Alhamdulillah atas segala rezeki dari-Nya.
Terima kasih kepada sedara mara dan sahabat handai yg bagi kitorang duit raya hari tu. "Kitorang"??. Maksud aku anak2 ler. Tak kan la aku nak kebab duit raya anak2 aku pulak kannnn?. Zalimmm..... :D
Aku pernah dgr tau org merungut camni.. "tak nak la aku bagi duit raya kat anak2 si polan tu, nanti emak ayah dia yg pakai...".
Hmmmm...... ada gak org yg cenggini bentuknya ye (heeee kedeknya). Nak bagi, bagi je la... buat apa nak dipikir apa sudahnya terjadi pada benda yg kita nak bagi tu.
Membuka sampul2 duit raya bebudak hari tu, terselindung di dalamnya pelbagai bentuk dan warna, dpt disimpulkan di sini warga2 M'sia ni mmg dermawan2 orgnya. Alhamdulillah.. Moga makin melimpah ruah rezeki korang. Aamiin.
Kita dah combinekan duit2 raya Ain, Qistina dan Shashal jadi satu pastu nanti bahagi 3, senang camtu. Tapi kalau duit tabung tak boleh la buat camtu kan, semua tu bergantung pada usaha masing2 sapa paling rajin simpan maka byk la yg bakal disimpan utk diorang dewasa nanti..
Sampul2 pun cantik2 semuanya, sayang kita nak buang sbb karang klu ada jemputan kawin, boleh kita recycle. Jadi kita dah kumpulkan semunya dlm laci.
p/s : Korang pulak cemana?.



























