Monday, August 20, 2012

Sedih tak dapat beraya... boleh luahkan di sini, free of charge..

Aku tau korang mesti beraya sakan kan.... sebab tu la ramai yg tak update blog?.    Aku?.   Dah beraya dah rumah2 pakcik belah aku, belah laki aku...  rumah2 kaum kerabat,  cuma aku paling malas nak bawak kamera gedabak aku tu, jadi takde sebarang "shooting2" berlaku di situ.  Eh psstt...  kan aku cakap itu ari aku dah gemuk dan konon nak pakai korset, tapi sebenarnya korset tu tertinggal kat JB.. nak tau apa jadi?.    Sedara mara aku kata aku tak la gemuk pun...  kurus lagi ada, siap gelakkan aku lagi bila aku ckp mcm tu...... heeee ni saja la IRP nak kenakan aku!.   Jaga dia!

Hari ni beraya dari pukul 11.30 pagi akhirnya cuma dapat 6 rumah je.    Apa taknya, setiap satu  rumah je berlama2 sampai 1 jam.   Tau je la kat kg aku tu.... bukan je kuih muih je yg diorang hidangkan, malah lauk pauk pun ada, buah2an lagi, layanan mesra...tu yg jadi lama tu.   Memang seharusnya masa aku kat kg ni la aku  kena beraya sakan sebab bila balik JB nanti bermakna raya dah abis bagi kami. (itu la antara sebabnya baju raya aku cuma 2 helai je tiap tahun).    Sungguh tak menarik diary raya aku  kan?.    Tapi aku bukan kisah sgt pun sebenarnya sebab maybe dah terbiasa "dilatih" dgn situasi tu kot? (sejak pernah "dipaksarela" (dibaca : SUKARELA) menghabiskan sebahagian raya di rantau orang, sejak tu aku jadi lebih kuat).


Mesti korang pelik napa bila balik JB bermakna rayaku akan abis?.  Oooo itu sebabny ialah... jarang orang beraya rumah aku yg jauh terpencil di pergunungan tu... hahaha... takde la, actually perumahan aku ni kan majoriti non malay, mana ada marhaban2 sekampung mcm kat taman2 korang, pastu IRP akan kembali busy bekerja, tak kan aku nak beraya sensorang nanti orang ingat aku anak dara  plak kan...  itu la faktor utamanya raya akan abis dgn cepat tiap tahun... tapi adakala ada gak jemputan open house, kalau IRP tak busy, dapat la kami beraya.



Jadi, korang yg terpaksa beraya  di perantauan tu jangan la bersedih2 ye.... Aku rasa kalau korang yg kat obersea  lagi mudah untuk  melupakan kesedihan tu kot sebab tak "dibelenggu" dgn lagu2 raya yg menusuk kalbu di shopping2 complex.     Tapi kalau sedih jugak... marilah nangis.   Aku kebetulan ni mmg tengah free sampai esok (esok tak jenjalan ke mana2)... kalau korang nak luahkan kesedihan kat sini pun takpe... free of charge.

ataupun pekata kau baca doa ni..



"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku. "


4 comments:

  1. satu pengalaman yang menarik berhari raya di perantauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah mengalaminya ye En. Sharing?. Satu pengalaman berharga kan...

      Delete
  2. meriah juga tu miss mirror, yg penting bersama family tersayang kan..nape tak de pica2? sayang tak ambik gmbr kan miss mirror, msti cantik with baju raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Win - tahun ni beli handbag kecik sgt, tak muat DSLR.. jd malas nak bwk sampai 2 beg ke hulu ke hilir.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...