Sunday, August 26, 2012

Dodol Trengganu, Kek Trengganu dan agar2 kering yang comel

Segenap perjalanan hidup ini telah Allah tetapkan. Dari permulaan kehidupan, hinggalah ke pengakhiran. 
Biar kita merancang begitu dan begini, akhirnya kudrat Allah tiada siapa mampu menghalang.

Wahhh intro... adakah ada kait mengait dengan gambar-gambar ini?.







 Tak menduga, dapat juga aku bertemu lagi dengan kuih klasik ini.... cuba family aku teka, kan mana aku jumpa semua ni?  (10 minit dari sekarang!!!).   Nak suruh teman2 blogger lain teka, pasti korang tak kenal pulak siapa gerangan yg aku ziarahi hari ni sebab beliau bukan Aaron Aziz yang dikenali ramai kan.


Dodol Trengganu pun ada..... wah!  kami suka!   Sedap...  pasti secantik yg empunya.

Kek2 lapis ini juga dari Trengganu..


Ni ke awek ganu tu??.    Olololo comeynya cucu Nek Mirror ni....




Tak gi Ganu pun.....
Siang tadi beraya ke rumah........ "pakcik" baju purple ini..




"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Ustazah Fatimah dan Ustaz Baha.. maafkan la segala salah dan silap saya.. dari sekecil2nya saya hingga la sedewasa2nya saya sekarang"

Lokasi :  Rengit, Batu Pahat, Johor.
Kuih muih dari Trengganu itu dari bakal besan mereka.  Tahniah ya Piz dah bertunang.


**Family yg sporting bila diajak bergambar ni memang ada I ambikkan gambar mereka tapi demi menghormati mereka yg mungkin tak selesa sebab ada yg sedang berkain pelekat, ada yang terlalu hensem banget, maka biarlah I koleksikan saja dalam album peribadi.  (Thanks atas segala hidangan dan duit raya).


Perjalanan diteruskan pula menghala ke Jay Bee...  ikut jalan kampung, dilatari bukit bukau dan Gunung Pulai .....  segar dan mendamaikan.  


Sampai di Kulaijaya.... singgah pula ke rumah  si Comel ini.   Thanks atas mee kari yang lazat ini ya Makcik.

dan.... menyambung lagi perjalanan... melewati daerah penuh kenangan ini, Senai, di mana terletaknya Lapangan Terbang Sultan Ismail.    


p/s : Biar kita merancang begitu dan begini, akhirnya kudrat Allah tiada siapa mampu menghalang.... ya benar, kalau ikut rancangan dan itinerary awal, mana la aku nak beraya sangat tahun ni sebagaimana yg kukata tempohari, tetiba hari ni dah beraya sakan pulak kan...  Ni pun entah2 esok lusa beraya lagi. 


10 comments:

  1. agar kering mmg slalu ada kt ganu MM, tp hany xmkn sgt, hehe ntah rs pelik jer huhuhu

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok orang masih beraya lagi. sobss. ahh, minggu depan nak sambung raya juga lah! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambung raya Wani... jgn tak sambung, raya kan sebulan. :D.

      Delete
  3. raya ni pun mummy ada order dodol, saudara biras Mama Miraki yang buat, tak raya pun dia buat gak dodol tu, memang sangat2 mables.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ramai penggemar makanan tradisi ini rupanya ya Mummy. Sangkakan dah ditenggelami dgn kesedapan cheese tart, org dah tak nak makan dodol lg.

      Delete
  4. agar2 kering tu mmg feveret linda tu..oo dodol terengganu dibalut macam tu rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dibalut dgn daun palas.. sedap pulak, lembut dan manisnya tak keterlaluan.

      Delete
  5. kita org tganu...dodol daun palas mmg best!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Mila - memang best dan unik dodol daun palas negeri kelahiran you ni. Kami kat Johor kalau dodol ni selalu balut dgn "upih" (bahagian dalam pelepah kelapa).

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...