Monday, September 9, 2013

Persepsi Terus Berubah Hanya Kerana Bilik Itu

Memang tak sangka, luarannya nampak kemas je... makanan yg dijual pun lazat2.... tapi bila kami menumpang solat tadi.. persepi terus berubah.

"Ya Allah!. Bilik kucing beranak ke hapa ni?". 


Aku nampak muka Qistina dah mcm cuak2 memandang sekeliling. Shashal masih di luar menghabiskan hidangan bersama Ayahnya.

                        
Takpe la, aku maafkan la, mungkin ruang tu pun bukan dikhaskan sbg surau, mungkin sekadar bilik utk pekerja2 restoran yg kacak2 tu.. Dah disediakan telekung tu pun dah untung. (mungkin telekung awek2 diorang kot?). Puas membelek, rupa2nya telekung kusam tu takde kain. Sib baik la hari ni aku pakai skirt labuh.


Yg aku ni pun satu, dah tau keluar senja2 tak nak bwk telekung sendiri. Qistina tu pun satu, dah tau penggeli beg sandangnya yg gedabak tu hanya berisikan diary. Sudahnya hidung kembang kempis hingga rakaat terakhir. Haha... Selesai je solat, Qistina segera berbisik pada ayah dia, entah apa yg dihasut hingga membuat orang tua tu bergegas balik dan solat je kat rumah. Begitulah cerita kitorang hari ni dlm episod "hari menggantung periuk sedunia" di sebuah restoran yg baru pertama kali kami kunjungi.... dan mungkin juga yg terakhir kot... ngeh3.


So, inilah solutionnya ye puan2 kalau malas bawak telekung... next time.. (sila rujuk gambar di bawah). Kita ada menjual Telekung Cum Cardigan. Layannzzz...... zasstt!!.


SEBELUM ADA YANG SALAH SANGKA LAGI.... NAK DECLARE!.  MODEL CUN NI BUKAN AKU!!!!!.


boleh digayakan sbg cardigan berhood
 
Tutriol pemakaian sbg telekung
tarikkan "lidah kain" di bahagian dada ke sisi kanan dan naikkan ke atas kepala
kemas2kan mcm biasa... alah, mcm tak biasa pulak!.  Dah biasa kan pakai shawl yg tarik2 ke atas lilit kat tepi tu kan?
dan... solatlah mcm biasa.


berminat sila emailkan ke :  missmirror@ymail.com



p/s :    Tu la mulanya entry ni sepatutnya bertajuk JALAN-JALAN CARI MAKAN tapi terpaksa kansel jadi tajuk lain sbb tak tergamak nak suggestkan pada you all.  So, pls take note ye pemilik2 restoran semua.. 

2 comments:

  1. huhu..tu la kan kak mirror..memang geli la kalu camtu..haa cantik juga kain sembahyang moden ni kan..

    ReplyDelete
  2. sib baik ada...tp nak pakai cardigan tu keluar dgn anak2 super lasak ni..mau terbang saya dgn cardigan tu...tunggu diorang besar sikit la nampaknya baru boleh bergaya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.