Saturday, July 23, 2011

Ingat lagi tak rupa bentuk baju raya yg memula sekali korang pakai?

Cantik!! Serious cantik...
Rambutnya panjang mengurai...
Pipinya putih gebu, badan langsing semampai..
Macam nak senyum dengan I... tapi macam tak jadi..
Mungkin melihat wajah serious I.. dia jadi takut..
duduk diam di bangku berhadapan kami, entah menunggu siapa...

Bukan apa, I terpana dengan keayuannya, dan baju yg dikenakannya hanya sehelai kurung cotton, yg kukira tidak la semahal mana, tapi sudah cukup membuat dia anggun terserlah di celahan orang ramai.

Lalu apa sebenarnya topik yg ingin kau bicarakan ini Miss Mirror? - kata bayang-bayang.

Oh topik ya... topiknya ialah LABUCI...(kalau orang lain labuci itu bermaksud yg lip lap.. I pulak labuci tu bermakna labuci dan manik-manik sekali.. senang sebut je jd labuci).

I ni....beriya menjahit labuci manik bagai.... dah la membeli sebungkus manik je arini dah boleh mengkahwinkan sorang anak (maksud I harga sebungkus manik tu sama dengan harga mas kahwin untuk seorang anak perempuan negeri Johor). Itu baru sebungkus, I dah terbeli beberapa bungkus hari ni, mungkin sebab nak cepat, jadi pakai capai je la.. malas nak minta khidmat runding cara.. walaupun baju-baju raya tu I bawak sekali.

Kenapa la I tak hantar sulam je kan lagi berbaloi kan? Ataupun I jadi macam perempuan yg I cerita kat atas tu... berbaju simple je tapi keangunannya tetap terserlah. Actually I sendiri pun tak tau kenapa I gatal2 tangan nak jahit labuci... ibaratnya, kalau nak raya je beli labuci, kalau beli labuci je nak raya, walaupun I sendiri tak pasti adakah fesyen labuci masih lagi diterima oleh tema fesyen 2011? Kalau ikut pada fesyen2 raya yg dijual di pasaraya terkemuka yg I pegi hari ni, kurung-kurung moden berlabuci nampaknya masih mendapat tempat di hati pemilik-pemilik butik dan rasa-rasanya ia masih mendudukki carta teratas untuk fesyen raya pada tahun ini (2011). (gambo takde.. skrg ni malas nak buat promo percuma sejak kes yg kena marah dek pemilik butik kat KL itu ari....walaupun marah2 sayang, I kecik ati tau... nasib la kau... sapa suruh marah aku... hahaha).

Jadi gambonya hanyalah ini..



si Shashal tetiba sibuk suruh belikan gel semalam..
so, IRP belikan ini.. entah dari mana la si Shashal belajar
pasal gel-gel rambut ni?



lontong goreng - breakfast merangkap lunch..

Tapi kan... perempuan yg I cakap tadi masih muda belia, no wonder la kalau she still look anggun rupawan walau sekadar berbaju kurung biasa-biasa.. then nk tanya, korang ingat lagi tak bagaimana rupa bentuk baju raya yg memula korang pakai ketika baru bergelar remaja? Remaja? Remaja maksud I, dalam usia 13 tahun ke atas.. dan masih sweet2nya...

p/s : Wahai fesyen2 designer.... tak nak muncul lagi ke kat blog Miss Mirror ni memberikan ulasan? ;) Apa-apa pun, Miss Mirror ucapkan terima kasih atas apa jua "hujah2" yg pernah diutarakan dlm post2 sebelum ini. Ianya sgt membantu walaupun adakala hujah2 itu mcm "pedas"... ubat yg mujarab memang pahit rasanya. :P

2 comments:

  1. baju raya selalunye baju kurung.hanya ade 4 je baju kebaya.da 20an baru la start pakai baju kurung moden,kurung pahang dll.

    ReplyDelete
  2. Oh i see.. thanks berkongsi cerita Fad ;)

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...