Saturday, May 3, 2014

Tudung 3 Layer Chenta Watie Scarf

"Sementara menu blom sampai ni, pegi la merayau... kata nak cari tudung".   Kata IRP ketika kami sedang menunggu hidangan di Islamic Steak House, Uda (depan Angsana) pagi tadi.  Wah!.   Aku pun apa lagi...  terbayang di benakku  butik Chenta Watie Scarf yg hanya terletak lebih kurang 2 minit je dari restoran itu.   Selalu nak singgah mmg tak sempat.


*OH YA MOTIF ENTRY INI JUGA SEBENARNYA IALAH... UNTUK MEMPROMOSIKAN LAGI LOKASI "UDA SYURGA WANITA" (USW)... HAHA.. memandai je aku buat nama sendiri,   aku sebenarnya tak tau apa nak kunamakan tempat itu??.   Deretan rumah2 kedai depan Angsana yg diwarnai dgn pelbagai  butik berjenama antaranya Jakel, Ummiriaz, Calaqiesha,  Habibi Alkenali dan macam2 lagilah..... memang boleh pengsan kaum wanita jika dibiarkan sensorang  kat sana sbb tak tau butik mana nak disinggahi sbb terlampau byk pilihan!.

Selalu kalau kengkawan tanya...


"Sam... mana nak cari jubah putih kat JB ni??".. tanya temanku yg ingin menikah itu ari.

"Ko pegi la cari kat Cala Qiesha, depan Jakel Angsana".  Itu je yg aku jawab.

ATAU..

Let say ada ushawan2 tudung bertanya kat FB...

"Kat mana tempat strategik nak jual tudung kat JB?" 

"Ha, ko pegi la butik2 depan Angsana.. kat sana byk butik, tempat tu mmg strategik, raya mesti ramai yg serbu".  Itu je akan ku bagitau mereka "depan Angsana" sebab aku tak tau cemana aku nak sebut tempat tu. 


Since aku tak bawak DSLR hari ni.... tiada aktiviti snap dilakukan di sana...  hanya ingin berkongsikan tudung 3 layer yg aku beli dari butik Chenta Watie Scarf yg ternyata memang cantik, jahitan kemas,  mmg setanding jenama terkemuka yg lain TETAPI!!.  Harga memang memeranjatkan you all.... sbb murah je.. kebetulan plak hari ni tgh sale.    







Nampaknya dah dapat pun tudung raya aku untuk taun ni...  tapi tak tau la bleh simpan sampai raya atau...... ?  Kekeke.








older post :   Tak pandai tapi berjaya dan hidupnya berkat.  Kenapa ye?



6 comments:

  1. Cantik bling..bling lgi...
    dah tau , tk sempat raya punya..lps ni keluarlh stok bru, design baru...sanggup ke? tgok jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knor - Tq... pandai kan saya pilih. Hehe.
      Tu la... nampak mcm tak sampai ke raya je ni... haha.

      Delete
  2. Lawa tudung tu Sam.. tak sempat tunggu raya rasanya tu. Saya rindulah nak ke johor. Angsana pun nampkanya dah semakin meriah tu. Dulu selalu lepak kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lg yg lawo2 sebenarnya Aisy.. rasa nk beli byk je semalam sbb semuanya below RM100... sib baik sempat beristigfar.. kalau tak. Haha..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.