Sunday, September 8, 2013

Duit Raya 2013

Alhamdulillah  atas segala rezeki dari-Nya.
Terima kasih kepada sedara mara dan sahabat handai yg bagi kitorang duit raya hari tu.  "Kitorang"??.  Maksud aku anak2 ler.    Tak kan la aku nak kebab duit raya anak2 aku pulak kannnn?.   Zalimmm..... :D

                      
Aku pernah dgr tau org merungut camni.. "tak nak la aku bagi duit raya kat anak2 si polan tu, nanti emak ayah dia yg pakai...".


Hmmmm...... ada gak org yg cenggini bentuknya ye (heeee kedeknya).   Nak bagi, bagi je la... buat apa nak dipikir apa sudahnya terjadi pada benda yg kita nak bagi tu.

Membuka sampul2 duit raya bebudak hari tu, terselindung di dalamnya  pelbagai bentuk dan warna, dpt disimpulkan di sini warga2 M'sia ni mmg  dermawan2 orgnya.   Alhamdulillah..  Moga makin melimpah ruah rezeki korang.  Aamiin.

Kita dah combinekan duit2 raya Ain, Qistina dan Shashal jadi satu pastu nanti bahagi 3, senang camtu.   Tapi kalau duit tabung tak boleh la buat camtu kan, semua tu bergantung pada usaha masing2 sapa paling rajin simpan maka  byk la yg bakal disimpan utk diorang dewasa nanti..    





Sampul2 pun cantik2 semuanya, sayang kita  nak buang sbb karang klu ada jemputan kawin, boleh kita recycle.    Jadi kita dah kumpulkan semunya dlm laci.


Tq tq tq............ taun depan bagi lagi ye tuan2 dan puan2 semua... dgn emak2nya sekali dibagi. ;D


p/s :  Korang pulak cemana?.



4 comments:

  1. Saya pun sama MM..anak yang pompuan dua orang ni kena campur dua bahagi dua...kang kalau terkurang ada yang tak puas hati lak :)

    ReplyDelete
  2. Mummy pun baru kira malam kelmarin duit raya anak2 untuk 2012 dan 2013. Yang 2012 dah lama kira (dah setahun la tu tapi lupa je nak masuk dalam bank). Duit raya anak2 2012 tak boleh campur sebab perbezaan jumlah agak ketara antara satu sama lain. Tahun lepas si Daniel & Danish habis semua rumah kat kawasan perumahan ni di pegi....hahah, Tu yang koleksi dia orang memang beza hampir RM200 dengan Dania dan Dafiy... tahun ni dia orang tak beraya kat kawasan perumahan sebab kami cuti panjang, so koleksi tak jauh beza kira boleh kia sekali dan bahi 4 jer...hahah. Esok memang nak masukkan duit dia orang kat ASB n Tabung Haji la... kut tangguh2 sampai ke tahun depan pulak....hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ya la kan Mummy, kalau dah perbezaan sampai RM200 mesti ada yg rasa tak aci pulak klu nak dibagi sama rata.



      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.