Friday, July 20, 2012

Bila Anak Menantu Menyibuk Di Dapur..

Marilah nikmati ramadhan kali ni dgn ceria..
Memula... haruslah memilih sarapan yg anda berselera utk makan..
Sarapan apa pagi ni?


Nasi lemak Taman Nira (pepagi kami gi Taman Nira cari nasi lemak)


Ni sambal utk nasi lemak itu..


Aku tak pasti mak mentua aku nak buat apa dgn labu2 yg byk ni... kot la nak buat pengat.. pasti aku yg abiskan sensorang... buat donut labu pun sedap ni Mak..

*dan aku pun tak pasti kenapa aku snap gambar labu2 ini.. maybe teringat Mummy Gee kot.. moga abang beliau cepat sembuh dan beliau kembali ceria berblogging..


Lepas gi beli nasi lemak ngan kuih muih ni semua...ingat nak ajak IRP gi makan mee rebus tepi pasar besar BP tu, tapi tak sempat lak.. ni semua gara2 bebudak semua tak nk ikut la.. ngengada tau Shashal ngan Qistina ni.... dah ayah dia risau anak dia kebuluran plak kat rumah (tapi takde la berdua, atok aki diorang ada kat rumah).. MIL aku pepagi lagi dah keluar ke pasar.. carik ubi kayu kot.  Jap lg aku nak makan la ubi  yg MIL aku rebus tadi..



IRP tak bagi aku snap tempat orang jual kuih tu, ya la mana tau kan.. sesetgh org tak selesa kita ambik pix muka dia.. so,  utk hilangkan kebosanan dlm keta, aku gi snap gambar pokok sukun ni.. sukun la kot, ke cempedak?



LUNCH TIME!!
Resepi nasi ayam.. sila la belek2 photo di bawah untuk membaca resepinya. (nasib la sapa2 yg guna "handset pelik" hingga tak bleh nampak pix tu ye.. klu handset I bleh je). Credit utk ibu mertuaku..





















Sorry.. sukatan dia pepandai korang la ye.. kitorang main boh je semua..
 






*xp..

12 comments:

  1. ahi..snap gambar pokok sukun jer...snap la goreng sukun sekali sedapp....

    ReplyDelete
  2. Patutlah Mummy tersedak2 masa tengah pilih baju anak2 kat Sogo tadi, ada orang teringatkan Mummy rupa2nya....heheh.

    Alhamdulillah abang Mummy beransur pulih. Sekarang ni dia tengah konfius dengan apa yang dah jadi kat dia, banyak benda yg dia try nak ingat semula, bila tengok keadaan ni rasa cam kat drama je, rupanya realiti yang tengah kami sekeluarga alami.

    Semalam dia nak balik kg sebab dia kata dia dah lama tak balik kg, tak ingat dah bila last dia baliik. Actually dia baru je balik kampung saing2 dengan Mummy 5 minggu yang lepas dan 2 hari selepas balik kg tu dia kena stroke yang menyebabkan pendarahan otak dan kepala perlu ditebuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah abg Mummy dah beransur pulih. Kengkawan saya pun rajin mengikuti cerita abg Mummy ni sebenarnya, ada gak pesanan mereka.. antaranya kalau kena stroke ni memula diorang kata... bacalah Surah Al-Mulk. Tapi masa tu nak suruh baca mcm mana kan, sbb abg Mummy pun dlm keadaan tak sedar.
      Ada gak mereka pesan buat bekam.

      Ok tak pe yg penting skrg semuanya dah pulih. Syukur kan.. dah la nak raya2 ni.

      Wah wah.. gi sogo nyoping raya ye. Ok enjoysss!!! Selamat menjalani ibadah puasa.

      Delete
  3. Sukun...sedap buat kerepek!! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang... tapi I tak rajin plak nak menyagat depan kuali.

      Delete
  4. rasa lapar tgk pic2 makanan kat sini, dah la semuanya sedap2.sambal nasi lemak & lunch menu itu aduiii, kalau la ada terhidang dpn mata i kan best...
    * selamat menyambut bln ramadhan miss mirror :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Win - thanks atas ucapan tu.

      Kalau nampak sedap menu2 tu, lain kali sila la cuba resepi2 ni.. ;D

      Delete
  5. MM sukun tu kan buat goreng mcm goreng pisang sedap... my mom selalu rendam dlm air garam sekejap then celup dlam tepung beras.. buat kerepek pun sedap.. terliur i tengok sukun tu hehehe..

    thansk kongsi sambal arang u tu.. nanti buat nasi ayam boleh la cuba.. bukan apa.. my brother yg dua org tu jenis makan nasi kena berkuah walaupun nasi ayam jadi diorang selalu komplen kenapa nasi ayam tkde kuah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Eny... jgn la percaya yg nama sambal tu "Sambal Arang".. sesaja je I panggil camtu sbb warna dia itam cam arang kan... Anyway, selamat mencuba sambal tu ye.. kalau nak tambah2 chicken stok bg dia lemak2 sikit, atau nk tambah madu ke dlm tu pun ok..

      Yes.. sukun goreng mmg sedap, klu org2 Johor kami makan dgn sambal kicap.

      Delete
  6. Nasi lemak tu sangat menyelerakan... Tgk nasi ngan telur pon rasa nak ngap trus jer...hehehehe Selamat berpuasa esok MM

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.