3 Layer Chenta Watie Scarf

"Sementara menu blom sampai ni, pegi la merayau... kata nak cari tudung".   Kata IRP ketika kami sedang menunggu hidangan di Islamic Steak House, Uda (depan Angsana) pagi tadi.  Wah!.   Aku pun apa lagi...  terbayang di benakku  butik Chenta Watie Scarf yg hanya terletak lebih kurang 2 minit je dari restoran itu.   Selalu nak singgah mmg tak sempat.


*OH YA MOTIF ENTRY INI JUGA SEBENARNYA IALAH... UNTUK MEMPROMOSIKAN LAGI LOKASI "UDA SYURGA WANITA" (USW)... HAHA.. memandai je aku buat nama sendiri,   aku sebenarnya tak tau apa nak kunamakan tempat itu??.   Deretan rumah2 kedai depan Angsana yg diwarnai dgn pelbagai  butik berjenama antaranya Jakel, Ummiriaz, Calaqiesha,  Habibi Alkenali dan macam2 lagilah..... memang boleh pengsan kaum wanita jika dibiarkan sensorang  kat sana sbb tak tau butik mana nak disinggahi sbb terlampau byk pilihan!.

Selalu kalau kengkawan tanya...


"Sam... mana nak cari jubah putih kat JB ni??".. tanya temanku yg ingin menikah itu ari.

"Ko pegi la cari kat Cala Qiesha, depan Jakel Angsana".  Itu je yg aku jawab.

ATAU..

Let say ada ushawan2 tudung bertanya kat FB...

"Kat mana tempat strategik nak jual tudung kat JB?" 

"Ha, ko pegi la butik2 depan Angsana.. kat sana byk butik, tempat tu mmg strategik, raya mesti ramai yg serbu".  Itu je akan ku bagitau mereka "depan Angsana" sebab aku tak tau cemana aku nak sebut tempat tu. 


Since aku tak bawak DSLR hari ni.... tiada aktiviti snap dilakukan di sana...  hanya ingin berkongsikan tudung 3 layer yg aku beli dari butik Chenta Watie Scarf yg ternyata memang cantik, jahitan kemas,  mmg setanding jenama terkemuka yg lain TETAPI!!.  Harga memang memeranjatkan you all.... sbb murah je.. kebetulan plak hari ni tgh sale.    







Nampaknya dah dapat pun tudung raya aku untuk taun ni...  tapi tak tau la bleh simpan sampai raya atau...... ?  Kekeke.








older post :   Tak pandai tapi berjaya dan hidupnya berkat.  Kenapa ye?



Thursday, April 17, 2014

Menurunkah cintaku pada FAREEDA (FNJ)?

Meski pelbagai kontroversi melanda tudung 3 layer tersohor itu.  Aku sebenarnya masih ada rasa cinta 70% dengan Fareeda Nyata Jelita (FNJ) walau  Fizo telah menolak cintaku (hahaha... sila jgn percaya, gossip liar semata) tapii...... 

..dan rasa cinta itu pun kdg2 sebenarnya bukan disebabkan somi aku puji aku cantik bila pakai (sbb org laki mana kenal dgn tudung sgt).... tapi didorong oleh soalan si Comei yg berbunyi begini...


"Berapa kau beli tudung 3 layer tu Sam?" soal Comei, bila aku bagitau  dia yg aku tempah 1 tudung not FNJ dari on9 seller. 

"RM***". 

"Laa kalau kau tambah sikit duit lg dah dpt FNJ..".  Aku suka keikhlasannya dlm memberi cadangan.. sbb bukan dia yg jual pun.


Tapi itu tahun lepas la, tahun ni kami agak sibuk dan jarang berchatting lagi sbb Comei dah menJDTkan diri.... alhamdulillah.




So, hari ni aku "terpaksa" ber"SELFIE"  untuk menceritakan ke"dilema"aan aku dlm memilih tudung raya utk  taun ini.   Gambar selfie terpaksa dikecikkan sbb aku ni kdg2 pemalu.








Shawl murah yg aku beli 7 helai RM30 dari on9 seller.



Crumple shawl yg aku sendiri jual -  RM25 including postage



Fareeda Aisya Olok2 yg aku beli on9 - RM60.00
Sejujurnya.. aku agak kurang puas ati pakai yg olok2 ni 
sbb jahitan dia mcm kerepek... hahaha..
tapi.. ok tak kat muka aku??.


Bawal Aidijuma pun ada gak aku beli baru2 ni... 3 lai..
even black label (confuse.. yg murah tu black label kan?), pun still sedap dipakai..



Tu la dilema yg melanda aku... nak beli ke tak FNJ utk raya taun ni?.   Kalau korang kata aku dah cukup elok dgn tudung2 murah kat atas tu... maybe aku akan berfikir 2 kali.   

Eh korang pernah tak mencuba  CINTA WATIE SCARF dan  IKA PUTERI DEWI tuh!!??. Aku ni kejanya kan... hari2 asyik klik LIKEEEEE je bila si CWS ngan IPD upload gambo sbb mmg suka tapi belinya tak pernah.  Nampak mcm cantik dan kemas.   Rasa2nya ada gak dia jual yg labuh 11 ke atas.  


Monday, April 14, 2014

Barang Yang Dijangka Laris Bulan Ini (selamat berniaga )

Barangan yang dijangka laris bulan ini atau bulan puasa nanti  ialah....

?

?

?

?


?


?




Kerongsang ala Fareeda..  yesszaaa!!!.
Ya, inilah barang yg dijangka hit bulan ini ye puan2... sila la niagakan, pasti ianya larisssss... sbb kengkawan ai kat FB asyik sibuk  nau nak menggeledah balik tudung bawal diorang yg terperosok lama dlm gerobok, pastu nak cari kerongsang lonjong2 ni, nak gentel2 bucu tudung tu jadi terlipat cantik  ala fareeda "bergaya ikut kemampuan" - kata mereka.


Ini adalah angkara tercetusnya  idea dari adik  blogger bernama Yunabella yg khabarnya jadi perintis kpd idea ini (utk photo mereka, sila la google, ai takut nak mencuri gambo..haha).  Wah!.  Dah makin famous amos kau skg Dik.. jgn lupa belanja Ahkak!.  Ok daahhhh..... nak makan!.   SELAMAT BERNIAGA!

Sunday, March 23, 2014

Menggedix Dengan BOKITTA SHAWL

BOKITTA SHAWL 2014!!.  Tiba2... kecintaanku dah bertukar pada bokitta shawl plak skrg ni.   Qistina sukalah sbb dia bleh pakai brooch2 Mama plak.. sbb bokitta ni kan pinless, tinggal sarung je mcm syria.  Aku sukakan rambu-ramba kat tepi dia tu... membuatkan shawl ni nampak unik.  



oldies bokitta :  Brown Paisley



Beli 2 helai je itu ari, 1 kaler coklat satin ni... 1 lg kelabu asap jenis cotton.  2,2 tu jenis maxi aku beli, kalau tak mmg senteng sikit la... dan kalau senteng nanti kawan ai, si Datin Y marah!.  Heeee... Makcik tatot!!.   Mana la kau Datin Y oiii tak balik2, risau gak ni gi Beijing tros senyap seribu bahasa.  Kekeke..  Hmm gurau, inshaallah takde apa2.. klu nak terjadi, naik basikal pun bleh terjadi.

Sunday, March 9, 2014

Menangisi MH370 sambil berAIDIJUMA

Hanya mampu berspekulasi di dalam hati..
hanya mampu memanjatkan doa2..
Moga adanya sebuah keajaiban..
Utk seluruh ahli keluarga penumpang2 MH370.. moga Allah titipkan ketabahan.
Sesungguhnya..
kesedihanmu... kesedihanku jua..
berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul..


*sedih... sampai mengalir air mata aku terbaca msg dari sang ank yg mengharapkan kepulangan  ibunya yg masih dlm pencarian..




Ya Allah tersentuh naluri keibuanku... kerana aku jua adalah seorang ibu..
*update :   Ada yg kata msg tu rekaan.. ya ke??.   



Hari ni bawak Ain jenjalan.. adik2 dia gi sekolah.
Outfit of the day -(OTD = mengikut kamus insta..) - BerAIDIJUMA kita hari ni.. Atas kepala ai tu bukanlah hoodie sbgmana sangkaan Datin Z... actually bawal AJ yg ai lipat2 menjadi "hoodie"..  Ok tak?









    






Takde la byk sgt koleksi AJ yg aku ada....  yg tulin  2 helai je... yg fake ada selai itu ari terbeli kaler kuning corak songket2..... kekeke.. Siap mengaku tu ada terbeli yg fake.     Jadi sapa2 nak hadiahkan yg tulin, dipersilakan ye.... sbb I loikeeeee ;P






Wednesday, February 19, 2014

Shawl Polkadot Untuk Exersize...

Assalamualaikum.... hai darlings!!!.


Jap lagi nak keluar gi exersize ngan my MIL.. kitorang punya exersize tak susah mcm body builder........ just ronda2 jalan kaki sampai keluar peluh, that's enough.   Exersize manja2 je...


Ok.. nak selongkar gerobok jap nak cari apa yg nak dipakai arini...


Sejak terpandangkan wife "Bang Haron Mustafa" begitu anggun dgn tudung polka dotnya,  Makcik terus kembali sayang ngan shawl Makcik yg mulanya terperosok bagaikan anak tiri ni.



Comelnya bini Bang Haron ni... tapi tak tau la beliau beli Polka Dot Shawl tu kat mana, Makcik punya cuma kat Cotton On je Nok.. 


Mesti Aaron Aziz makin sayangggggg dgn isterinya yg semakin cantik berhijab.   Alhamdulillah...  



Tapi kan... setiap kali nak keluar exersize mesti kitorang ngeteh dulu kat memana.... haha.   Sihatkah itu??.   Apa2 je la kan janji happy!!.     

Tuesday, December 10, 2013

Kajang dan Tudung Percuma..


Semalam melawat nenek di Kajang..





Pegi balik hari je... sebab tu la tak sempat menyinggah rumah korang (alasan klise seorang blogger pemalu). Sorry ye teman2 blogger semua yg tinggal di sana.... tapi kalian selalu dlm ingatanku, especially waktu makan.. sebab sedap Makcik restoran ni masak... cantik pulak mural dia lukis ni kan?. Nama restoran tak ingat la pulak ai.






                       



Best pulak jenjalan dgn tudung PERCUMA ni...  haha. 
baru kali ni dpt snap gambo sbg penghargaan.. walaupun dah berkali pakai.

Lokasi :  1) rumah Cik Anoi...    2). Rumah my BIL

yg ni dari Fareeda Azie Zinie, tq!!




yg ni dari  Krishie Only You, TQ.




Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita hargai kan Mak Kiah?. Terima kasih kepada usahawan2 tudung yg dah bagi Makcik menang contest selama ni. Moga bisnes anda terus maju.




Thursday, October 17, 2013

Tudung dari langit... :D

Semalam kan ai ada war2kan seantero dunia yg ai menang contest tu kan?. Ni la hadiahnya....   Ya Allah!.   Mestilah ai suka.  Of coz!.  Dapat PERCUMA!.  Sapa tak suka kan??.    Mana taknya... seharian ni ai memikir2, tudung apa la yg ai nak kenakan dgn baju ala2 punjabi kaler kelabu asap mengerlip2 utk graduation day si Ain.  (anak punya majlis, si emak yg melebih2.... kekeke... bukan apa, sepatutnya baju punjabi kain keras berbenang emas tu dipakai masa raya haji aritu... tapi dgn cuaca yg panas terik kat BP tu, tros terbantut niat nak pakai... tambah pulak bukan nak gi mana, sekadar melepak je kat rumah emak/MIL, cam tak sesuai pulak... pakai utk gi sekolah Ain ok la kot?.:D).


Baju punjabi tu..... next time upload.




Terima Kasih KRIESHIE...   Macam dapat baca pikiran ai je Butik Krieshie ni!!.   Ai mmg tgh carik leopard coklat ni la....  tau2 Allah turunkan dari langit.. alhamdulillah.  Krieshie hantar by hand tadi, jumpa kat Mc D.   Tapi tak dpt borak lama, almaklum memasing busy, anak2 pulak tgh byk homework.  

Sapa2 yg belum tau, lokasi Butik Krieshie ni  kat Angsana, Tingkat 3, sementara kat Kota Tinggi pulak di Simpang Makam.   

Marilah singgah beramai2!






Itu ari pun dpt SK2 dari "Langit".... haha.... trima kasih kpd pemberi iaitu adik iparku.. 


Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Illahi atas segala rezeki2 yg diturunkan dari "langit".





  

Thursday, October 10, 2013

Kisah2 "LEOPARD gilaan!!!"




Leopard Pink Fareeda ni antara HOT item  peminat2 tudung FNJ.  Mungkin sebab limited edition kot?. (tak pasti la ai).  tapi ada sorang kakak penjual tu, itu ari sampai pening..



"Aduh Dik...(dia panggil ai ADIK you know... betapa la "muda"nya ai ni.... 
good night la, akak dah pening ni, tak tau nak jual dgn sapa, semua merayu2 nak beli.... esok je la akak crita".    


Esoknya dia senyap... maksudnya tudung tu dia tak jual ngan ai, tapi dgn orang lain yg mungkin "rayuannya lebih beracun".
Sampai cenggitu sekali you all... Punya la ramai berlumba2 nak beli  LEOPARD PINK ni... (tp yg ada runtuhan harga la..).


Begitulah kisahnya.   Thanks sudi baca... eh lupa, satu lagi info.. TAHUKAH ANDA, DI MANAKAH SATU TEMPAT DI UK YANG TIDAK MEMBENARKAN PEMAKAIAN LEOPARD??.    Dan kenapa??.

Apa??.  Oo dpt jwb ye?.  Anda memang bijak!!
Kpd yg tak tau... jawapannya di sini.



older post :   2 tip kurus paling murah



Friday, September 27, 2013

Shawl Glitters....

Heee   Ya Allah..... kenapa la slow sgt tenet kat kg niii.......
Baru nak beramah mesra menjawab email customer ...  tup2 mati, pastu hidup semula.....mintak2 jgn la mati lagi.... kang lari customer aku!!.  Huaaa......  :'(




Minum air zam2 dululah untuk tenang2kan hati.. sib baik dpt 2 botol free dari sekolah si Ain tadi..





                        
Income Nuff untuk beli tudung?.   Tak kot rasanya...
Berikut adalah "surat tunjuk sebab"  mengapa  Puan Mirror tidak dibenarkan untuk membeli tudung lagi selama setahun.  (bukan IRP yg tak benarkan... diri ai sendiri yg perlu menginsafkan diri sendiri...... isteri solehah la katakannn).   


(pix atas) 7 di antaranya ni adalah koleksi peribadi paling terbaru (bukan nak tamak2 nak beli 7 tapi itu ari kakak yg jual tu suruh beli 7 sekaligus dgn harga saaaaaaaaaaangat murah, korang mesti terperanjat... tapi jgn bertanya lagi sebab dah abis pun, kakak tu jual murah sbb dah tak minat meniaga lagi).     Ai kata.. boleh la beli, boleh kongsi2 ngan Ain. (itu la fadilatnya ada anak dara).


Maka dgn itu, ai terpaksa la tutup2kan mata  dari terjatuh cinta lagi dgn mana2 tudung  selama setahun (ecewah!!) termasuk la Paridahku Sayang dan SHAWL GLITTTER yg tgh ngetop di pasaran skrg ni...


Entahlah... ai pun tak tau berapa org jual Shawl Glitters ni kat pasaran, tapi ahkak supplier tu suruh ai jual ngan you all RM35.00 RM26 sehelai (blom masuk kos pos).   Ok la kot??.  Berminat sila email : missmirror@ymail.com






Tuesday, September 10, 2013

Menyesal TERbeli Tudung Fareeda

Saja je tajuk tu... buat gempak!.  Bukan menyesal apa sebenarnya....   dengar la dulu luahan isi hati ai nii....  (fareeda pls jgn saman ai kay!).  Ekoran terbeli satu fareeda (pix bwh) itu ari.... dan rasa sedap pulak kat kepala, hati terus terjatuh cinta.  


*Awning dia yg buat ai suka... nipis dan ringan... mcm kita tak pakai tudung walau sebenarnya kita tgh bertudung..









Bila dah jatuh cinta, hati terus tak keruan nak beli lagi dan lagi... dan lagi..
terus ai order lagi satu  (belum sampai lagi, kaler oren pulak).
Itulah yg ai KESALkan sgt sebenarnya... kenapa la ai membeli dan terus membeli!!!??.   

Walhal  si comei selalu memberikan semangat pada ai.... dia kata...


"Si polan tu, pakai tudung murah pun cantik, elegant sbb orangnya dah cantik". 

Sentap ai kay!.     Tercabar gitu!.  Puji2 org lain kat depan aii!!.  Hamboiii...   Nanti kau! Ai pakai tudung RM1... kau tengok la lawo aku ke si polan tu?.    Kah3.... gurau je ye puan2.   (tp bagus dpt kwn macam si comei tu, selalu memberikan inspirasi utk  ai berjimat cermat)


                      
Tapi kan....
Ai "peras" lagi  arini.......... tunggu punya tunggu, sampai lo ni, tak sampai2 lagi
si Paridah tu... entah ke mana dia dibawak lari?.
Tak kan la agent tu dah kelentong ai kot?.  
Tak mungkin2...dah call curier service benda tu ada.... (tapi ai dah siap2 print screen gambo makcik tu lg.... haha...... langkah berjaga2, klu tak dpt gak nanti, tau la ai nak buat apa!!).

Ai ingat pasni ai nak cari agent2 yg boleh COD terus ke rumah je lah,  senang...
ai belek2 depan pintu, pilih and bayar kat situ...
malas ai nak jadi pungguk rindukan bulan jatuh ke riba.... 
ai pun byk keja lain nak buat..... 
baik ai keluar ngedet ngan husband ai, 
lg dpt pahala dpd menunggu buah tak gugur.





OLDER POST :   RESEPI FILLET KETAM RANGGUP YG MUDAH DAN PANTAS

Tuesday, June 25, 2013

Inner Magic

Hari ni aku nak memenuhi permintaan dua orang sahabatku. Entah ler diorang ni, dah tau aku ni tak suka bergambar (eh cam tak percaya je kan?), direquestnya pulak gambar aku berINNER MAGIC


Ok la2..... sebelum diorang merajuk, aku buat la entry sikit tentang hal itu.


Aku tak suka bergambar bukan sebab apa.... aku paling malas nak bersolek (ayat sebenar - paling malas nak menanggalkan make up selepas solekan....... kan kejap lg nak tido). Jadi terimalah aku seadanya dgn wajah polos ini.. Macam makcik2 ye?. :D



Aku beli inner ni kat shopping complex je. Ada yg RM15, ada yg RM10.... aku beli yg RM10.00. 


Sejujurnya.... aku memang suka inner ni sebab dia lebih besar sikit dari inner2 lain yg selalu aku jumpa - (aku cepat mabuk/pening kalau pakai inner2 sempit). Selain tu, inner ni boleh dimuncungkan di bahagian dahi ikut suka ati kita - itulah antara kelebihannya.





Gambar bawah ni pulak yg printed!.





UPDATE TERKINI :-
Sapa nak beli, boleh LIKE page ni... CLICK HERE
atau emailkan pertanyaan ke : missmirror@ymail.com



Boleh pakai dgn apa saja, syria, shawl - aku  pakai dgn shawl batik ole2 dari laki aku itu ari..







GOOD NIGHT!! Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......... kroh... kroh kroh...

















Sunday, April 14, 2013

Tudung ai tu stranger yg tolong pilihkan..

Pagi ni tetiba my fren merisik khabar tentang tudung 
cikai yg I pakai masa jenjalan dengan MIL itu ari..
Oh cantik ke?.  Terima kasih..
baru la I teringat... lamanya I tak berbicara tentang tudung di belog ni..


Oh frenz,  kalau you all nak tau...shawl ni tersangatlah murahnya...
Makcik customer supermarket gaya ala2 Datin  tu yg pilihkan..
(tu la, tak semua stranger tu menakutkan..
walaupun tak kenal, baik ati jugak dia tlg pilihkan utk aku).
tapi buat adik2 kecik..
"Don't talk to stranger kay!".
Talk to me takpe... I bukan penculik..  :D








Ini pulak koleksi utk anak2 dara I.. 
Qistina nak beralih pada bawal,
tak mo yg berbatu, tak nak kerawang..
maka, dia pilih sendiri tudung2 murah ni..
layanzzz.. 

(comel jugak brooch bunga yg diorang pilih ni).








Tudung 3 layer ni.. I tempah dgn kawan kpd seorang kawan secara on line.. Custome made.  Warna dan 
bentuk ikut suka ati kita nak pilih.    Maksudnya takde masalah tersingkat dsbnya..




Nak pinjam kata2 Cik Ta..
"Yg penting, bukan mahal atau murah sesuatu tudung itu... tapi 
cara menggayakannya, itu yg penting".