Thursday, October 21, 2010

TIP MEMASAK KAMBING DAN RESEPI CHILI CRAB

Salam..... Apa khabar sayang-sayang semua??.
(amboiiii bersayang-sayang....... ) I nak tujukan pada teman-teman anakanda I la.... yg baru terjumpa blog auntie ni lalu tertanya2 di sekolah mereka :

"Eh itu blog mama awak ya?? Kita rasa itu blog Mama awak la... Kita nampak gambar dia".....

Hmmmm.... entah ya... blog sapa ni agaknya?. Auntie pun tak tau... Hahaha... gedix betul auntie ni... Apa-apa pun hari ini auntie nak ajar uoll cara-cara memasak KAMBING yang sangat marvelous!

Oh ya... kepada teman-teman I yang terlalulah mengidam dengan chili crab tu.... sila direct ke
CHILI CRAB RECIPE... pun sgt marvelous!!!


Kalau sayang-sayang nak bagi kambing tu supaya hilang bau kambingnya dan rasanya lebih UMPHH... jgn lupa didihkan kambing tersebut lepas tu buang airnya, then gantikan air baru lantas bubuhlah daun pandan... masak macam biasa mengikut resepi yg anda suka. Memang sangat marvelous!

Terima kasih kpd Datin Zete atas tip ini.... Zete adalah pemilik Restoran Baseer Puchong... (jgn lupa singgah ya!).



Tip kedua datangnya dari teman I... Kak Lin namanya, seorang pengusaha katering di KL... thanks K.Lin.... untuk membuang lemak pada kambing itu... caranya ialah ketika merebus jgn lupa masukkan air kelapa sikit...

Tip2 lain...

Kalau masak kari daging kambing elak guna bawang merah kisar. Banyakkan buah tomato. Sebelum tumis bawang putih dan halia, goreng biji sawi dulu. Lepas tu baru masuk rempah kari daging. Dah  naik bau, letak buah tomato yg dicincang. Masukan daging. Gaul hingga rata lepas tu masukkan air. Masak hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan yogurt. Jgn guna santan.

Cara lain  utk hilangkan bau kambing, boleh pilih juga antara berikut : - 
- Buang buih rebusan. 
- Lumur dgn kunyit.
- Lumur dgn halia.



Ha.. ini la yg I sibuk kat dapur arini... masak kari kambing!!!


rebuskan dalam sejam then barulah angkat dan
buatlah masak kari..


kari yang telah sedia dihidang.....hasil kombinasi tip-tip dari
teman-teman tersayang....





Ok...jgn lupa tip2 yang auntie kongsikan ni ya adik-adik... belajar rajin2 tau!

3 comments:

  1. kambing??
    pitam sekejap
    i mmg x ley mkn kambing..
    mcm2 mane pon still rase lain dr lembu..
    rugi kan!

    ReplyDelete
  2. akak resepi nasik beriani kambing ade tak...akak dah bagi rsepi memasak kambing ...nak jugak resepi beriani kambing

    ReplyDelete
  3. Ms Bubbles ~ memang rugi...lagi2 klu kambing panggang cicah air asam.

    Zaidah ~ Selalu akak ikut resepi yg tertulis kat bungkusan rempah tu je... memang menjadik! (ada jual kt pasaraya terkemuka). Just make sure ada susu cair yg diperahkan titisan lemon/limau.. daun pudina, daun ketumbar, cili hijau, bwng putih..bwng merah, halia..rempah tumis, tomato puree dan yg utama tentulah minyak sapi.. kacau bhn2 tu sebati bersama kambing dlm periuk terus.. takyah tumis.. biar je terus tutup dan masak dgn api kecik hingga daging tu empuk. Oh ya jgn lupa gula dan garam.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.